Kisah Pak Malau

Started by Fuzi 11th JamadilAkhir 1371 on Tuesday, December 29, 2009

Participants:

Showing all 1 post
12/29/2009 at 6:46 PM

Tersebut lah sebuah kisah di mana terceburnya Pak Malau di persada perkembangan negara tercinta kita ini. Pak Malau ini bukan lah calang calang maanusia biasa. Dengan kecekapan dan kepintaran beliau ini negara telah menjadi termashor di seluruh pelusuk dunia ini. Malangnya Pak Malau ini telah terlampau bongkak dan angkuh dengan kejayaan itu dan telah mula lupa daratan. Beliau mula melihat dan merasa yang kedudukan nya akan tergugat oleh orang bawahan nya. Beliau telah mula membuat rancangan terperinci untuk mengaibkan timbalan nya. Tiada saorang pun timbalan nya terlepas dari tindakan ini. Beliau hanya mau semua mereka ini tunduk dan dengar dan jadi macam lembu kena cucuk hidung. Kalau tidak siap lah. Saperti biasa yang terjadi pada banyak negara negara lain, orang yang kuat dan berkuasa akan mula pula menghisap darah negara. Pak Malau tidak ketinggalan kerana dengan sokongan yang tidak berbelah bagi beliau telah mula merasa kekuatan yang amat sangat dan mula mempengaruhi semua penguasa yang ada untuk kepentingan diri nya sendiri. Sesiapa saja yang menghalang akan mendapat padah dari Pak Malau ini. Sedikit keagamaan yang ada di lihat dalam diri Pak Malau ini di awal awal dulu telah mula terkikis dan luput. Apa kan daya pengaruh Pak Malau ini terlampau kuat dan banyak orang suka jadi lembu di cucuk hidung. Ini sekarang menimbulkan masaalah yang tersangat besar untuk negara. Kita sekarang perlu seseorang yang sanggup dan boleh mempengaruhi Pak Malau ini balek ke pangkal jalan. Dengan secara otomatis pengikut pengikut beliau kan kembali ke pangkal jalan juga. Perubahan yang diidamkan mungkin akan tercapai. Wallahualam

Showing all 1 post

Create a free account or login to participate in this discussion