The public discussion you requested has been deleted.

Bagaimana nak tanam minat membaca di kalangan anak anak

Started by Saadiah Mohamad on Friday, March 26, 2010

Participants:

Showing all 7 posts
3/26/2010 at 9:13 AM

Mak Su nak start diskusi ni dengan tajuk di atas.

Sudah pernah cuba nak push anak anak untuk membaca? Susah atau senang? Yang Mak Su tau di kalangan mase kecik minat membaca ni ialah Kak Long Ain dan sekarang Mimi nampak nye suka membaca.

Mak su ingat mase kat US dulu memang rajin bawak mereka pergi library dan pinjam banyak buku. Masa tu tak demam facebook take de lagi dan computer game baru nak ada. satu lagi ada book money! Setiap baca satu buku, dapat berapa sen, jadi kak Long selalu work hard to colect the money. Sekarang ni dia satu satu nye yang suka baca buku dan jadi lawyer!

Qayyum pun boleh tahan juga sekarang. sebab jadi arkitek nak kena banyak idea jadi kena banyak baca juga. Baru ni dia habiskan buku "Natrah" yang tebal tu. Hana akauntan, hm ..kira duit je, tapi masa kat uni mesti la banyak baca juga.

Emir liat sikit baca buku ...tapi dia sekarang cita cita nak ambil bidang shariah, samaada Jordan atau kuwait (ameen....),nak jadi satu hari nanti shariah advisor dalam islamic Banking and Finance, lepas ni dia kena la rajin mentelaah kitab...

Apa nasihat Ayah Long?

3/27/2010 at 8:59 AM

Ha ha tak dok orang nak sambung ke perbincangan pasal baca buku ni...

Ada orang nak tau rahsia macammane nak dapatkan anak dapat straight As? Setakat ni 4 orang anak mak Su alhamdulillah dpt stret As untuk UPSR, PMR dan SPM (kecuali sorang tak dpt 5A UPSR). Bukan nak nunjuk ni cuma mungkin dapat jadi inspirasi pada yang lain untuk capai lebih baik lagi.

3/28/2010 at 1:40 AM

Tidak dinafikan bahawa agak sukar untuk memupuk minat membaca bukan sahaja di kalangan kanak2 tapi juga org dewasa. Apalagi nak capai tahap 'ulat buku'.

Nak tau juga tip bagaimana cara dan kaedah nak menimbulkan minat membaca ni...

3/30/2010 at 6:25 PM

Tip 1: Luangkan masa membaca bersama anak anak kecil (Mak SU dah tulis ni,
kat mana dah ah, cari dok jumpa pulak..., dekat HOME tak jumpa dlm discussion
ni tak dok)

Tip 2: Bersedia buat pelaburan untuk membeli buku buku menarik untuk anak2. Lebihkan beli buku dari beli mainan. Buku -buku berkualiti (kulit keras terutama) adalah pelaburaran
yang baik kerana boleh guna lama hingga anak cucu, berbanding mainan yang
cepat rosak dan sebenarnya budak pun cepat jemu.

Siri bacaan awal BAWAL DBP yang Mak Su (satu set ratus2 juga la...) beli untuk Kak Long dapat digunakan untuk semua anak2 Mak Su, dan di bawa ke US dan bawak balik semula
dan Kimi pun dapat baca. Sekarang ada kat simpanan library kami simpan untuk
cucu pulak!

Rumusan: apa juga yang nak di capai mesti ada usaha dan mesti bersedia buat
pelaburan, MASA dan Wang ringgit.

4/23/2010 at 11:53 PM

Tip 3

Senantiasa bawa bekal buku (yang senang bawak) kemana saja pergi terutama masa pergi holiday, bila balik kampung, pergi klinik dll supaya bila ada masa lapang/ketika menunggu boleh baca dan tidak rugi masa. Mak mak mesti pastikan "pack buku" untuk anak anak kecil, (hard cover buku yang menarik), yang boleh baca pastikan ada bawak buku cerita atau majalah yang bersesuaian.

Kadang2 bila balik kampung atau berjalan rumah saudara anak anak kita asyik tengok TV, mak2 sibuk sembang, ayah2 boring dan tidur. Masa nilah masa ayah nak spend masa ngan anak dan baca buku cerita dengan anak. Orang putih kata masa untuk "bonding". ...dan bagi mak2 sembang. Bukannya selalu kan daddy.

Ayah Su sendiri senantiasa bawak a book to read bila balik Dungun. He knows I would be busy talking with my sisters, so he can have some quiet time reading. and when the kids were small, he did read to them, (But I was the one who always packed the books!!).

Ada tip dari orang lain? Mak Su tengok Anas pun rajin baca buku...

2/18/2012 at 10:22 AM

saya gagal membentuk anak lelaki yg masih 4thn minat terhadap buku.apakah saya sudah terlambat?

2/18/2012 at 10:27 AM

saya harap puan saadiah dapat membantu saya di golongan sederhana ini dan tidak berpelajaran tinggi..saya ingin mengubah kehidupan atau habit keluarga ini yg tidak cenderung ke arah ilmu dan buku.kini anak saya baru berusia 4thn memandangkan faktor masa kerana saya bekerja agak kuarang tumpuan yg diberikan kepadanya almaklumlah anak saya dijaga oleh neneknya.saya tak tahu bagaimana ingin memupuk dan dr mana saya patut mulakannya sedangkan saya juga tidak berminat membaca kecuali majlah.

Showing all 7 posts

Create a free account or login to participate in this discussion