Waris Sultan S'pura jejaki keluarga di Bone

Started by Private User on Saturday, May 1, 2010

Participants:

Profiles Mentioned:

Showing all 5 posts
Private User
5/1/2010 at 7:53 PM

http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,163831,00.html?

1 Mei 2010

SINGAPURA

Waris Sultan S'pura jejaki keluarga di Bone

SEMASA zaman kesultanan Melayu dahulu, Singapura dan daerah Bone di selatan Sulawesi, Indonesia, mempunyai hubungan antara keluarga diraja.

Kini, selepas beberapa ratus tahun, waris ketujuh Sultan Hussein Shah, Tengku Syawal Tengku Aziz, mahu menjejaki hubungan tersebut.

Baru-baru ini, beliau bersama beberapa warga Singapura ke Bone untuk menjejaki salasilah keluarganya, selain memperatkan hubungan antara keluarga beliau di Singapura dan keluarga diraja Bone.

Sementara itu, lawatan Tengku Syawal tidak sia-sia kerana beliau bukan sahaja dapat menemui anggota keluarga diraja Bone, malah sempat menemui Kepala Daerah (Bupati) Bone, Encik Idris Galigo.

'Saya rasa lawatan ini dapat melestarikan lagi perhubungan ini atas dasar kesinambungan budaya dan warisan kerana keturunan saya memang mempunyai ikatan sejarah dengan Bone,' kata Tengku Syawal.

Menurutnya, keluarga diraja di pelbagai kawasan Makassar juga sedang mencari keturunan mereka yang merantau ke kawasan Nusantara.

Tengku Syawal juga menemui Pemangku Adat Kerajaan Tallo Makassar, Encik Rauf Maro Rewa.

Encik Rauf berkata, pertemuan itu sesuatu yang tidak dijangkakan.

'Memang saya sudah ada niat mahu ke Singapura untuk mencari keluarga di sana tetapi mereka yang sampai dahulu,' ujar beliau, keturunan kelima Sultan Daeng Marewa.

Tengku Syawal turut menemui Ketua Lembaga Adat Saoraja, Encik Andi Baso Hamid, anggota kerabat diraja keturunan ketujuh kesultanan Bone.

Private User
5/1/2010 at 7:54 PM

sultan hussein muhammad muazzam syah sultan mahmud...

Sultan Hussein Muhammad Muazzam Syah (Sultan Singapura pertama)

Private User
5/7/2010 at 3:40 AM

@Sultan Hussein Muhammad Muazzam Syah (Sultan Singapura pertama)

5/17/2010 at 5:11 PM

Sultan Hussein yang makamnya ada kat masjid tengkera melaka tu ke??

Private User
5/27/2011 at 6:55 AM

Saya pernah keIstana Kampung Gelam diSingapura pada tahun 1980an untuk berjumpa dengan YM Tengku Abdul Aziz, mungkin ayahanda kepada YM Tengku Syawal bagi membincang perihal pembangunan semula Kampung Gelam bagi mewakili suatu kumpulan (mungkin keluarga juga) pelabur dari Sarawak tanpa mengetahui bahawa kita ada hubungan keluarga juga. Rancangan tersebut tidak dapat diteruskan kerana sukar untuk mendapat kelulusan daripada kerajaan Singapura.

Baru-baru ini kebetulan saya ada urusan kerja diMelaka saya telah mengambil kesempatan untuk menziarahi Makam Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Hussein diperkarangan Masjid Trengkera.

Showing all 5 posts

Create a free account or login to participate in this discussion