Datuk Daeng Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mat Hashim cict kepada Hulubalang Daeng Kuning-Panglima Hitam

Начал Private User Вторник, 4 Мая 2010

Участники:

  • Private User
    Geni member
Показаны все 2 сообщения
Private User
4/5/2010 в 5:22 до полудня

Datuk Daeng Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mat Hashim adalah Mahaguru (Pengasas) Silat Seni Gayong. Berdasarkan daripada latar belakang keturunan beliau adalah cicit kepada hulubalang Bugis yang terkenal iaitu Daeng Kuning atau terkenal dengan gelaran Panglima Hitam. Daeng Kuning adalah titisan zuriat daripada Daeng Marewa. Silat yang dipusakai dari keturunannya dituntut dari datuk sebelah ibunya yang bernama Sheikh Syed Zainal bin Sheikh Syed Idris Al-Attas juga dikenali sebagai Tok Janai, seorang hulubalang Pahang dan dalang dalam menentang penjajahan British bersama-sama dengan Tok Gajah dan Mat Kilau.

Berikut adalah lima nama anak raja bugis diantara tujuh adik-beradik mereka ialah:
1. Daeng Celak
2. Daeng Marewa
3. Daeng Kemboja
4. Daeng Pelangi
5. Daeng Menambun
Daeng Kuning (Panglima Hitam) salah seorang daripada tujuh adik-beradik anak Raja

Bugis yang mencari penempatan baru. Mereka bertujuh telah mendarat di Tanah Melayu setelah merantau di serata gugusan kepulauan Melayu bagi mencari tempat yang dirasakan sesuai. Tempat pendaratan mereka tersebut dikenal sebagai Pengkalan Aur ketika itu yang kini diberi nama Air Kuning, Taiping, Perak Darul Ridhuan. Daeng Kuning terus menetap manakala yang lain meneruskan pelayarannya. Daeng Kuning telah mangkat di Taiping pada 17 Ogos 1875. Daeng Uda Mat Hashim cucunya telah memperolehi 2 orang anak lelaki iaitu Meor Abdul Aziz dan Meor Abdul Rahman.

Dato’ Meor Abdul Rahman dilahirkan di Taiping pada 17 Ogos 1915. Ilmu persilatannya telah dituntut ketika beliau berumur 12 tahun dari datuknya Sheikh Syed Zainal Al-Attas. Setelah dikhatamkan Meor Abdul Rahman mula dikenali ramai. Ketika berumur 19 tahun beliau telah menunjukkan kebolehannya di hadapan DYMM Baginda Sultan Alang Iskandar – Perak, baginda telah berkenan memberi gelaran “Panglima Sendo Perak” (The Invincible Warrior of Perak). Beliau telah menetap di istana atas kehendak baginda sehingga baginda mangkat pada tahun 1938.

Pada penghujung tahun 1938 Allahyarham Meor Abdul Rahman telah berhijrah ke Singapura dan beliau adalah anak Melayu yang pertama menjadi jurulatih seni mempertahan diri (Combat Instructor) di Kem Signal Corp, Guillman Barrack, Ayer Rajah Rd (Unit Semboyan) di bawah pentadbiran Lt. Colonel Pope. Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1942 beliau telah berpindah ke Pulau Sudong sebagai intelligent contact dan berjaya menyelamatkan penduduk di pulau itu dengan kemampuan yang ada. Seterusnya beliau menetap di sana sehingga Jepun kalah perang pada tahun 1945.

Pada tahun 1947 atas jasa beliau dalam usaha menentang pendudukan Jepun, beliau telah dianugerahkan pingat ‘King George VI’ oleh Kerajaan British. Semasa itu beliau telah pun bertugas sebagai polis di Jabatan Siasatan Jenayah (C.I.D).
Bermula dari 1948 Silat Seni Gayong telah pun sampai ke tanah besar Singapura. Dengan usaha gigih, beliau telah mengembangkannya pula ke seluruh pelosok Tanah Melayu. Setelah bersara dari perkhidmatan polis pada 3 Disember 1960, beliau telah menubuhkan Silat Gayong School di Woodlands,Singapura yang dianggap sebagai pusat latihan Silat Seni Gayong pada masa itu.
Pengalaman Dato’ Meor dalam mendedahkan ilmu ini secara terbuka bertitik mula dari Pulau Sudong, Singapura (agg.15KM) pada 17 Februari 1942 apabila tersebar berita mengatakan bahawa tentera Jepun akan mengganggu penduduk pulau itu. Setelah diadakan sesi perbincangan maka bermulalah buat pertama kali majlis yang dinamakan Perlimau Tapak Gelanggang dengan dimulai oleh 7 orang pemuda diketuai oleh Penghulu pulau tersebut En. Naning bin Ahmad. Setelah mereka terselamat dari bencana gangguan tentera Jepun maka kesemua penduduk pulau tersebut diperlimaukan dan diterima menjadi murid Silat Seni Gayong.

Selepas Perang Dunia II, Silat Seni Gayong telah merebak ke seluruh pelosok Tanah Melayu dan Kepulauan Riau.
Perkembangan Silat Seni Gayong di Tanah Melayu

Atas usaha Dato’ Meor dan kegigihan para khalifahnya, ilmu ini telah mula merebak ke Negeri Johor dengan penubuhan gelanggang silat. Identitinya bertambah teguh dan dikenali ramai setelah mendapat undangan persembahan secara besar-besaran di Kelab Sukan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah oleh YM Tengku Kasim (kekanda Tunku Abdul Rahman Putra) pada tahun 1958. Atas undangan En. Yaaman satu persembahan besar-besaran telah diadakan di Bukit Lintang,Melaka pada tahun 1959. Seterusnya rombongan itu telah singgah di Pulau Besar. Di sinilah bermulanya susunan Lembaga Adat kali pertama dengan pelantikan Orang 4, Orang 8, Orang 16 dan Orang 32.

Penglibatan Dato’ Onn bin Jaafar Pengasas UMNO telah menyemarakkan lagi perkembangan Silat Seni Gayong di seluruh tanah air. Beliau telah berjasa dalam menyusun buku perlembagaan. Pada 22 Oktober 1963 aktiviti Silat Seni Gayong telah didaftarkan secara rasmi sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Inilah persatuan silat yang pertama didaftarkan di Malaysia dengan nombor pendaftaran 361 di Johor. Dengan Dato’ Onn sendiri sebagai Setiausaha Agung pertama. Berikutan dari itu tanpa apa-apa halangan perkembangan Silat Seni Gayong tersebar dengan meluas dan diterima kehadirannya pada Jabatan Polis dan Tentera. Tanpa mengira lapisan masyarakat dari Sultan, Menteri, orang-orang kenamaan dan rakyat biasa.

Pada tahun 1966 Dato’ Meor Abdul Rahman telah pulang menetap di kampung asalnya iaitu No. 71, Kg. Air Kuning, 34000 Taiping, Perak dan menjadikan tempat itu sebagai pusat latihan tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau.

Pada tahun 1971 Mahaguru telah diperkenankan dan dianugerahkan darjah kebesaran Dato’ Paduka Cura Simanjakini ( D.P.C.M) yang membawa gelaran Dato’. Beliau telah meninggal dunia pada 23 Jun 1991 dan dikebumikan di perkarangan Masjid Lama Taiping.

Private User
4/5/2010 в 5:25 до полудня

@ Muhammad Sani Azman

Показаны все 2 сообщения

Зарегистрируйтесь или войдите в систему чтобы участвовать в этом обсуждении