ujang melopeh la lagi

Started by Mizal Azman(Ai) on Sunday, July 4, 2010

Participants:

Showing all 1 post
7/4/2010 at 7:36 PM

Berita Sedih: Overdraft ASB Diberhentikan
Salam Semua,
Baca tajuk kat atas menceritakan segalanya.Dengan kata lain Overdraft (OD) ASB dah tak boleh buat lagi.
1)Yang dah ada boleh terus pakai
2)Yang nak buat baru memang dah tak boleh buat
3) According to my CIMB officer, Mr Amar, PNB keluarkan notis Jumaat lepas dan semalam 28Jun,tarikh terakhir utk permohonan
4) Dulu ada jugak laa pernah macam ni, OD agaisnt ASB dah tak boleh buat, tapi kemudian boleh buat balik. harap perkara yang sama kali ini
5) Alasan aku tak pasti. Mungkin risau ada yang rempit 3-4 kali masuk ASB tapi tak boleh bayar bulan2 installment. Mungkin risau pegguna OD guna untuk membeli liability seterusnya menambah beban hutang
6) Apa yang pasti yg sedia ada OD tu, teruskanlah menggunakan dengan berhemah. Yang belum ada, teruskan menyimpan dalam ASB, mana tahu satu hari nanti OD ASB dibuka semula dan pada waktu tu anda mempunyai jumlah wang yang banyak untuk dijadikan OD

Aku pun sebenarnya dah diinform oleh pegawai cimb aku. Dia pun terkejut dengan arahan terkini PNB ni. Atas sebab apa diberhentikan pun taktau. Lepas ni susah la kita nak utilize OD ASB lagi untuk buat investment n at the same time boleh terima dividen ASB. Nak tanak, terpaksa la korek saving dalam ASB kalau nak buat pelaburan. Rugi2...
Cuma masa borak2 ngan officer bank aku tu, aku rasa salah satu sebab PNB buat macam ni ialah pasal orang dok rempit OD ASB ni. Buat OD , pastu masuk balik dalam ASB, pastu buat OD balik, pastu masuk lagi dalam ASB. Tup2 duit dalam ASB ada banyak padahal tu sumer on paper je. Mesti la PNB rasa pelik tiba2 fund yang dia nak manage jadi besar mendadak kan?Kalau setakat sorang dua je buat, tade la terasa sangat. Tapi kalau dah 1000 orang buat, pastu rempit sampai 200k sorang, dah bape banyak increase tu dalam fund ASB? kira la sendiri...So bila fund besar mendadak, PNB akan ada masalah nak manage fund tersebut dan pada masa yang sama perlu kekalkan kadar dividen sebanyak 7% tu ( lagi besar fund, lagi susah nak maintain profit return)..So PNB amik keputusan stop kan kejap OD ASB ni untuk menilai keadaan semasa. Ni aku punya assumption la. Mungkin betul, mungkin salah. Apa2 pun, pada sapa2 yang dah buat OD ASB, tahniah. Korang masih boleh terus guna OD ASB yang korang ada sekarang. Cuma takleh nak topup je la lagi. Pada yang tak buat lagi, simpan je la dalam ASB dulu. Tunggu la kot2 PNB nak bukak balik ODASB ni. This time ada baiknya kita kaji balik strategi pelaburan kita. Mungkin bila OD ASB dah takleh guna sekarang ni, kita boleh explore cara lain plak. Maybe boleh utilize kredit card ke, personal loan ke, OD facility yang tak guna ASB ke etc. Banyak cara lain yang kita boleh pakai sebenarnya. Jangan hanya disebabkan ODASB dimansuhkan, korang dah mengalah dan tanak teruskan perjuangan untuk melabur plak. THINK POSTIVE! dalam setiap halangan, pasti ada peluang yang bersembunyi. )

Showing all 1 post

Create a free account or login to participate in this discussion