|
20/5/2011 в 6:45 после полудня
|
Ku sangka sihir rupanya saka… Gangguan Jin, Gangguan Saka, Gangguan Sihir, Perubatan, Perubatan di Sandakan
Kami menaiki Mas flight ke Sandakan pada hari Jumaat, 17 Desember 2010. Dalam flight kami leka main iPad jadi perjalanan yang makan masa 2 jam setengah tidak rasa lama. Sejak ada ipad ni, kami jarang tidur dalam flight. Sepanjang perjalanan, saya tulis nota dalam iPad perkara-perkara yang harus kami lakukan untuk membuat persedian dan rancangan penubuhan organisasi baru kami Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
|
|
|
22/5/2011 в 3:57 до полудня
|
Salam, sangat menarik atas cerita yang anda beri ni. Masa dulu di Malaya orang-orang kita mengamal perkara sebegini. Selepas melalui zaman dan pengilmuan agama Islam yang lebeh mendalam mereka berubah..Teruskan berikan kami atas cerita perjalanan anda. Selain itu saya nak beritahu ibu saya yang kena penyakit cancer telah menjalani pembedahan dan sedang recuperation dan keadaan baik..Selamat terus melalui perjalanan anda. |
|
|
25/5/2011 в 6:01 до полудня
|
Assalammualaikum.. Untuk mengikuti blog pengalaman Hj Lokman sila klik sini
Untuk berubat penyakit ganguan/saka/dsb sila kliik sini..
Bersama ini disertakan catatan beliau berkenaan SAKA Pada minggu ini, slot syifa di rancangan Nasi Lemak Kopi O akan membincangkan tentang topik SAKA. Secara ringkasnya ganguan ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan. Sebenarnya, apa sahaja jin-jin atau hantu-hantu (roh sesat) yang diwarisi adalah saka tidak mengira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang diturunkan daripada orang yang lebih tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb). Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap. Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus. Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi daif berkenaan dengan perkara-perkara ini dan mereka membuat demikian disebabkan oleh budaya melayu lama. Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada “kontrak” atau perjanjian di antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang. Kaum jenis jin mempunyai satu ciri yang sungguh istimewa iaitu “taat setia” kepada tuannya. Kalau kita mengingati kembali cerita Nabi Sulaiman, bagaimana kaum jin taat setia berkhidmat kepada Nabi Sulaiman sehinggalah mereka ternampak tongkat Nabi sulaiman telah dimakan anai-anai baharulah mereka menyedari bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat dan baru mereka berhenti berkhidmat kepada Nabi Sulaiman. Setelah tuan punya tadi meninggal dunia, jin itu akan mendampingi pula keturunannya atau warisnya sehingga berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dikeluarkan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah. Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah seperti berikut :-
|