LA MADUSSALAT (RAJA TANAH BUGIS)

public profile

Is your surname - Luwuk?

Research the - Luwuk family

LA MADUSSALAT (RAJA TANAH BUGIS)'s Geni Profile

Records for Opu La Maddussalat Karaeng Tanete/ Raja Luwu La Maddusila Datu Tanete ke XVI/ La Madu Saleh - Luwuk

1 Record

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Share

Opu La Maddussalat Karaeng Tanete/ Raja Luwu La Maddusila Datu Tanete ke XVI/ La Madu Saleh - Luwuk

Birthdate:
Death: (Date and location unknown)
Immediate Family:

Son of RANDRENG RI TALUK TENDRER and SITTI MALENGKAE (RATU SELANGI)
Husband of nama; we seno datu citta; HALIMAH (FAMILY TOK MAJO) and WE TENRILELEANG
Ex-husband of nama
Father of Opu Tendriburang Daeng Rilaga ibni La Madussalat; SULTAN MUHD WALI MUHZARUDDIN and opu daeng biaserk -betawi

Managed by: Shahar Effendi Abdullah Azizi
Last Updated:

About Opu La Maddussalat Karaeng Tanete/ Raja Luwu La Maddusila Datu Tanete ke XVI/ La Madu Saleh - Luwuk

Raja Bugis yang pertama menganut ugama Islam.

(Raja di Luwuk Tanah Bugis) Raja Besar.

--------------------

Father of Upu Pajung and Upu Tandari Borang @ Daeng Rilaka

Added by: Shahar Effendi Abdullah Azizi on 11/23/08

Managed by: Shahar Effendi Abdullah Azizi

1. Ref: http://72.14.235.132/search?q=cache:K0gtB637RlcJ:forum.asyraaf.net/viewthread.php%3Ftid%3D1784+La+Maddusalat&hl=en&ct=clnk&cd=3&gl=my

Menurut buku Tuhfat An Nafis,adik beradik Daeng Bugis Lima Bersaudara itu adalah anak kepada Opu Tanderi Burong Daeng Rilaga Bin Opu La Maddusalat dari Luwu ( Provinsi Palopo, Sulawesi Selatansekarang). Dikatakan juga adalah Opu La Maddusalat itu keturunan La Galigo.La Galigo pula adalah keturunan Sawerigading dan Siti Malangkae.Siti Malagkae pula adalah dikatakan keturunan Ratu Balqis,isteri Nabi Sulaiman A.S..wallahu a'lam..Sultan Selangor sekarang adalah keturunan langsung daripada Daeng Celak Bin Daeng Rilaga, melalui Raja Lumu @ Sultan Salahuddin 1 ibni Opu Daeng Celak ( Yamtuan Muda Riau II ).Daeng Perani bin Daeng Rilaga mempunyai ramai keturunan di Kedah,Riau dan Selangor.Antaranya seperti Raja Haji Bot, Raja Abdullah ( Gedung Raja Abdullah, Klang ).Daeng Menambon bin Daeng Rilaga pula menjadi Raja Pertama kerajaan Amantubillah, Mempawah di Kalimantan Barat Indonesia.Sekarang yang mewarisi kerajaan mempawah tersebut ialah Drs. Mardan Adijaya Kesuma Ibrahim..

Ref: Nota: Petikan Kertas kerja yang dibentangkan dalam forum

bertajuk ‘Di manakah Letak Sebenarnya Makam Daeng Perani’, bertempat di

Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah pada Ahad 13 Mei 2007. Oleh

Abdullah Zakaria bin Ghazali – Jabatan Sejarah Universiti Malaya Kuala

Lumpur

Catatan Raja Ali Haji dalam bukunya Salasilah Melayu dan Bugis serta

Tuhfat Al-Nafis, Putera Bugis lima bersaudara ini adalah dari keturunan

Opu Tendriburang Daeng Rilaga iaitu putera La Maddusalat, seorang Raja

Bugis di negeri Luwuk. Opu Tendriburang Daeng Rilaga mempunyai lima

orang anak iaitu Daeng Perani, Daeng Chelak, Daeng Marewah, Daeng

Menambun & Daeng Kemasi.

Opu Daeng Rilaga bersama anak-anaknya keluar dari Luwuk setelah ayahandanya Opu La Maddusalat mangkat. Beliau memulakan perjalanan ke negeri To Pammana. Di sini

beliau disambut meriah oleh pemerintah To Pammana. Beliau Kemudian ke

Bone dan seterusnya ke Betawi bertemu dengan saudaranya Opu Daeng

Biasa. Selepas pertemuan itu, beliau berangkat ke Siantan. Ketika di

Siantan, Opu Daeng Perani telah berkahwin dengan anak Nakhoda Alang,

keturunan Makasar. Dari Siantan Opu Daeng Rilaga bersama anak-anaknya

mengambara ke Johor dan Melaka serta Kemboja. Setelah beberapa lama

tinggal di Kemboja, Opu Daeng Rilaga dan anak-anaknya kembali ke

Siantan. Apabila mereka sampai di Siantan, isteri Opu daeng Perani

telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Daeng

Kemboja sempena kepulangannya dari negeri kemboja.

Tidak berapa lama pulang dari Kemboja, Opu Daeng Rilaga telah mangkat. Oleh yang

demikian, peranan beliau telah diambil alih oleh Opu Daeng Perani.

Opu Bugis lima bersaudara ini kemudiannya telah terlibat dengan Johor,

Linggi [Negeri Sembilan], Selangor, Perak & Kedah di Semenanjung

Tanah Melayu, manakala Matan, Sambas & Mempawah di Kalimantan Barat.

Penglibatan Opu daeng Perani Di Dalam Politik Kedah.

Sebelum terlibat dalam politik Kedah, Daeng Perani dan saudaranya terlibat

dalam politik Johor, membantu Raja Sulaiman Ibni Sultan Abdul Jalil

Riayat Shah IV mengalahkan Raja Kechil [Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah,

1788 – 1722] dan menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor bergelar

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah [1722 – 1760], bersemayam di Pulau

Bintan. Sebagai mengenang jasa bantuan dan menepati janjinya, Sultan

Sulaiman Badrul Alam Shah telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan

Muda Johor [Yang Dipertuan Muda Johor] yang pertama.

Penglibatan mereka di kedah, seperti juga di Johor adalah dalam perselisihan takhta

kerajaan. Penglibatan Opu Daeng Perani di Kedah dan berperang dengan

Raja Kechil, Yang Dipertuan Siak digambarkan oleh Tuhfat Al-Nafis,

Salasilah Melayu & Bugis serta Hikayat Siak.

Ketika berada di Selangor, Daeng Perani mendapat surat daripada Sultan kedah meminta

bantuan. Beliau telah berangkat ke Riau berbincang lima bersaudara.

Mereka berlima telah bersetuju dan berangkat ke Kedah mengadap Sultan

kedah. Dalam pertemuan ini, Sultan kedah meminta Opu Lima bersaudara

mengambil alih takhta kerajaan yang diduduki adinda baginda. Jika

berjaya, Sultan kedah bersedia memberi ganjaran.

Peperangan berlaku diantara angkatan Sultan kedah yang lama angkatan yang disokong

oleh Opu Bugis lima bersaudara. Peperangan berlarutan sehingga melebihi

sebulan. Sultan kedah lama telah dikalahkan.

Pada 1136 Hijrah [1724] Opu Bugis lima bersaudara mendapat berita bahawa Raja Kechil

Siak berada di kedah memenuhi jemputan Sultan kedah yang telah kalah

membantu baginda menduduki semula takhta kerajaan Kedah. Opu Bugis Lima

Bersaudara kembali membantu Sultan kedah dengan alas an perjanjian

antara Sultan kedah dengan mereka belum selesai serta Opu Daeng Perani

mempunyai seorang isteri di Kedah iaitu adinda kepada Sultan Kedah,

Tengku Aishah.

Peperangan berlarutan selama dua tahun. Raja Kechil telah kalah dalam peperangan ini. Daeng Perani juga turut terkorban. Raja Kechil yang telah gagal , berundur ke Siak. Setelah Perang tamat, Daeng Chelak dan saudaranya Yamtuan Muda Daeng Marewah

telah mengebumikan jenazah Opu Daeng Perani. Seterusnya Yamtuan Muda

Daeng Marewah telah memohon kepada Sultan Kedah memohon kebenaran

pulang ke Riau. Dengan itu, Daeng Marewah dan angkatan Bugis kembali ke

Riau.

2. Ref: http://matteru.multiply.com/journal/item/11/LA_MADDUSILA_DATU_TANETE_MATINROE_RI_DUSUNG

Siapakah La Maddusila?. Banyak versi yang menceritakan tentang La Maddusila. Ia berasal suku Bugis, Sulawesi Selatan yang banyak menurunkan keturunan di daerah Riau Kepulauan Sumatra dan juga Semenanjung Melayu pada sekitar tahun 1700an. Adapun nama nama keturunannya tersebut antara lain adalah Daeng Rilaga, Daeng Chelak, Daeng Parani, Daeng Marewa, Daeng Manambun, dan lain lain. Mereka sangat dikenal di daratan Sumatra dan Semenanjung Melayu karena mereka juga sebagai penguasa disana. La Maddusila Datu Tanete MatinroE Ri Dusung yang nama aslinya La Waru Daeng Mattemu ini terlahir dari pasangan La Mallarangeng Datu Lompulle (Ayah) dan We Tenri Leleang Datu Luwuq MatinroE Ri Soreang (Ibu), La Rumpamegga To Sappaile Datu Luwuq MatinroE Ri Suppa (Kakek), La Onroto Palaguna Datu Luwuq MatinroE Ri Langkanana (Buyut), Setia Raja Datu Luwuq MatinroE Ri Tompo Tekka (Cicit). Jika melihat dari garis leluhurnya maka tidak salah jika ia dikatakan sebagai orang yang memiliki keturunan Raja raja(Datu) di Luwuq dan Datu Lompulle dan Datu Mario Ri Wawo. Makam La Maddusila ini masih dapat dikunjungi di daerah Kabupaten Pancana, Tanete Rilau, Barru, Sulawesi Selatan (http://www.barru.go.id/index.php?option=com_content&task=view&id=116&Itemid=120). Makam tersebut kini dijadikan salah satu objek bersejarah di daerah Kabupaten Barru. Al Fatihah dihadiahkan kepada Beliau.(Ditulis atas permintaan salah satu teman saya).