Puteri Raja Bajau

public profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Puteri Raja Bajau

Puteri yang berasal dari keturunan anak penghulu Bajau ini adalah salah satu isteri kepada Al-Marhum Sultan Abdul Kahar [Sultan Brunei ke-6, 1524-1530] berputerakan Raja Bendahara Sakam. Menurut sumber, orang Bajau dapat digolongkan ke dalam kategori "Pengembara Laut" (Sea Nomads). Mereka tinggal di beberapa tempat dalam kawasan Asia Tenggara, khususnya di kepulauan Sulu, Indonesia Timur dan Sabah.

Ketika pemerintahan Al-Marhum Sultan Abdul Kahar, baginda juga terkenal mempunyai keluarga yang besar yang mengamalkan poligami dan mempunyai ramai anak. Sebab-sebabnya begitu bukan kerana baginda itu seorang yang suka memuaskan hawa nafsu, tetapi baginda beristeri banyak itu kerana hendak mengukuhkan muhibah dengan negeri-negeri yang berada dalam lengkongannya. Baginda merapatkan muhibah itu dengan jalan memperisterikan puteri-puteri raja atau anak ketua-ketua puak dari negeri-negeri yang berada dalam naungan baginda. Perbuatan baginda itu bukan sahaja mengikat dan mengukuhkan tali persahabatan antara kerajaan Brunei sebagai ibu dari seluruh kepulauan Borneo dengan negeri-negeri yang menjadi jajahan takluk dan naungannya, tetapi adalah banyak menimbulkan perasaan ikhlas yang lebih rapat dengan perasaan pertalian kaum kerabat. Dikatakan baginda mempunyai keseluruhan banyak anaknya semuanya 48 orang termasuk Pg Bendahara Sakam. Hal ini merapatkan lagi hubungan Brunei dengan Tanah Bajau yang dalam konteks ini ialah Sabah.

والله أعلمُ