Sy Mohamed (Nong Chik) Ahmad

Is your surname Ahmad?

Research the Ahmad family

Sy Mohamed (Nong Chik) Ahmad's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sy Mohamed (Nong Chik) Ahmad

After the death of his father, all the family wealth was passed down to Syed Muhamad. He became famous internationally and was appointed as the Konsol Jeneral Kehormat by the Singapore Turkish. At the same time, he also ensured good relationship with the Malay Sultans in Siak, Langkat, Pontiananak and Johor. His good relationship with Sultan Abu Bakar of Johor brought him Land Concession in Kukup area. This piece of land was then cultivated with agriculture corps.Later Kukup became a district wereby he was allowed to have his own currency for Kukup. He also possessed consession land in Johor Bahru which he named Nong Chik. Syed Muhamed was also a generous charity contributor. He contributed to built the Sekolah Arab Alsagoff, Jalan Sultan in Singapore, Rumah Anak-anak Yatim Islam Singapore (The Singapore Islan Orphanage). He also help the Acheh people to fight against the Dutch. Syed Muhamed died on 31st July 1906 at the age of 70 years old in his own house in Bukit Tunggal, Thomson Road Singapore because of heart disease.


nong chik was a philantrophist and leader in the muslim community.among his c ontribution was a wakaf fund of which a madrasah was built and funded an orphanage.numerous mosques and madrasahs benefitted from this fund till today.he also developed kukup of which the main road in pontian was named jalan alsagoff in remembrance of nong chik.kukup uses currency printed by him.he also developed kampong nong chik.all this concessions were given by sultan abu bakar of johor,a relative of his.

----------------------------------------------------------------------------------------------
http://naine-n.blogspot.com/2012/07/personaliti-termasyhur-singapur...

Monday, July 2, 2012 Personaliti Termasyhur Singapura: Sayid Muhammad bin Ahmad Al-Sagoff (Nong Chik)

PENGENALAN "Malay Archipelago" (Gugusan Kepulauan Melayu atau Asia Tenggara) sama seperti Semenanjung Tanah Arab yang mempunyai kedudukan yang strategik lagi istimewa. Rantau ini secara tradisinya menjadi jambatan penghubung antara dua kawasan,iaitu Asia Barat dan India dengan China yang direntasi Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Laluan semulajadi tersebut membolehkan Asia Tenggara menjadi tempat pertembungan para pedagang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Keistimewaan tersebut menjadikan golongan Arab teruja bukan sahaja datang untuk berdagang, bahkan menetap di Kepulauan Melayu dalam jangkamasa yang lama. Oleh itu, artikel ini hanya membincang dan memfokuskan secara umum terhadap seorang tokoh termasyhur di Singapura berketurunan Arab, iaitu Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff. Dalam konteks sejarah, tokoh tersebut perlu diketahui oleh umum kerana beliau telah berjaya membentuk berpersonaliti menarik dalam mengembangkan pengaruh keluarganya sama ada di arena kebangsaan, mahupun antarabangsa. Selain itu, beliau merupakan antara tokoh yang berusaha gigih dalam menyumbangkan jasanya kepada pembangunan masyarakat Islam Singapura, disamping beberapa sumbangan beliau yang masih wujud hingga kini.

Riwayat Hidup: Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff telah dilahirkan pada tahun 1836 diSingapura.1 Beliau mempunyai susur galur keluarga yang istimewa, iaitu keturunan di sebelah ayah beliau, Syed Ahmed bin Abdul Rahman Alsagoff adalah berasal daripada keluarga Arab berketurunan "Alsagoff" yang kaya-raya serta berpengaruh.2 Keluarga ayahnya mempunyai perniagaan dan perdagangan sendiri yang diwarisi daripada datuknya, Syed Abdul Rahman Alsagoff yang menjalankan perdagangan rempah di sekitar Asia Tenggara yang dikenali sebagai Malay Archipelago (Malaysia, Singapura, Jawa, Sumatra, Sulawesi danbeberapa pulau di Indonesia) dan Eropah.3 Selain itu, beliau bertanggung jawab atas penubuhan "Alsagoff and Compony" pada tahun 1848 di Singapura demi menyelaraskan segala pengurusan berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan keluarga Alsagoff. Syarikat ini telah menguruskan sebahagian besar daripada eksport import Neger-inegeri Selat seperti kayu balak dari Negeri-negeri Selat untuk dihantar ke negeri Arab dan Eropah. Kemudian, beliau turut mengeksport produk penting dagangannya terhadap hasil pertanian seperti getah,sagu, kopi, koko, nenas dan kelapa.4 Di samping itu, syarikat ini turut berperanan mengimport rempah dari Banda dan pulau-pulau Moliku di India[sic]. Justeru,segala urusan perdangan barang import-eksport ini telah dilakukan oleh beliau dengan menggunakan kapal-kapal dagangannya sendiri.5 Sejarah awal keluarga Alsagoff di Singapura menunjukkan Syed Abdul Rahman yang berasal dari Yaman telah berhijrah ke Singapura pada tahun1824.6 Dalam masa yang sama, Singapura telah diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas oleh Raffles kepada seluruh bangsa di sana bagi menjalankan urusan perdagangan, sama ada di dalam atau di luar Singapura.7 Justeru, Syed Abdul Rahman Alsagoff telah menggunakan peluang tersebut dan datang ke Singapura dari Melaka bagi memenuhi hasratnya untuk menjalankan perdagangan.8 Kemudian, keturunan di sebelah ibunya, Raja Siti binti Keraing Chanda Pulih adalah berasal daripada golongan diraja berketurunan Bugis dari Sulawesi. Hal ini, Keraing Chanda Pulih merupakan Sultan Goa yang memerintah Sulawesi ketika itu.9 Manakala bonda Raja Siti, iaitu Hajjah Fatimah yang merupakan seorang ahli usahawan wanita Melayu yang kaya dan terkenal berasal dari Melaka. Beliau telah mengendalikan perdagangan yang besar selepas kematian suaminya dengan memilik ibeberapa kapal wap [steamship] dan perahu bagi mengangkut barang dagangannya dan penumpang-penumpang disekitar Sulawesi dan Singapura.10 Setelah bapa dan ibu mertua Syed Ahmed Alsagoff meninggal dunia, segala urusan perdagangan dan perniagaan kedua duanya telah dikendalikan dengan penuh amanah, baik dan jujur.11 Perkahwinan antara Syed Ahmed Alsagoff dan Raja Siti telah dikurniakan lima orang anak, iaitu empat orang perempuan dan seorang lelaki.12 Antaraanak mereka, iaitu Sharifah Rugayah Alsagoff, Sharifah Aishah Alsagoff, Sharifah Khadijah Alsagoff dan Syed Mohamed Alsagoff.13 Dalam melayari kehidupan peribadi Syed Mohamed Alsagoff, beliau turut dikenali sebagai ‘Nong Chik’. Nama tersebut berasal daripada bahasa kaum Bugis yang bermaksud ‘Nong’, iaitu anak lelaki seorang dan ‘Chik’ anak paling kecil (bongsu).14 Syed Mohamed Alsagoff telah berkahwin dengan seorang wanita Singapura berketurunan‘Syed’ bernama Sharifah Alaweah.15 Mereka dikurniakan tujuh orang anak, iaitu Syed Ahmad Alsagoff, Syed Hassan Alsagoff, Syed Ali Zainal Abidin Alsagoff, Sharifah Baheah Alsagoff, Sharifah Zain Asharoff Alsagoff, Sharifah AminahAlsagoff dan Sharifah Fatimah Alsagoff.16 Beliau telah meninggal dunia pada 3 Julai 1906 pada usia70 tahun di rumahnya di Bukit Tunggal, Thomson Road, Singapura kerana sakit barah hati. Beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan keluarga Alsagoff di Masjid Hajjah Fatimah, Singapura bersama-sama dengan ibu bapa dan ahli keluarganya.17

Pekerjaan: Pada asalnya, pekerjaan Syed MohamedA lsagoff ialah pedagang import-eksport dan perkapalan sebagaimana ayah, datuk dan nendanya. Selepas kematian Syed Ahmed Alsagoff pada tahun1875, beliau telah mewarisi segala perniagaan dan perdagangan serta harta kekayaan keluarga Alsagoff tersebut.18S yed Mohamed Alsagoff telah dilatih semenjak awal berkenaan dengan selok-belok perdagangan dan perniagaan daripada datuk, nenda dan ayahnya.19 Selain itu, beliau turut dikategorikan sebagai peneroka kerana beliau telah berjaya meneroka sebuah kawasan yang dipanggil Kukup di Pontian, Johor yang bertujuan untuk menghasilkan produk pertanian seperti pokok nilam, kopi, sago, getah,nenas, koko dan kelapa. Pada awalnya, semua hasil pertanian ini hanya dieksport ke Singapura, namun lama-kelamaan perdagangannya telah keluar kepasaran antarabangsa, iaitu negara-negara Arab dan Eropah.20 Oleh itu, beliau telah diiktiraf sebagai jutawan dan mempunyai aset hartanah yang berjuta-juta kerana memiliki banyak tanah sama ada di Singapura dan Johor, bahkan di Pahang. Hal initelah dilaporkan oleh pihak akhbar Singapura yang menyatakan: "He has investment in Singapore in the way of land and property shares and business and probably on of wealthiest man of theStraits.21 Peranannya di peringkat antarabangsa dilihat sebagai tokoh korporat dan beliau pernah dilantik menjadi Honorary Consul General (Ketua Duta Kehormat) untuk Turki di Singapura pada tahun1880 ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.22 Pengaruh Syed Mohamed Bin Ahmed Alsagoff: Syed Mohamed Alsagoff inilah yang telah mengembangkan pengaruh keluarga Alsagoff ketahap global dari segi ekonomi, politik, sosial dan agama di Singapura. Dengan kebijaksanaannya,pengaruh keluarga Alsagoff telah berkembang maju dan melebar luas hingga ke luar Singapura seperti Malaysia, Indonesia, Makkah, Cina, Turki dan Eropah.23 Pada awal penglibatannya sebagai tokoh korporat, beliau mempunyai pengaruh yang kuat dengan Konstantinople terutamanya, Sultan Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Berdasarkan kecemerlangan perkhidmatannya, beliau telah dikurniakan Osmaniah Order (darjah penghormatan) oleh Sultan Abdul Hamid II (Sultan Kerajaan‘Uthmaniyyah).24 Tambahan pula, pengaruhnya bukan setakat di Konstantinople, bahkan di sekitar kepulauan Indonesia. Hal ini menunjukkan Syed Mohamed Alsagoff turut mendapat penghormatan dari golongan diraja dan pemerintah seperti Sultan Siak, Sultan Langkat, Sultan Pontianak, Gabenor Negeri-negeri Selat dan Duta Tertinggi Negeri-negeri Melayu.25 Syed Mohamed Alsagoff turut mempunyai pengaruh dan hubungan baik dengan Maharaja Johor, Sultan Abu Bakar.26 Hal ini, beliau sering mengiringi Sultan Abu Bakar apabila baginda mempunyai urusan di luar negeri. Beliau bukan sahaja rakan karib baginda, malah turut bertindak sebagai peminjam wang kepada Sultan Abu Bakar ketika membuat lawatan ke Eropah. Atas jasa baik sikap dermawannya, Syed Mohamed Alsagoff termasuk antara enam orang yang menerima Pingat Darjah Kebesaran Johor (DK) pada tahun 1886. Pingat ini merupakan julung kali dikeluarkan dan ia sepatutnya diterima oleh Kerabat Diraja Johor sahaja.27 Sultan Abu Bakar turut bermurah hati dengan mengurniakan sebidang tanah kepada Syed Mohamed Alsagoff untuk dijadikan kawasan pertanian tanpa perlu dibayar. Beliau telah mendapat sebidang tanah yang dipanggil "Alsagoff Concession Kukup" (tanah konsesi) Kukup di Kukup, Pontian,Johor (1878). Dengan adanya tanah kurniaan ini,beliau telah memulakan perniagaan dan perdagangannya dengan lebih pesat kerana tanah di Kukup ini sangat luas dan sesuai untuk hasil tanaman miliknya. Keluasan tanah kurnian Kukup ini dianggarkan sebanyak 45,000 ekar pada tahun tersebut mengikut sempadan yang telah diberikan oleh Sultan Abu Bakar.28 Namun, keluasan tanah bukan setakat 45,000 ekar, bahkan ia telah mencapai sebanyak 60,000 ekar pada tahun 1924.29 Syed Mohamed Alsagoff turut dikurniakan sebidang tanah lagi di Kampung Nong Chik, Johor Bahru, Johor (1884). Nama kampung tersebut diambil bersempena nama timang-timangan beliau dan ia turut diabadikan sebagai nama jalan, iaitu Jalan Nong Chik, Johor Bahru.30 Dua jalan lagi dinamakan Jalan Alsagoff di Pontian, Johor,Malaysia (1878) dan Jalan Alsagoff (1979) di Geylang Serai, Singapura.31 Sumbangan Syed Mohamed Bin Ahmed Alsagoffdi Singapura: Syed Mohamed Alsagoff telah memberikan banyak sumbangan dan faedah kepada Singapura dan masyarakat Islam Singapura.

Dalam artikel ini akan membincangkan enam sumbangannya yang masih kekal hingga kini, iaitu:

(1) Hotel Raffles: Hotel Raffles terletak di BeachRoad berhadapan dengan Sungai Singapura sehingga sekarang. Pada asalnya, ia merupakan Beach House (rumah banglow besar atau rumah pantai) di tepi Sungai Singapura, iaitu sebuah kediaman persendirian yang dibina pada tahun 1830 oleh seorang bangsa British bernama Robert Scott. Kemudian, Dr. Charles Emmerson telah menjual rumah banglow tersebut kepada Syed Ahmed Alsagoff pada tahun 1870.32 Setelah itu, rumah banglow tersebut telah ditukarkan kepada sebuah hotel pada 1 Disember1887 dan ia dikenali sebagai Hotel Raffles. Pengasas kepada penubuhan hotel tersebut, iaitu oleh Syed Mohamed Alsagoff dan ketika itu ia mempunyai kemudahan 10 buah bilik sahaja. Beliau telah membelanjakan duit yang banyak untuk mengubah-suai rumah banglow itu. Namun, hotel yang diasaskan oleh Syed Mohamed Alsagoff tidak lagi dikendalikan sebagai sebuah hotel tetapi telah dijadikan sebuah muzium bersejarah oleh pihak pemerintah Singapura.33 - (pembetulan : ianya masih dijadikan hotel, namun di senaraikan sebagai diantara " National Monument and Heritage"}

(2) Pembinaan Makam Waliyullah Habib Nuhbin Muhammad al-Habshi: Selain itu, beliau turut memberi sumbangan dari segi pembinaan makam bagi Waliyullah terulung yang dimakamkan di Singapura, iaitu Habib Nuh bin Muhammad alHabshi pada tahun 1890. Beliau merasakan perlu menginfakkan hartanya bagi tujuan sedemikian agar makam tersebut lebih sempurna binaannya dan salah satu cara beliau menghormati ulama termasyhur di Singapura itu.34 Waliyullah ini meninggal dunia pada tahun1866 dan Makam beliau terletak di Palmer Road,Tanjong Pagar, Singapura. Keistimewaan Habib Nuh al-Habsyi makin tersohor apabila kerajaan Singapura sewaktu pembinaan lebuh raya cuba untuk memindahkan makam beliau tetapi gagal. Akhirnya, makam beliau dibiarkan dan sehingga kini terus di bawah penjagaan Majlis Ugama Islam Singapura. Sebelum meninggal, beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang ganjil kerana tempat yang ditunjukkannya itu adalah terpencil daripada perkuburan orang Islam dan berada di tepi laut yang terdedah kepada pukulan ombak dan hakisan laut.35 Justeru, ahli keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya dimakamkan sahaja di tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan jenazah dan ketika hendak dibawa ke tanah perkuburan biasa, jenazah beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang hendak membawanya. Diceritakan puluhan orang cuba untuk mengangkat jenazah tersebut, semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi sahaja wasiat Habib Nuh berhubung tempat pengkebumiannya. Apabila jenazahnya hendak dibawa ke tempat menurut wasiatnya tersebut, orang-orang yang membawanya merasa jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka mengusungnya. Pada tahun 1962, kerajaan Singapura telah menambak dan menebus guna laut sekitar makam Habib Nuh, dan sekarang makam tersebut berada di tengah daratan dan bukan lagi tepi laut. Makam beliau tetap terpelihara sehingga sekarang dan menjadi tempat ziarah bagi mereka yang mencari keberkahan seorang sholih lagi wali. Selepas itu barulah Syed Mohamed Alsagoff membina makamnya dengan lebih baik dan teratur.36

(3) Muslim Trust Fund Association (MTFA): Muslim Trust Fund Association (MTFA) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1904 oleh Syed Mohamed Alsagoff, iaitu dua tahun sebelum beliau meninggal dunia.37 MTFA ditubuhkan pada ketika itu atas dasar belum wujud lagi sebuah pertubuhan kebajikan bagi orang Islam yang miskin dan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak Yatim Islam di Singapura. Oleh itu, perlunya diwujudkan sebuah pertubuhan yang beperanan menjaga kebajikan bagi golongan tersbeut. Pengasas MTFA ialah Syed Mohamed Alsagoff dan dibantu oleh ahli yang lain, iaitu Syed Abdul Kader Alsagoff, Ahmad M. S., Mahboob bin Faizal, M. Mohamed, Mohamed Ididdan Haji Mohamed Hakim.38 Di samping itu, pertubuhan yang Syed Mohamed Alsagoff tubuhkan ini berperanan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik daripada pelbagai peringkat umur dengan menyediakan bantuan kewangan, memberi biasiswa bagi pendidikan golongan tersebut dan MTFA turut memberi perkhidmatan pengebumian percuma kepada mereka. Bagi mendapatkan sumber kewangan MTFA bagi membiayai golongan ini, MTFA memperoleh daripada hasil sewa hartanah MTFA, derma dan pelbagai sumber bantuan kewangan daripada pelbagai pihak.39 Pertubuhan kebajikan ini turut menubuhkan dua buah rumah anak-anak yatim yang dikenali sebagai Rumah Anak Yatim Darul Ihsan bagi anak-anak yatim lelaki dan perempuan. Rumah anak yatim lelaki terletak di 5 Mattar Road, Singapore 387713 dan rumah anak-anak yatim perempuanterletak di 23 Wan Tho Avenue, Singapore 347552. Oleh itu, MTFA masih wujud sehingga kini dan bertanggungjawab atas segala kebajikan bagi golongan yang kurang bernasib baik di Singapura, disamping kedua-dua rumah anak yatim tersebut masih beroperasi.40

(4) Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff WakaffFund (SMA Wakaff Fund): Waka Fund ini ditubuhkan pada tahun 1906 yang termaktub dalam wasiat Syed Mohamed Alsagoff dan wasiat asal tersebut telah dibuat pada 24 November 1902 tetapi ia hanya berkuatkuasa secara rasmi selepas kematiannya pada tahun 1906.41 Tabung ini ditubuhkan untuk menjaga aset harta yang dimiliki oleh beliau meliputi keuntungan perdagangan kapal kapal besar, barang import-eksport dan hartanah serta harta bagi para warisnya.42 Waka Fund ini telah diberi sepenuh pengurusannya kepada executor diberikan kepada Syed Omar bin Mohamed Alsagoff serta Syed Ali bin Mohamed Alsagoff (1906).43 Manakala trustee SMA Alsagoff Wakaff Fund pula ialah Syed Abdul Rahman bin Taha Alsagoff dan Syed Abdul Kader bin Abdul Rahman Alsagoff(1906).44 SMA Alsagoff wakaff Fund telah memperuntukkan dengan jumlah wang yang banyak untuk kebajikan golongan yang tersenarai sebagai orang yang mendapat wang wakaf tersebut. Selain itu, SMA Alsagoff Wakaff Fund ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:45 Bahagian pertama; Wakaf harta kepada kaumkerabat SMA yang mewakili keluarganya di Seiyun, Hadramaut, Yamen daripada golongan rapat, miskin sama ada di dalam atau di luar Seiyun. Selain itu, beliau turut mewakafkan hartanya untuk pelajar di tahrim. Bahagian kedua; Wakaf harta diperuntukkan untuk membiayai bagi penyelenggaraan madrasah serta segala keperluan lain seperti membayar gaji guru, membeli kitab-kitab dan lain-lain lagi. Ia adalah juga untuk pembiayaian urusan berkaitan dengan Masjid Hajjah Fatimah kerana masjid tersebut merupakan tanggungjawab sepenuhnya keluarga Alsagoff dan ia turut dipantau oleh MUIS serta dikhaskan untuk dana Muslim Trust Fund Association(MTFA). Di samping itu, wakaf ini adalah juga diperuntukkan kepada kebajikan masyarakatIslam Singapura seperti derma Ramadan, korban dan akikah. Bahagian ketiga; Wakaf harta diperuntukkan untuk para waris SMA serta keluarganya yang miskin yang tinggal di Singapura.

(5) Madrasah Alsagoff al-Arabiah (1912): Sebelum penubuhan Madrasah Alsagoff al-Arabiah,tujuan untuk mengajar PIPBA di Singapura sudah terbit awal lagi dalam diri Syed Abdul Rahman Alsagoff. Beliau bukan sahaja datang ke Singapura untuk berdagang malah mahu mengembangkan ajaran Islam dalam bentuk pendidikan.46 Namun,usaha tersebut telah direalisasikan oleh cucunya, Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff agar anak-anak Alsagoff khasnya dan anak-anak Islam Singapura amnya menerima dan memperoleh PIPBA dengan baik. Syed Mohamed Alsagoff telah memulakan kelas kecil bagi PIPBA pada peringkat awal di Kota Alsagoff [Kota Nong Chik], Java Road, beberapa tahun sebelum kematiannya. Pada peringkat awal, mereka mengajar pendidikan tersebut hanya untuk ahli keluarga Alsagoff dan para gurunya pula terdiri daripada kalangan keluarga Alsagoff sendiri.47 Permulaan kelas kecil tersebut dihadiri hanya empat orang pelajar, iaitu ahli keluarganya sahaja dan telah dikendalikan secara tidak formal tanpa sebarang yuran dikenakan. Namun, lama-kelamaan kelas tersebut tidak dapat menampung pelajarnya kerana ruang rumah tersebut tidak mencukupi. Ini memandangkan ia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar Arab yang datang dari negara Arab lain bagi menuntutkan PIPBA disana.48 Justeru, Syed Mohamed Alsagoff telah mencetuskan idea untuk membina bangunan sekolahyang lebih luas.49 Pembinaan madrasah bertujuan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dan ingin menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik serta baik.50 Namun, tujuan utama adalah untuk mengajar ilmu agama dan bahasa Arab serta bahasa Inggeris sebagaimana yang termaktub dalam wasiatnya.5 Namun, Syed Mohamed Alsagoff tidak dapat meneruskan niatnya itu kerana beliau telah meninggal dunia sebelum sempat rancangan pembinaan madrasah dijalankan. Proses pembinaan madrasah ini telah diuruskan oleh Syed Omar bin Ahmed Alsagoff (1850-1927) selaku executor(pelaksana wasiat) Syed Mohamed Alsagoff.52 Beliau telah berjanji untuk memaju dan meningkatkan prestasi madrasah tersebut sebagai pusat PIPBA di Singapura sehingga ke tahap global selagi beliau mampu dan berdaya untuk mengusahakannya.53 Setelah itu, peranan "Kota Alsagoff" telah diambil alih oleh Madrasah Alsagoff al-Arabiah apabila ia telah siap dibina di Jalan Sultan, terletak berhampiran Masjid Hajjah Fatimah, Istana Kampung Glam dan Masjid Sultan pada tahun1912.54 Madrasah tersebut telah dibuka secara rasmi oleh Gabenor Selat di Singapura pada tahun 1913. Bangunan madrasah yang baru dibina terdiri daripada sebuah blok bangunan dua tingkat dan memiliki enam buah kelas.55 Pada awal pentadbiran dan pengurusan, Madrasah Alsagoff al-Arabiah adalah tertakluk di bawah penyeliaan Syed Abdul Rahman bin Taha Alsagoff (1880-1955) yang mesra dipanggil "Engku Aman" bermula pada tahun 1912 hingga 1954. Namun, sebelum menjawat jawatan tersebut, beliau telah menjawat jawatan selaku trustee (pemegang amanah) SMA Alsagoff Wakaff Fund dari tahun 1906 hingga 1954.56 Beliau turut menjadi Penyelia Madrasah Alsagoff al-Arabiah (pengerusi pentadbir) yang pertama (1912 hingga1954).57 Kemudian, tugas pengerusi pentadbir diteruskan oleh Syed Mohamed bin Hassan Alsagoff(1955 hingga 1983) dan Syed Abbas bin Mohamed Alsagoff (1984 hingga 2010).58 Pada tahun 2010, Ahli Lembaga Pentadbiran Madrasah Alsagoff al-Arabiah mempunyai tujuh individu penting, iaitu Syed Abbas bin Syed Mohamed Alsagoff (PengerusiLembaga Pentadbir), Syed Mustafa bin Syed Ja’afarAlsagoff (Setiausaha merangkap anak saudara Syed Abbas), En. Kamar Lim (Bendahari) di samping ahl ilain, iaitu Ustazah Kamsinah binti Abdul Rahman (Mudirah), Tuan Syed Mohdar bin Syed Mohsen Alsagoff (sepupu), En. Mahat bin Kaliff (individu luar) dan Tuan Syed Muhammad Shafeeq bin Syed Abbas Alsagoff (anak Syed Abbas).59 Tanah Wakaf: Madrasah Alsagoff al-Arabiah telah dibina di atas sebidang tanah wakaf 60 yang diberioleh Syed Mohamed bin Ahmed bin Abdul Rahman Alsagoff. Beliau berpendapat bahawa tanah tersebut perlu diwakafkan untuk kebaikan masyarakat Islam Singapura, terutama untuk menyediakan PIPBA kepada anak-anak mereka. Selain itu, ia merupakan satu cara untuk berdakwah fi sabilillah bagi mengembangkan ajaran Islam di Singapura di bawah pentadbiran pemerintah bukan Islam. Cara ini sahaja yang dapat memberi PIPBA yang baik kepada masyarakat Islam Singapura serta peluang untuk mendapatkan pendidikan tersebut terbuka lebih luas.Tanpa tanah wakaf tersebut, pembinaan Madrasah Alsagoff al-Arabiah dengan kemudahan yang selesa untuk para pelajar dan guru dilihat agak sukar.Penubuhan madrasah ini membolehkan pembelajaran ilmu agama berjalan lebih lancar serta bersistematik mengikut peredaran zaman ketika itu.61

Kewangan: Pada awal penubuhannya, kewangan Madrasah Alsagoff al-Arabiah diperoleh daripadaTabung Wakaf Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff (SMA Alsagoff Wakaff Fund), iaitu harta yang diwakafkan oleh beliau untuk keperluan madrasah tersebut.62 Hasil daripada pelaburan, tabung wakaf ini telah berjaya mengutip pendapatan tahunan sebanyak SGD2 juta ke atas. Justeru, lapan peratus (1/3) daripada SMA Alsagoff Wakaff Fund telah digunakan untuk membiayai penyelenggaraan madrasah serta segala keperluan lain seperti membayar gaji guru, membeli kitab-kitab dan lain lain lagi. Tiga peratus untuk pembiayaian urusan berkaitan dengan Masjid Hajjah Fatimah kerana masjid tersebut merupakan tanggungjawab sepenuhnya keluarga Alsagoff dan ia turut dipantau oleh MUIS. Manakala 21 peratus dikhaskan untuk dana Muslim Trust Fund Association (MTFA).63 Madrasah Alsagoff al-Arabiah turut menerima dana kewangannya daripada sumber yuran pelajar (5 peratus), zakat dan derma daripada masyarakat umum.64 Di samping itu, sumber pendapatan lain ialah projek pendidikan Islam yang dilaksanakan seperti Projek Walkathon (Projek Muharam) yang dianjurkan setiap tahun bermula dari tahun 1401-1431H/1980-2010M. Ia bertujuan untuk mendekatkan warga madrasah dengan masyarakat luar dan ia mempunyai kad khas bagi memudahkan memungut derma.65 Madrasah tersebut turut mendapat bantuan kewangan dari Kementerian Pelajaran Singapura sebanyak dua peratus dan ArRabitah Al-Alam Al-Islami sebanyak tiga peratus.66

Tenaga Pengajar: Pihak madrasah tidak pernah menggunakan khidmat guru luar negara untuk mengajar pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab. Guru mereka terdiri daripada orang Melayu Islam Singapura dan kebanyakan mereka adalah bekas para pelajar Madrasah Alsagoff al-Arabiah lulusan IPTA yang berkelayakan. Selain itu, pihak madrasah turut mengambil guru lulusan madrasah lain yang berkelayakan. Bagi guru akademik, pihak madrasah biasanya mengambil guru daripada sekolah kerajaan.67 Para guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengajar ilmu-ilmu agama seperti tauhid, mantiq, ibadat, sejarah Islam, al-Quran dan hadith, di samping ilmu bahasa Arab seperti nahu, sarf dan balaghah. Para pelajar dapat mempelajari bahasa Arab dengan betul dan menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar dan bahasa komunikasi pada waktu persekolahan.68 Pada tahun 2010, Madrasah Alsagoff al-Arabiah mempunyai seramai 22 orang guru (19 perempuan dan tiga lelaki) yang mengajar subjek agama serta akademik. Kebanyakan tenaga pengajar Madrasah Alsagoff al-Arabiah terdiri daripada guru perempuan dan mereka merupakan guru sepenuh masa serta separuh masa.69 Antara mereka yang pernah menerajui pentadbiran madrasah sebagai guru besar ialah Syed Abdul Rahman Alsagoff(1912 hingga 1942), Ustaz Jastan bin Abdullah(1943 hingga 1951) dan Ustaz K.H. Ahmad Zuhri Mutammin (1952 hingga 1960).70 Manakala guru besar berikutnya telah digantikan dengan mudirah, iaitu Ustazah Khamsiah Ahmad (1961 hingga 1981) dan Ustazah Hajjah Latifah Haji Ishak (1982 hingga1996) dan Ustazah Kamsinah Abdul Rahman (1996hingga kini, 2010).71 Menurut Syed Abbas Alsagoff, berkemungkinan besar pada tahun 2011 jawatan pengetua madrasah yang disandang oleh Ustazah Kamsinah Abdul Rahman, akan diambil alih oleh Ustaz Syed Mustafa bin Syed Ja’afar Alsagoff (anak saudara Syed Abbas Alsagoff). Walaupun kebanyakan guru besarnya bukan daripada keluarga Alsagoff, mereka tetap memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan madrasah tersebut. Khidmat dan usaha padu yang tidak berbelah bagi oleh para guru telah membolehkan madrasah ini terus bertahan hingga ke hari ini (2010).72

Pelajar: Manakala pelajar Madrasah Alsagoff al-Arabiah pada awal penubuhannya (1912) terdiri daripada pelajar lelaki sehingga Perang Dunia II (1939 hingga 1945).73 Pelajar perempuan pula belum dibenarkan masuk ke madrasah ini kerana polisi pihak British tidak menggalakkan anak-anak perempuan bersekolah.74 Namun, selepas perang tersebut dan pendudukan Jepun (1945) di Singapura, pelajar perempuan telah diterima masuk kemadrasah ini. Pada tahun 1950, pihak madrasah telah mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan ketika sesi pembelajaran dan pada tahun 1960 menunjukkan penurunan pendaftaran pelajar lelaki di madrsah tersebut.75 Selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, pelajar Madrasah Alsagoff al-Arabiah telah dikhaskan hanya untuk pelajar perempuan sepenuhnya kerana berlaku penurunan bilangan pelajar lelaki yang sangat ketara dan pelajarnya berjumlah 200 orang, iaitu pada tahun 1967.76 Pada tahun 2010, Madrasah Alsagoffal-Arabiah mempunyai hampir 300 orang pelajar perempuan, semuanya merangkumi pelajar peringkat rendah (1 hingga 6) dan menengah (1 hingga 4).77 Tambahan pula, Madrasah Alsagoff al-Arabiah mewajibkan semua pelajar perempuannya, sama ada di peringkat rendah atau menengah, memakai pakaian seragam madrasah dan ia telah disediakan oleh pihak madrasah sendiri. Para pelajarnya mengenakan baju kurung dan tudung labuh berwarna putih, kain berwarna kuning. Manakala beg mereka mempunyai reka bentuk yang sama, iaitu peringkat rendah berwarna hijau dan peringkat menengah berwarna hitam serta kasut sekolah berwarna putih. Ia bertujuan agar para pelajar sentiasa berdisplin sama ada di dalam atau di luar madrasah, di samping pihak madrasah mudah untuk memantau pergerakan para pelajarnya demi menjaga sahsiah mereka.78

Sesi Pembelajaran: Pada tahun 1912, sesi pembelajarannya terbahagi kepada dua sesi, iaitu pagi dan petang kerana ingin menampung pelajar yang semakin bertambah.79 Pada peringkat awal (1912), madrasah ini menumpukan pada persekolahan peringkat rendah yang bermula daripada darjah 1 hingga 6. Sesi pembelajaran mula mengalami perubahan apabila persekolahan peringkat menengah telah diperkenalkan pada tahun1963, iaitu bermula daripada pukul 8.30 pagi hingga12.00 tengah hari (sesi pagi) dan 2.00 petang hingga 4.30 petang (sesi petang) hanya untuk pembelajaran agama dan bahasa Arab. Kemudian, mata pelajaran akademik seperti sains, sejarah dan geografi telah diperkenalkan dengan penambahan masa belajar lagi daripada pukul 7.40 pagi hingga 12.50 tengah hari (sesi pagi) dan 1.10 tengah hari hingga 5.30 petang (sesi petang).80 Dua sesi pembelajaran ini berlangsung sehingga tahun 2005, iaitu sesi pagi untuk peringkat menengah dan sesi petang untuk peringkat rendah.81

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Syed Mohamed Alsagoff merupakan tokoh termashyur di Singapura yang mempunyai personaliti yang menarik dalam mengambangkan perdagangan dan pengaruh keluarganya. Walaupun beliau bukanlah ulama atau tokoh pendidikan, beliau dapat menonjolkan diri sebagai seorang jutawan yang kaya raya dengan mempunyai eset tersendiri, iaitu mempunyai perniagaan dan perdagangan bagi hasil pertanian dan ejen hartanah. Perdagangan beliau bukan sahaja berkembang pesat di Singapura, bahkan beliau dapat melebarkan sayap perniagaannya sehingga ke Eropah. Peluang sebegini yang membuatkan Syed Mohamed Alsagoff mempunyai pengaruh yang kuat dari segi politik dan ekonomi. Penghormatan dan darjah kebesaran yang diterima beliau menunjukkan bahawa beliau merupakan individu yang berstatus tinggi dan terhormat. Namun begitu, kekayaan dan pengaruh besaryang dimiliki beliau tidak membuatkan beliau lupa diri dan menyombong. Malah harta kekayaan beliau telah disumbangkan ke arah yang baik dengan penubuhan Madrasah Alsagoff al-Arabiah, Tabung Wakaf SMA, MFTA, rumah anak-anak yatim, membina makam bagi waliyullah di Singapura dan penubuhan Hotel Raffles. Sumbangan tersebut dapat dirasai oleh masyarakat Islam khasnya dan masyarakat umum amnya sehingga hari ini. ------------------------------------------------------------------- NOTA HUJUNG (END NOTES): 1 Anon, 2000, Late Syed Mohamed was verymuch a larger-than-life figure, New StraitsTimes, 19 September, hlm. 7. 2 Saadiah Saat, 1983, Penglibatan keluarga Alsagoff dalam ekonomi Johor 1878-1926,Jurnal Sejarah Johor (Jauhar) (2): 5-17. 3 Sharifah, Kimberly & Vaigash, 2007, Syed Muhammad bin Alsagoff,http://kukupnet.com/alsa.htm, [17 November2011]. 4 Sharifah, Kimberly & Vaigash, 2007. 5 Saadiah, 1983, hlm. 11. 6 Tan, B., Keluarga Alsagoff: Syed Abdurahman Taha Alsagoff, dlm. Singapore Infomedia, Singapore, National Library Board Singapore,1999, hlm. 3. 7 Syed Mohsen Alsagoff, The Alsagoff Family in Malaysia A.H. 1240 (A.D. 1824) to A.H. 1382(A.D. 1962), Singapore, Mun Seong Press (AJS),1963, hlm.9. 8 Saadiah Saat, 1983, hlm. 9. 9 Edian Azrah, Hajjah Fatimah, National LibraryBoard, Singapore, 2004, hlm. 5. 10 Saadiah, 1983, hlm. 12. 11 Saadiah, hlm. 12. 12 Syed Abbas Mohamed Alsagoff, 2010,Pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab di Singapura: Satu kajian sejarah dan pembangunan Madrasah Alsagoff al-Arabiah, MadrasahAlsagoff al-Arabiah, Singapura, temu bual, 26 Oktober. 13 Syed Mohsen Alsagoff, 1963, hlm. 43. 14 Syed Abbas Alsagoff, 2010. 15 Saadiah, 1983, hlm. 13. 16 Syed Mohsen Alsagoff, 1963, hlm. 43-44. 17 Musa, 1988, hlm. 5. 18 Syed Mohsen Alsagoff, 1963, hlm. 9. 19 Musa, 1988, hlm. 5. 20 Arkib Negara Malaysia Cawangan Selatan, S.S.1451/21, 1878, Surat Rasmi PengurniaanAlsagoff Concession Kukup, Johore daripadaSultan Abu Bakar kepada Syed MohamedAlsagoff, 14 Jamadil Awwal 1295, hlm. 2. 21 Anon, 1906, The Wealthiest Man: syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff, Singapore Free Press, 3Julai, hlm. 3. 22 Musa, 1988, hlm. 5. 23 Musa, hlm. 5. 24 Musa, hlm. 5. 25 Syed Mohsen Alsagoff, 1963, hlm. 11. 26 Musa, hlm. 5. 27 Saadiah, 1983, hlm. 19. 28 Arkib Negara Malaysia Cawangan Selatan, 1878,hlm. 1. 29 Arkib Negara Malaysia Cawangan Selatan, GA253/24, 1924, Brief History of the Alsagoff Concession Kukub, Johor, Surat dari Receiver Alsagoff Concession Kukub Bakar kepada General Adviser, hlm. 1. 30 Saadiah, 1983, hlm. 52. 31 Syed Mohsen Alsagoff, 1963, hlm. 12. 32 Tan, H. S. J., Raffles Hotel, dlm. Singapore Infomedia, Singapore, National Library Boardhlm. 1. 33 Wei, J. E. W., 2009, Who built Raffles Hotel?,The Straits Times, 14 Julai, hlm. 5. 34 Ansari, 2009, Syed Mohamed Alsagoff,http://www.facebook.com/photo, [15 November2011]. 35 Bahrus Shofa, 2008, Habib Nuh al-Habsyi,http://bahrusshofa.blogspot.com/2006_10_01_archive.html, [18 November 2011]. 36 Bahrus Shofa, 2008. 37 Syed Abbas Alsagoff, 2010. 38 Muslim Trust Fun Association, 2008, ComponyProfile, www.mtfa.org, [18 November 2011]. 39 Muslim Trust Fun Association, 2008. 40 Muslim Trust Fun Association, 2008. 41 Solicitor Singapore, 1902, hlm. 12. 42 Syed Hussien Alattas, 2006, Tuanku Lee “Cina Buta” janda arab kaya, Abdullah Munshi dan hakikatnya, http://www.shalattas.com [12Disember 2010]. 43 Syed Abbas Alsagoff, 2010. 44 Solicitor Singapore, 1902, hlm. 1. 45 Syed Abbas Alsagoff, 2010. 46 Musa, 1988, hlm. 5. 47 Syed Abbas Alsagoff, 2010. 48 Hack, K., The Singapore Malay Community Enclaves and Cultural Domains, The Open University, United Kingdom, 2008, hlm. 26. 49 Anon, 1913, The Alsagoff School: Educating the Mohameden Children, The Straits Times, 4 Mac:9. 50 Chee, Min Fui, The historical evolution of Madrasah education in Singapore, dlm.Secularism and Spirituality Seeking Integrated Knowledge & Success in Madrasah Education inSingapore), Marshall Cavendish Academic,Singapore, 2006, hlm. 21. 51 Solicitor Singapore, 1902, Will of Syed Mohamed bin Ahmed Alsago 24 November 1902: 1-24. 52 Syed Abbas Alsagoff, 2010. Syed Omar binAhmed Alsagoff telah dilahirkan pada tahun1850 di Makkah dan meninggal dunia pada tahun1927 di Soekabumi, Jawa dan dikebumikan ditanah perkuburan keluarga Alsagoff. Beliau merupakan anak saudara kepada Syed Mohamed Alsagoff yang bergerak aktif sebagai tokoh korporat dan perniagaan termasyhur di Singapura. Rujuk Tan, B., Syed Omar bin Mohamed Alsagoff, dlm. Singapore Infomedia, National Library Board, Singapore, 2009, hlm. 4. 53 Anon, 1923, The Alsagoff Arab School, The Straits Times, 15 Oktober: 10. 54 Latifah, 1982d, Madrasah Alsagoff al-Arabiah dari sudut sejarah, Assirat Disember, hlm. 49. 55 Anon, 1913, hlm. 9. 56 Tan, B., 1999, hlm. 1. Syed Abdurahman binTaha Alsagoff telah dilahirkan pada tahun 1880 di Singapura dan meninggal dunia pada tahun1955 juga di Singapura. Beliau merupakan anak saudara dan menantu kepada Syed Mohamed Alsagoff yang turut mempunyai pengaruh dalam sosial kehidupan masyarakat Singapura sebagai tokoh korporat dan perniagaan. Rujuk Syed Mohsen Alsagoff, 1963, hlm. 21. 57 Latifah, 1982d, hlm. 50. 58 Syed Abbas Alsagoff, 2010. 59 Madrasah Alsagoff al-Arabiah, Carta organisasi Madrasah Alsagoff al-Arabiah pada tahun 2010,Singapura, Madrasah Alsagoff al-Arabiah, 2011,hlm. 1. 60 Kamaludeen Mahamed Nasir & Syed Muhd Khairudin Aljunied, Muslim as Minorities: History and Social Realities of Muslims in Singapore, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2009, hlm. 50-51. 61 Chee, 2006, hlm. 21. 62 Solicitor Singapore, 1902, hlm. 12. 63 Majlis Ugama Islam Singapura, 2009, Report Statement of Beneficiaries Account-31 December2009: Estate of Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff (deceased) Wakaf Fund: 8-10. 64 Kamsinah Abdul Rahman, 2010, Pandangan ibubapa Melayu terhadap pendidikan Islam dan bahasa Arab di Singapura, Madrasah Alsagoff al-Arabiah, Singapura, temu bual, 18 Februari; Lihat lampiran N1, hlm. 257. 65 Syed Abbas Alsagoff, 2010. 66 Latifah Ishak, 1982e, Madrasah Alsagoff alArabiah hari ini, Assirat December: 59-63. 67 Syed Abbas Alsagoff, 2010. 68 Mukhlis, 2000, Islamic Religious Schools in Singapore: Recent Trends and Issue, Singapore, National University of Singapore, hlm. 35. 69 Kamsinah, 2010. 70 Salbiah Zainal, Madrasah Alsagoff al-Arabiah Singapura: Sejarah dan perkembangannya, Latihan Ilmiah, Fakulti Usuludin, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1993, hlm.105. 71 Kamsinah, 2010. 72 Syed Hussien Alattas, 2006. 73 Anon, 1993, Madrasah Alsagoff Al-Arabiah,Jalan Sultan, The Straits Times, 4 Mei: 5. 74 Syed Abbas Alsagoff, 2010. 75 Anon, 1989a, Declining enrolment in 60s and70s led to fewer schools, The Straits Times, 28April: 26. 76 Anon, 1989a, hlm. 26. 77 Siti Noorasikin Tumiran & Noranizah Yusuf,2010, Laporan Kajian Lapangan ke Singapura Kali ke-4, Pandangan ibu bapa Melayu terhadap pendidikan Islam dan bahasa Arab di Singapura,Singapura, 17-19 Februari, hlm. 5. 78 Zauwiah Bidin, 2010, Pandangan ibu bapa Melayu terhadap pendidikan Islam dan bahasa Arab di Singapura, Madrasah Alsagoff alArabiah, Singapura, temu bual, 18 Februari; Lihat lampiran N2, hlm. 258. 79 Syed Abbas Alsagoff, 2010. 80 Abdullah Alwi Hassan, Islam di Singapura: Satu pengenalan, dlm. Lutpi Ibrahim (pnyt.),Islamika: Esei-esei Sempena Abad ke-15 Hijrah,Kuala Lumpur, Sarjana Enterprise, 1981, hlm.168. 81 Siti Noorasikin Tumiran & Abdul QayyumAbdul Razak, 2010, Laporan Kajian Lapanganke Singapura Kali ke-5, Pendidikan Islam danpendidikan bahasa Arab di Singapura: Satu kajian sejarah dan pembangunan Madrasah Alsagoff al-Arabiah, Singapura, 29-31 Ogos,hlm. 15.RUJ ========================================
extracted from: Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negaradisunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin© Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, SelangorISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm http://www.ukm.my/nun/Artikel%20EDITED%20OK%20(PDF)/57%20433-441%20... =========================================