Tok Guru Haji Hassan Lampung

Is your surname Abdullah?

Research the Abdullah family

Tok Guru Haji Hassan Lampung's Geni Profile

Records for Tok Guru Haji Hassan Abdullah

107,136 Records

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Share

Tok Guru Haji Hassan Abdullah

Birthdate:
Birthplace: Lampung, Sumatera, Indonesia
Death: Died in Sungai Golok, Narathiwat, Thailand
Cause of death: Old age
Place of Burial: Sungai Golok, Narathiwat, Thailand
Immediate Family:

Husband of Hajjah Mariam aka Hajjah Tok Su Ye; Hajjah Aminah aka Tok Su Aji and Hajjah Umi Kalsum Abdullah
Father of HAJI YAHYA HAJI HASSAN; Mak Chik Hajjah Zainab Haji Hassan; Khadijah Haji Hassan; Ayah Mahmud Haji Hassan; Ayah Husein Haji Hassan and 1 other

Occupation: Tok Guru Pondok Hj Hassan
Managed by: Private User
Last Updated:

About Tok Guru Haji Hassan Lampung

A mubaligh migrant from Lampung, Sumatera. Set-up an Islamic madrassah school (now defunct) at Sungai Golok. A row of four shop lots was built by his son, Haji Yahya bin Haji Hassan, adjacent to his former house. Two units were sold and the remaining two units are rented out to help in the maintenance of an old mosque known as Masjid Tok Guru Haji Hassan which is still in use until today. al-Fatihah.


Tidak banyak maklumat tentang Tok Guru Pondok Haji Hassan. Beliau juga dikenali dengan gelaran TOK GURU HJ HASSAN GOLOK dan juga digelar TOK GURU HAJI HASSAN LAMPUNG. Menurut riwayat daripada anaknya, Haji Yahya, beliau merajuk atas perkara yang tidak diketahui dan berhijrah dari Lampung, Sumatera semasa berumur belasan tahun dengan meninggalkan saudara-maranya dan menetap di Kg Sireh, Kelantan. Menurut anaknya juga, nama Hassan Abdullah adalah samaran dan bukan nama sebenarnya untuk mengelak daripada dikesan dan beliau juga memesan supaya tidak menjejaki keluarganya di Sumatera. Bagaimanapun seorang ahli keluarganya dari Sumatera (tidak pasti hubungan kekeluargaan tetapi kemungkinan sepupunya) telah menjejakinya, berkahwin dan menetap di Sungai Golok. Waris saudaranya ini dipercayai ada di sana tetapi telah terputus hubungan.

Hajjah Meryam b Haji Yahya/Wan Khapsah b Tok Guru Haji Hassan meriwayatkan Tok Guru dengan linangan air mata hanya menceritakan asal usulnya pada akhir hayatnya. Beliau adalah anak tunggal dari isteri pertama bapanya dan melalui emak yang berlainan mempunyai 11 orang adik beradik. Tok Guru tiba ke Semenanjung melalui Pulau Pinang sebelum merantau ke Kelantan. Menurut Siti Meryam juga Tok Guru mempunyai perwatakan (pertuturan dan rupa paras) sama dengan Prof Dr Hamka (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah ) dan mempunyai suara yang mengagumkan semasa membaca ayat-ayat suci A-Quran tetapi malangnya suaranya menjadi serak akibat dikhianati oleh yang irihati dengan keistimewaannya. Tok Guru kembali ke rahmatullah pada usia 97 tahun dan dikebumikan di Sungai Golok. Jenazahnya diusung dengan berjalan kaki ke tanah perkuburan yang agak jauh dan disambut bertali arus oleh orang ramai di sepanjang jalan. Malah pergerakan bebas orang-orang yang menziarahinya tidak dibatasi oleh sempadan dua negara Malaysia-Thailand dan jambatan yang merentasi Sungai Golok dibenar lalu-lintas oleh pihak imigresen tanpa gangguan. Beliau begitu disanjung bagi mereka yang mencintai Islam dan masjid dibinanya telah dibesarkan dan selenggara dengan sempurna, diimarah dan dimakmur sehingga kini. Antara anak-anak muridnya yang dapat dikenalpasti ialah, Tok Guru Haji Ahmad Repek, Pasir Mas dan Tok Guru Haji Abas, Besut dan ramai lagi yang belum dapat dikenalpasti.

Penghijrahan Tok Guru Haji Hassan dari Kg Sireh, Kelantan ke Sungai Golok, Thailand berlaku semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua dan penaklukkan Jepun di Malaya.Di situ beliau menubuhkan sebuah pondok yang dikenali dengan nama Pondok Tok Guru Haji Hassan. Beliau juga dipercayai dari kalangan keluarga berpendidikan agama di kampung asalnya. Kitab-kitab yang digunakan untuk mengajar ilmu agama dipercayai masih terdapat di Masjid Tok Guru Haji Hassan di Sungai Golok, Thailand dan juga di rumah anaknya, Haji Yahya di Kg Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan.

Selepas kematiannya, anak-anaknya telah mengambil keputusan menjual harta pesaka peninggalannya termasuk rumah kerana bimbang dengan risiko keselamatan di tanah jajahan Siam tersebut.

Melalui catatan berkaitan tokoh-tokoh ulama' Kelantan, namanya sering terselit bersama. Beliau dilaporkan pernah berguru dengan Haji Mohd Yusoff Ahmad atau lebih dikenali dengan tempat asalnya, TOK KENALI (1870 - 1933) dan nama anak muridnya, Hj Hassan Lampung disebut antara angkatan ulama' pelapis berwibawa yang begitu ramai sekali tersebar di pelusuk tanah air dan di luar negara. [http://wind.prohosting.com/tantawi/artikel/biodataulama.html] ; http://www.townplan.gov.my/al%20ansar/AL_ANSAR2.pdf

Seorang lagi ulama' Nusantara yang tersohor yang dipercayai guru kepada Haji Hassan Lampung ialah Abu Abdullah Sayid Hassan bin Nur Hassan, TOK KHURASAN (1875 - 1944). Tok Khurasan berasal dari Baffa, Pakistan dan berkebolehan luar biasa menguasai banyak bahasa, termasuk Bahasa Melayu. Sekitar tahun 1920 beliau berpindah, mendirikan rumah-tangga dengan mengahwini wanita Melayu tempatan bernama, Tok Ti (nama penuh belum diketahui) juga sepupu kepada Umi Kalsum, isteri pertama Tok Guru Haji Hassan Lampung dan menetap di Bawah Lembah Kampung Sireh, Kelantan. Di sini beliau mengabdikan diri mengajar dengan bersungguh-sungguh, bertempat di atas sebuah bangsal berlantai buluh yang didirikan berhampiran dengan Surau Dar al-Hadith al-Khurasaniah (bangunan surau ini masih kekal sampai sekarang). Sayid Hassan meningggal dunia pada waktu fajar hari Isnin 4 September 1944. Upacara pengkebumian J'enazah Tok Khurasan mendapat perhatian yang besar daripada masyarakat setempat. Beliau dikebumikan di pusara Limau Manis, iaitu di luar pagar Kota Darul Naim sekarang. [http://members.tripod.com/~aashraff/tokkhur.htm] & http://members.tripod.com/~aashraff/intro.htm

Walahuallam.

Catatan oleh: Ahmad Fuad b Haji Morad b Wan Chik b To' Penghulu Muhammad Elias (Penghulu Pekan Alor Setar)

Walahuallam.

Maklumat ringkas mengenai Tok Guru Haji Hassan Golok atau juga digelar Tok Guru Haji Hassan Lampung diperolehi dari:

1. Hjh Unaizah b Hj Yahya/Hjh Wan Khapsah b Tok Guru Haji Hassan

2. Hj Samsudin b Hamid/Eshah b Mahmud b Tok Guru Haji Hassan yang memberi petunjuk awal hubungan gelaran Haji Hassan Lampung yang membolehkan carian dapat dilakukan dan penceritaan kisah lanjut mengenainya di sini.

3. Imej wajah Tok Guru diambil dengan menggunakan kamera oleh Mohd Haniff b Mohd Zain/Siti Raihan b Hj Yahya b Tok Guru Haji Hassan. Gambarnya dipelekat di daun pintu sebelah dalam almari pakaian Hj Yahya di Kg Kubur Kuda, Kelantan. Imej yang sama diedit oleh Hj samsudin b Hamid supaya lebih jelas dan telah dipaparkan kepada kita semua melalui albumnya di Geni.

4. Riwayat lanjut mengenai Tok Guru disampaikan kepada saya oleh Siti Meryam b Haji Yahya/Wan Khapsah b Tok Guru Haji Hassan pada 4 Januari 2009 di Subang Jaya semasa beliau dengan beberapa ahli keluarga menziarahi Ahmad Faisal Ahmad Fuad yang akan berangkat melanjutkan pelajaran ke RMIT City Campus, Melbourne pada 7 Januari 2009. Kepada yang mengingati dan menziarahi ke teratak kami amat disenangi.

5. Old photo (1941) showing Tok Guru's house at Sungai Golok was uploaded in our Geni by Nur Diyana/Mohd Asri b. Faridah/Jaafar b. Hajjah Zainab b Tok Guru Haji Hassan

Kepada yang menyumbang diucapkan terima kasih.

Ahli-ahli keluarga yang mepunyai maklumat sila kemukakan ke dalam profile ini untuk dikongsi bersama. Terima kasih

view all 12

Tok Guru Haji Hassan Lampung's Timeline

1866
1866
Lampung, Sumatera, Indonesia
1916
1916
Age 50
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
1919
1919
Age 53
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
1964
1964
Age 98
Sungai Golok, Narathiwat, Thailand
1964
Age 98
Sungai Golok, Narathiwat, Thailand
????
????
????
????