Wan Yussof Wan Muhammad

Is your surname Wan Muhammad?

Research the Wan Muhammad family

Wan Yussof Wan Muhammad's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Wan Yussof Wan Muhammad

Birthdate:
Birthplace: Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Death: June 08, 1995 (86-87)
Bukit Chandan (Sakit tua)
Place of Burial: Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Immediate Family:

Son of Haji Wan Muhammad @ Ahmad Wan Hussein and Zainab
Husband of Wok Nordin; Noriah; Raja Eid Jalaludin; Private; Zainab Mat Rashid and 1 other
Father of Private; Wan Badariah Hj Wan Yusoff; Private; Private; Wan Hasnah Wan Yussof and 32 others
Brother of Wan Fatimah Wan Muhammad; Wan Zawiah Wan Muhammad; Wan Sa'idah Wan Muhammad; Wan Mohd Nor Wan Muhammad; Wan Hamidah Wan Muhammad and 2 others
Half brother of Tuan Guru Haji Wan Abdul Rahman Haji Wan Muhammad; Wan Jawahir Wan Mohamad; Wan Habibah Wan Muhammad; Wan Othman Wan Muhammad; Wan Hassan Wan Muhammad and 12 others

Occupation: Bekas Imam Masjid Ubudiah Bkt Chandan, Kuala Kangsar
Managed by: Private User
Last Updated:
view all 79

Immediate Family

About Wan Yussof Wan Muhammad

Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad bin Haji Wan Hussein

Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad ialah seorang ulama¡¦ negeri Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1908 di Kuala Kangsar dan kembali ke Rahmatullah pada 8 Jun 1995. Semasa kanak-kanak beliau sudah boleh membaca, menulis dan mengira dengan bimbingan ibu bapanya. Dari kecil lagi ketokohannya sudah terserlah dan merupakan salah seorang anak yang disayangi oleh bapanya. Didikan agama diberi keutamaan kepada beliau sehingga boleh membaca Al-Quran dengan baik dan Berjaya menguasai bahasa Arab.

Apabila meningkat dewasa, beliau mendalami penlajaran agama di sekolah-sekolah pondok di Kelantan, dan seterusnya menyambung pelajaran agama di Makkah selama setahun.

Sekembalinya beliau dari Makkah , beliau dilantik untuk menjawat jawatan sebagai khatib dan imam besar di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar sehingga bersara.

Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1931. Hasil dari perkahwinan dengan beberapa orang isteri, beliau dikurniakan 33 orang cahayamata. Beliau juga mempunyai suara yang enak atau lunak. Semasa diusia remaja, beliau mempunyai ramai peminat ,disukai ramai dan ada yang mencemburui kebolehannya.

Malang kerana tiada kemudahan dalam bentuk penulisan pada masa itu dan berlakunya perang dunia pertama dan kedua, akibatnya beliau tidak dapat menulis buku agama pada masa itu.

Dalam tugas seharian yang diamanahkan kepadanya dapat dijalankan dengan baik juga mempunyai hubungan baik dengan pagawai bawahan. Selain menjadi imam besar di Masjid Ubudiah, beliau juga dilantik sebagai naib kadi, dalam urusan nikah/kahwin dan cerai, mengajar hukum-hukum agama di persekitaran kampung-kampung yang menjemputnya.

Beliau juga memberi khidmat penyembelihan lembu / kerbau untuk korban dan akekah, juga mengajar agama dan dakwah di masjid-masjid di daerah Kuala Kangsar.

Selain dapat menguasai ilmu agama, Haji Wan Yusof juga pandai dalam ilmu alat dan memantapkan ilmu agama iaitu dapat meguasai ilmu nahu, saraf, balangah, bahasa Arab, tajwid dan lain yang mengenai pelajaran agama. Beliau juga berjaya menghafaz surah-surah Al-Quran dan dapat menulis khat dengan baik, juga memberi syarahan agama dengan mendapat pujian. Semasa saya menuntut di sekolah Arab di Madrasah Idrisiah dahulu, saya dan kawan-kawan belajar agama darinya selepas sembahyang subuh di penjuru masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Satu keistimewaan Haji Wan Yusof di peringkat awal sebelum merdeka, anak-anaknya dihantar belajar di sekolah Cina, Inggeris dan India.Jika ada masa terluang , mereka diajar membaca Al-Quran dan membuat kerja ringan di kedai-kedai atau bertani. Anak-anak tidak dibenarkan membuang masa begitu sahaja. Ada di kalangan anak beliau berjaya menuntut ilmu sehingga ke Universiti Nanyang, Singapura dalam jurusan ekonomi iaitu Wan Azkia dan Unuversiti Malaya seperti Wan Naziah dan anak-anaknya yang lain yang berkelulusan dari universiti-universiti yang lain. Ada juga di peringkat diploma dan SPM/STPM sahaja dan ada berkebolehan biasa sahaja.

Haji Wan Yas¡¦on bin Haji Wan Yusof mengikut jejak ayahnya dan datoknya sahaja. Semasa Haji Wan Yusof menjadi naib kadi, banyak peristiwa yang tidak dapat dilupakan, antaranya ketika sepasang teruna dan dara datang kerumah minta dinikahkan kerana khalwat. Waktu itu ditengah malam embun jantan lebat turun. Saya sedap melengkar nyenyak tidur digerak supaya tidur ditempat lain. Kisah suami isteri yang sudah berkahwin bertengkar sesama sendiri dan menyalahkan antara satu sama lain. Saya kebingunan melihat kelakuan mereka. Tapi atas kebijaksanaan ayah, mereka dapat berdamai dan di masa yang lain beberapa tahuan mereka membawa anak yang ramai.

Perlu juga disebut disini, Haji Wan Yusof memegang tauliah peringkat tinggi pengantar Bahasa Arab diakui oleh Jabatan Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Perak. Tauliah ini selalunya diberi kepada kadi-kadi dahaja, yang membolehkan beliau mengajar agama di masjid dan surau dalam negeri Perak, dengan tidak melanggar syarat-syarat yang ditetepkan. Beliau mengajar kerana Allah, bukan kerana wang ringgit, ini dapat dibuktikan dari kata-kata anaknya sendiri bahawa mereka tidak merasa hidup mewah.

Jasa dan sumbangan beliau yang tidak terhingga itu kepada perkembangan agama tidak dapat dinilaikan. Semoga Allah memberi rahmat kepadanya.

Anonymous

Text di'email' oleh Wan Mahadzir kepada Mohd Shahir Wan Abdullah Zawawi dan di'forward' kepada saya. Terima kasih.

Ahmad Fuad Haji Morad

Wallahu'alam

view all 46

Wan Yussof Wan Muhammad's Timeline

1908
1908
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
1935
January 28, 1935
1940
1940