Start My Family Tree Welcome to Geni, home of the world's largest family tree.
Join Geni to explore your genealogy and family history in the World's Largest Family Tree.

Keturunan Tok Nek Qasim

Project Tags

KETURUNAN QASIM ATAU قسم DAN ESAH.

Tok Qasim dan Tok Esah adalah orang Seberang Alor, Hutan Kampung.

Suami isteri ini beranak kepada:

1. Habsah binti Qasim

2. Tok Hamid bin Qasim

3. Tok Jah binti Qasim

4. Tok Ngah Tok Itam binti Qasim.

5. Tok Daud bin Qasim

1. Habsah atau Tok Besah berkahwin dengan Tok Said bin Sulaiman, selepas isteri pertama Tok Said meninggal. Tok Besah melahirkan:

a) Saad bin Said

b) Saud bin Said

c) Mariam binti Said.

2. Hamid atau Tok Hamid berkahwin dengan Tok Jah. Tok Jah ni kira dia orang pekan kerana bapa dia Polis dulu2. Tok Jah melahirkan:

a) Tok Kassim bin Hamid

b) Tok Melah binti Hamid

c) Lat(Ismail) bin Hamid

d) Mad Noh bin Hamid

e) Pak Tam Yob bin Hamid

f) Teh Piah binti Hamid

g) Saad bin Hamid

h) Tok Bedah binti Hamid

i) Pak Chik Din bin Hamid.

Bersambung.....

KETURUNAN QASIM ATAU قسم DAN ESAH.

Oleh ISMAIL SAAD

3. Tok Jah binti Qasim berkahwin pula dengan Tok Mad dan tinggal di tengah padang jauh sadikit dari jalan raya Sungai Daun. Tok Jah kita panggil Tok Njang Jah. Tok Njang Mad ini pandai agama dan hebat ilmu kebatinannya. Pernah suatu ketika dia dilanggar oleh sebuah kereta di jalan Sungai Daun itu. Tidak jadi apa2 kepada tubuh badannya dan dia lari balik kerumah.

Mereka dikurnia dua orang anak saja iaitu

a) Mak Lang Ah yang berkahwin dengan Pak Lang Saleh. Mereka mempunyai anak yang ramai iaitu:-

1) Ahmad

2) Hassan

3) Tom

4) Man

5) Saad

6) Non

8) Jamaludin

9) Hamidah

10) Rabeah.

b) Maksu Zainab pula berkahwin dengan Pak Su Awang dan melahirkan:-

1) Halim

2) Radziah

3) Mariam

4) Ismail

Mak Su Zainab meninggal semasa melahirkan anak di Hospital Alor Setar.

Sebelum tahun 1960 dahulu kami dibawa oleh Tok Wa Habsah mai rumah adik dia, Tok Njang Jah dan duduk banyak hari tidor sana. Mai masa lepas musim padi. Rumah Tok Njang sebuah, duduk tengah padang bukan main seronok lagi.

Kami adik beradik, Tok Wa Habsah bawa naik bas dari Hutan Kampung. Masa tu jalan Hutan Kampung belum tar lagi. Sampai di station bas jalan Langgar naik pula bas Sungai Petani dan turun depan rumah Pak Lang Leh. Tambang tak tau berapa duit tapi saya ingat saya tak kena duit sebab belum sekolah lagi.

Ada juga tidur rumah Pak Lang Saleh tepi jalan. Disitu ada sungai kecik depan rumah dia, boleh terjun dan berenang. Masa tu aruah Non tengah mengaji Quran. Saad dan lain2 dah besar.

Sebelah jalan raya tu Terusan Wan Mat Saman. Bila waktu malam dengar injin kereta lalu lalang, cukup seronok. Masa tu injin kereta bunyi cukup kuat. Duduk tiga batu lagi dengar dah injin dia.

Pak Lang Leh pula rajin pi rumah kami di Seberang Alor, Hutan Kampung sembang dengan kami. Makan nasi.

Kak Tom pula masa muda dulu baca Quran cukup sedap dengan suara merdu. Munkin juga kak Tom ikut suara Tok Nek Qasim.

Kata Tok Wa Habsah Tok Qasim dulu suara dia sedap. Dia ahli berdikiaq. Orang sambut pi merata tempat. Suaranya cukup hebat. Tapi dia meninggal awal lagi. Anak cucu tak dan tengok.

Masa kami kecil dahulu Tok nek Esah di bela oleh Tok Wa Habsah tetapi tidak boleh bangun dah, dok tidur siang malam. Munkin dia meninggal sekitar tahun merdeka dan umur dia seratus tahun lebih.

Tok nenek Esah ini saya masih ingat dia nampak segak masa muda. Agaknya dia ni kulit putih masa muda dan segak dan tinggi orangnya.

Kalau tengok kak Tom boleh la agak2 macam Tok Nek Esah gaya rupa dia.

Bersambung.....

Note:

Jika ada terkurang atau tersilap apa yang saya tulis ini, pakat2 betulkan.

KETURUNAN QASIM ATAU قسم DAN ESAH.

Oleh ISMAIL SAAD

4. Berbalik kepada Tok Ndak Hamid yang berkahwin dengan Tok Ndak Jah.

Tok Ndak Jah ni orang pekan. Bapa dia mata-mata zaman Sultan Abdul Hamid. Dulu2 kalau hayun anak dalam buaian dia tak mau lena tak susah pun. Kata kat dia tidor lekas sat lagi mata2 mai tangkap, terus budak tu lena kerana takut mata2.

Tok Ndak Jah ni dia tukang masak. Di Seberang Alor dia sorang saja yang boleh masak ayam atau itek golek untuk jamu pengantin.

Dia bagi tau saya, ada seorang Tunku kerabat Diraja yang ajar dia.

Sebenarnya ayam golek itu masakan istana untuk kerabat Diraja sahaja. Rasanya tiada siapa pun yang belajar masak golek ini dalam kampung atau diajarnya.

Lagi satu kebolehan Tok Ndak Jah ini.ialah masak ikan termenung borek cabut tulang. Rasanya ini pun dia belajar dari Tunku itu juga. Hebat Tok Ndak ini dia boleh buang tulang tapi isi tak pecah lepas tu baru dia masak.

Rumah orang dulu atas ada para tempat simpan barang. Naik pakai tangga. Apabila buat kenduri semua barang termasuk kueh mueh disimpan diatas. Tok Ndak sorang akan menjaganya. Kalau mau apa kena minta kat dia, sebab tuan kenduri dah serah tugas itu.

Lagi satu bila hari kenduri saat pengantin sampai Tok Ndak Jah yang duduk depan pintu akan hempas beras kunyit kepada pengantin dan pengiringnya. Orang sekarang tidak tahu maksud hempas beras kunyit itu ialah melemah dan menghalau kalau ada syaitan yang menumpang atau dibawa atau turut dalam rombongan pengantin itu.

Lagi satu pelamin dan waktu bersanding akan dibuat tengah malam atau hampir waktu Subuh, jika ada orang yang ingin mengacau atau merosakan majlis tidak akan terjadi kerana Tok Ndak ada cara menghalangnya.

Bagi yang kurang percaya dengan kesah ini tidak perlu bertanya apa2 kerana mereka tiada ilmu seperti orang tua2 zaman dulu dan suasana masa itu.

Bersambung.....

KETURUNAN QASIM ATAU قسم DAN ESAH.

Oleh ISMAIL SAAD

5. Tok Ngah Tok Itam binti Qasim adalah anak perempuan atau adik kepada Tok Wa Habsah.

Tok Ngah ini berkahwin dan tinggal di Telok Bagan. Tulisan saya ini tidak dapat pastikan siapa suaminya.

Tok Ngah khabarnya ada dua orang anak. Anak yang pertama namanya Tok Chin. Anak yang kedua meninggal awal dan tidak dapat ditulis namanya disini. Anak Tok Chin ada beberapa orang dan termasuk Faridah binti Hashim dan suaminya Mohamad Yusof bin Ahmad yang melangsungkan perkahwinan anak mereka pada hari ini.

Pada musim hujan dalam tahun 1960 ketika saya balik dari sekolah Melayu bersama kawan2 dan kami berlari2 dan memotong seorang orang tua perempuan berpangkat tok yang sedang berjalan.

Bila sampai dirumah saya dapati tok tadi masuk halaman rumah saya dan terus kerumah cik Yam. Masa tu Tok Wa Habsah masih kuat lagi dan duduk dengan cik Yam atau Mariam binti Said.

Lepas itu barulah saya diberitahu oleh Tok Wa Habsah bahawa tok tadi itu ialah Tok Ngah Itam binti Qasim iaitu adik Tok Habsah duduk di Teluk Bagan. Maksud kedatangan Tok Ngah itu ialah untuk menziarah kakaknya.

Cik Yam masa itu adalah janda dan ada dua orang anaknya iaitu Asiah binti Kamis berumur 12 tahun dan Md Napiah & Abu Seman bin Ali berumur 4 tahun. Mereka tinggal bersama Tok Wa Habsah.

Tanpa diduga eoknya Tok Ngah demam. Masa tu nak pi Hospital tidak munkin bagi orang yang demam kerana susah nak naik bas.

Janji Allah pun tiba. Dengan hanya demam seminggu sahaja Tok Ngah pun menghempus nafas terakhir dihadapan kakak kandungnya. Kebetulan masa itu musim hujan dan hujan turun lebat bertalu2 menyebabkan bumbung atap nipah semakin tiris membasahi lantai.

Pada masa itu kepala kepada kumpulan korek liang kubur Seberang Alor ialah Tok Mud atau nama penuhnya Mahmud bin Said.

Tok Mud ini adalah anak sulung kepada Tok Said bin Sulaiman dari ibu mereka yang meninggal dunia. Seorang abang dan seorang adiknya iaitu Tok Mad Dun dan Tok Man Jika.

Ketiga2 mereka adalah anak tiri kepada Tok Wa Habsah, selepas Tok Wa berkahwin dengan Tok Said. Perkahwinan Tok Wa Habsah dan Tok Said adalah muda dara itu melahirkan :-

a) Saad bin Said

b) Saud bin Said

c) Mariam binti Said.

Jenazah Tok Ngah Itam selamat dikebumikan di kubur Seberang Alor sama dengan Tok Nek Qasim dan Tok Nek Esah.

Bersambung.....

KETURUNAN QASIM ATAU قسم ESAH.

Oleh ISMAIL SAAD

6. Mari kita lihat keluarga paling ramai keturunan Tok Nek Qasim dan Tok Nek Esah. Keluarga itu ialah keluarga Tok Ndak Hamid dan Tok Ndak Jah.

Anak sulung mereka adalah Pak Long Kasim bin Hamid.

Pak Long Kasim berkahwin dengan Mak Long Nab. Mak Long Nab ini adalah anak kepada Tok Lang Abdullah asal mereka adalah dari mukim Lepai.

Tok Lang Lah ini beli tanah kampung dan bendang sebelah dengan tanah kampung Tok Wa Habsah.

Untuk keterangan yang lebih jelas ialah bila anda masuk kampung Seberang Alor kampung mula tu tanah Tok Wa Habsah kiri kanan jalan. Sebelah kanan itu tanah To Lang Lah. Lepas tu kiri kanan jalan tu tanah Tok Isa sampai tepi alor sebelah kanan jalan. Sebelah kiri jalan pula tanah milik Tok Nek Chik emak kepada Tok Meah yang kemudian berkahwin dengan Tok Chik Daud bin Qasim (akan ditulis nanti).

Pak Long Kasim dan Mak Long Nab buat rumah diatas tanah Tok Lang Lah sebagai yang anda ketahui.

Pak Long Kasim dan Mak Long Nab melahirkan:-

1. Ali bin Kasim lahir pada tahun 1943. Berkahwin dengan kak Aa dan sekarang tinggal di Alor Gandak.

2. Azizan bin Kasim lahir pada 1946. Berkahwin dengan anak Ismail tok siak dan duduk di kampung Tebu dan telah meninggal dunia.

3. Aziz bin Kasim atau Jit Kasim lahir pada 1947. Berkahwin dengan Azizah binti Harun dari mukim Lengkuas. Sekarang tinggal di kampung Tok Lang Lah ini.

4. Tempawan binti Kasim atau panggil Wan lahir pada tahun 1951. Berkahwin dengan Sulaiman orang Tunjang. Sekarang tinggal di rancangan Felda Bukit Tangga.

5. Solehah binti Kasim lahir pada 1955. Satu peristiwa berlaku tahun 1960 lebih kurang. Seminggu hujan lebat menyebabkan bah. Air melimpah dalam alor sama paras dengan air dalam bendang. Padi yang masih dara tengelam sama sekali. Air laju mai daripada Alor Tok Man, Pak Nara. Pada petang itu Mak Long Nab baru sedar Solehah tengah main tiba2 hilang. Dia pun menangis kuat dan semakin kuat. Dia dan semua orang syak Solehah tengelam dalam alor. Kami pun pakat2 cari tapi tak jumpa. Semua orang makin sedih dalam ingat macam2 boleh jadi. Macam mana tak tau ada siapa dapat tau Solehah ikut siapa tak tau pergi rumah mak menakan dia Tok Don Tok Deris di kampung Bohor. Dapat berita itu semua orang merasa lega.

Ketika disekolah rendah Solehah jatuh deman dan tidak lega. Akhirnya dia meninggal dunia.

Bersambung.....

KAMPUNG TOK NDAK HAMID DAN TOK NDAK JAH DI SEBERANG ALOR, HUTAN KAMPUNG -

DALAM KENANGAN.

Perlu di ingat bahawa kampung Tok Ndak Hamid terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Madrasah dan tanah kubur kampung Seberang Alor.

Ianya bersempadan dengan tanah wakaf Madrasah di utara. Dengan tanah Pak Njang Hashim dan Pak Long Ali di timor dan bersempadan pula dengan tanah bendang Saad bin Said dan Pak Ngah Mud dan Pak Lang Man di barat.

Asal tanah Tok Ndak Hamid dan Tok Ndah Jah ini ada rumah mereka dan sebuah lagi rumah Pak Tam Saud dan Mak Tam Melah.

Hadapan rumah mereka mengadap.jalan dan bahagian dapur pula mengadap rumah Pak Tam Saud.

Masa dahulu.kampung bersih dengan rumput yang pendek seperti.baru di mesin kerana masa itu.kerbau banyak di pelihara oleh semua orang. Kerbau yang ditambat dimana2 pun akan memakan rumput secara teratur dan cermat. Itulah kerbau satu binatang yang jinak taat kepada tuannya. Sebab itulah semua kerja2 dibendang di buat oleh kerbau sepenuhnya.

Diantara dapur Rumah Tok Ndak dan hadapan rumah Pak Tam ada sebatang pokok mempelam Bemban yang besar lagi tinggi. Rasanya pokok itu di tanam oleh Tok Ndak Hamid tetapi tiada siapa pun memberitahu waktu itu. Lagi pun pada masa itu sekitar hujung tahun 1950an dan awal 1960an, ketinggian pokok itu tidak boleh di panjat walau pun menggunakan buluh sigai.

Pokok mempelam bemban itu buahnya bermusim dan buahnya membesar banyak berjuntai2 pada bulan November. Oleh kerana tinggi pokoknya, untuk mengambilnya mestilah menunggu buah yang besar lagi masak itu gugur. Budak2 kampung dari pagi2 lagi sanggup menunggu di bawah pokok sampai waktu senja. Bila ada angin bertiup kencang banyak buah yang gugur dan nasib siapa yang dapat. Buah yang jatuh itu kulitnya masih hijau tetapi isinya berwarna merah, cukup manis melecas. Rasanya tidak dapat dirasai waktu ini.

Ada pula sebatang pokok kereyang dot yang besar dan tinggi pokoknya bersempadan dengan tanah Pak Long Ali. Kereyang dot ini buahnya bermusim juga. Buahnya berwarna hitam coklat dengan rasa manis + kelat sedikit. Untuk mengambilnya adalah dengan kait dengan galah bagi buah yang dihujung julai.

Kedua2 pokok mempelam dan kereyang dot ini.menyebabkan kampung Tok Ndak Jah ada makanan untuk orang tua2 dan bùdak2. Tok Ndak Hamid pun sudah lama meninggal dunia.

Pak Long Ramli Din awal tahun 1960 dahulu ada membuka sebuah kedai runcit menumpang tanah Tok Ndak Jah hampir dengan Madrasah. Tidak lama kemudian kedai itu ditutup.dan Pak Long Ali.pergi.bekerja sebagai warden di sekolah, Pokok Sena.(rasanya sekolah budak2 jahat).

Satu lagi kenangan ialah hampir dengan rumah Hamid cucu Tok Ndak Jah sekarang adalah sebuah hutan pokok.nibong. Ketika zaman budak2 kami ambil pelepah nibong yang tua dan kering buat kayu hockey. Kami bermain diatas tanah lapang sebelah Madrasah yang kini telah dibina sekolah. Yang pandai main masa itu ialah Muhaiyadin dan Chot Tok Mud.

Adanya.

ISMAIL SAAD.

KELUARGA2 BESAR KAMPUNG SEBERANG ALOR, HUTAN KAMPUNG.

Oleh: ISMAIL SAAD