
Sabtu bin Daud adalah jenerasi ke 5 sebelum Ahmad Fadzil Bin Alias Bin Hj Abd Ghani bin Hj Abdul Rasip bin Sabtu bin Daud. Beliau telah dikesan pernah berada di Serom 2 Ledang (dahulu Muar) Johor. Beliau mempunyai 8 orang anak - Janggi, 'Alim, Ludin, Hitam, Abd Raship, Lebai Kari, Tomok dan Mohd Ali. Cucu beliau dikesan dibeberapa lokasi sepanjang pantai barat Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Ahmad Fadzil bin Alias adalah piut beliau yang mengusahakan penulisan saloasialah keluarga beliau sejak 1990. Sehingga 2011 seramai lebih 500 nama telah terkumpul, kebanyakkan mereka terdiri dari keturunan Janggi, LUdin, Abd Rasip dan Lebai Kari.
Adalah dianggarkan bahawa pada masa ini seramai 3000 orang ahli keluarga keturunan Sabtu terdiri dari jenerasi ke 4, 5, 6, 7 dan 8 dan masih boleh ditemui.