• Join - It's Free
Start My Family Tree Welcome to Geni, home of the world's largest family tree.
Join Geni to explore your genealogy and family history in the World's Largest Family Tree.

Mengesan Tok Nenek Moyang

Project Tags

Top Surnames

view all

Profiles

Tuan Guru Imam Haji Abdullah Beris Kubor Besar ( 1910an - 1980 ) Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Abdullah Bin Abdul Rahman Bin Salleh dan beliau dilahirkan di Kampung Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan. Ibunya bernama Kalthum Binti Haji Salleh (Tok Khatib Salleh). Anak kedua daripada sepuluh adik beradik ini mendapat pendidikan agama di beberapa buah pondok terkenal di Kubang Kerian - Kota Bharu, Bachok dan juga Patani, Thailand. Kemungkinan besar beliau sempat menadah kitab di Pondok Kenali dan Pondok Bachok dibawah asuhan dua ulama' besar Kelantan iaitu Tok Kenali dan Tok Bachok. Pasangan Tuan Guru Imam Haji Abdullah dan Hajah Lijah dikurniakan sepuluh orang anak : 1. Hajah Halimah (Isteri kepada Tuan Guru Haji Awang Noh Beris Kubor Besar) 2. Hajah Aminah 3. Puan Ramlah 4. Datuk Haji Mohamad Shahir 5. Haji Yusoff Shukri 6. To’ Puan Hajah Faudziah 7. Hajah Rohani 8. Hajah Rahimah 9. Haji Othman 10. Siti Fatimah Semasa hayatnya, Tuan Guru Imam Haji Abdullah adalah imam muda dan pernah memangku jawatan imam tua di Masjid Mukim Tanjung Jering semasa ayah mertuanya menunaikan haji di Mekah pada tahun 1952. Beliau juga berkhidmat sebagai guru agama di Pondok yang diasakan menantunya, Tuan Guru Haji Awang Noh di Beris Kubor Besar dan kemudiannya mewakafkan tanah bagi membangunkan sekolah agama yang terkenal di Kelantan iaitu Madrasah Amir Indra Putra, Beris Kubur Besar, Bachok pada tahun 1942. Tuan Guru Imam Haji Abdullah dan menantunya merupakan pengasas bersama kepada madrasah ini. Sebagai pendakwah yang gigih, beliau meneruskan tugas dakwahnya apabila berpindah ke Kampung Padang Baloh Pasir Akar, Besut, Terengganu mulai akhir tahun 1940an. Di sini, beliau mengajar agama termasuklah fardhu ‘ain dan al-Quran. Beliau juga memegang jawatan Imam Masjid Kampung Darau, Pasir Akar, Besut, Terengganu hinggalah penghujung tahun 1970an. Tuan Guru Imam Haji Abdullah merupakan seorang suami dan bapa yang sangat penyayang dan prihatin. Seorang pemimpin yang berwawasan. Mengorbankan dirinya untuk kepentingan anak-anak, keluarga dan masyarakat. Sangat bertawadhu’ dan zuhud serta disegani dan dihormati penduduk. Beliau meninggal dunia dalam lingkungan umur 70an pada pagi hari Jumaat, 05 Disember 1980 bersamaan 27 Muharam 1401 di rumah anaknya Hajah Halimah di Kampung Beris Kubur Besar dan disemadikan di perkuburan Islam di situ. Turut kembali ke rahmatullah pada pagi yang sama selepasnya ialah menantunya, Tuan Guru Haji Awang Noh Bin Senik. Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

  • Sumber - FB Sue Riyani yang diambil dari Datuk Haji Mohamad Shahir

{{}}}}