Projek ini bertuuan untuk menjejak sejarah Toh Semerang @ Tok Semarang.
Toh Semerang dikhabarkan telah datang ke Tanah Melayu dengan berakit dari tanah seberang bersama 3 beradik kesemuanya dan berkampung di hilir muara Sungai Perak. Beliau secara langsung atau tidak langsung telah terlibat dengan pembunuhan JWW Birch hingga menyebabkan beliau diburu oleh pihak British. Nama Toh Semerang juga dikatakan bukanlah nama sebenar, ditukar kerana untuk mengelakkan dari dijejaki British. Menurut cerita beliau telah membukan Kg Pasir Kandang di Jawang Enggor Perak dan beliau telah disemadikan di situ.
Beliau berkahwin dengan isteri pertamanya SIti Mina yang berasal dari keturunan dari Syed Hussein Al-Faradz Al-Jamalullail Perak. Perkahwinannya yang kedua ialah dengan Puteri Andak yang berasal dari keturunan Megat Terawis. Dari kedua-dua perkahwinan inilah kesinambungan keturunan Toh Semarang tersebar ke serata tempat. Kebanyakan waris keturunan beliau ramai yang berada di Sungai Siput dan Kuala Kangsar dan sekarang ke seluruh Malaysia.
Projek ini bertujuan untuk menjejak sejarah Toh Semerang @ Tok Semarang.
Toh Semerang dikhabarkan telah datang ke Tanah Melayu dengan berakit dari tanah seberang bersama 3 beradik kesemuanya dan berkampung di hilir muara Sungai Perak. Beliau secara langsung atau tidak langsung telah terlibat dengan pembunuhan JWW Birch hingga menyebabkan beliau diburu oleh pihak British. Nama Toh Semerang juga dikatakan bukanlah nama sebenar, ditukar kerana untuk mengelakkan dari dijejaki British.
Menurut cerita beliau telah membukan Kg Pasir Kandang di Jawang Enggor Perak dan beliau telah disemadikan di situ.