Panglima Perang Daeng Dapat Bin Daeng Mohd Salleh

public profile

Is your surname Daeng Mohd Salleh?

Research the Daeng Mohd Salleh family

Panglima Perang Daeng Dapat Bin Daeng Mohd Salleh's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Panglima Perang Daeng Dapat Bin Daeng Mohd Salleh

Panglima Perang Daeng Dapat Bin Panglima Perang Besar Daeng Mohd Salleh yang dilantik sebagai Chief Administrator oleh Temenggong Tun Ibrahim ketika pembinaan Iskandar Puteri pada tahun 1855.Raja Kechil @ Raja Ahmad Bin Raja Mohd Said dilantik sebagai Residen Iskandar Puteri yang pertama pada tahun 1856 oleh sepupunya Ungku Abu Bakar.Bersama Raja Kechil ,Panglima Perang Dapat menyambung kerja-kerja pembangunan Iskandar Puteri.Hinggalah pada 1858 Ungku Abu Bakar memohon perkenan dari ayahandanya Temenggong Tun Ibrahim agar memindahkan pentadbiran negeri dari Telok Belanga ke Iskandar Puteri.Pada tahun 1883, Panglima Perang Daeng Dapat dilantik sebagai Deputy Police Commissioner.Diatas jasa dan sumbangannya dalam pembinaan dan pembangunan bandar Iskandar Puteri, namanya diabadikan di sebatang jalan di Kampong Baru Johor Bahru.Jalan Dapat terletak di persimpangan Jalan Abdul Samad (sempena nama Dato Penggawa Timur)

Panglima Perang Dapat berkahwin dengan Cik Rabu dari Riau mendapat 4 orang anak

1. Hitam 2. Mahmud (Resident Commissioner of Parit Jawa 1885 dan Deputy Resident Of Padang - Endau 1884) berkahwin dengan sepupunya Khatijah Binti Daeng Gadoh 3. Aminah 4. Rejab (Asst.Director of Shahbandar) berkahwin dengan Mandak Khatijah Binti Dato Mahbob dan Mak Dek Che Mah mendapat 10 anak - Petom (1869) - Kapten Haron JMF Skooner Tenggaroh (1871) berkahwin dengan Zaharah Binti Hamzah Bin Haji Mohamed Bin Tok Muhammad Tahir - Hapipah (1873) berkahwin dengan Ahmad - Hitam (1875) berkahwin dengan Abdul Rahman Bin Mohd Nor - Datin Aishah (1877) berkahwin dengan Major Dato Wan Yahya Bin Laksamana Kapal Perang Wan Abu Talib Bin Wan Nong Yahya - Ali (1879) Game Warden Kluang berkahwin dengan Asmah Binti Mohd Nor - Habibah (1883) berkahwin dengan Abdul Rahman Bin Mohd Nor (Abdul Rahman berkahwin dengan Habibah selepas Hitam meninggal dunia) - Jabid (1885) berkahwin dengan Cik Kintan @ Cik Hitam dan cucu perempuan Dato Bentara Dalam Muhammad Ibrahim Bin Abdullah Munsyi - Jaafar berkahwin dengan Aminah dan Asmah - Abu Bakar @ Wak Dang berkahwin dengan Jamilah @ Che Mas Binti Dato Mohamed Bin Mahbob dan Rokiah Binti Abdul Malek

Oleh Dang Ku Puteri

Sumber

1.Sejarah Johor Dalam Pelbagai Spektif oleh Kassim Thukiman'

2.Prince Of Pirate oleh Carl A Trocki

3.Singapore dan Straits Directory