Dato Perdana Nik Mahmud [Menteri Besar Kelantan ke-10 1921-1944]

Is your surname bin Nik Wan Ismail Qadhi?

Research the bin Nik Wan Ismail Qadhi family

Dato Perdana Nik Mahmud [Menteri Besar Kelantan ke-10 1921-1944]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Nik Mahmud bin Nik Wan Ismail Qadhi

Birthdate:
Birthplace: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Death: 1964 (83-84)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Immediate Family:

Son of Tok Nebeng Haji Nik Ismail Haji Mahmud and Wan Aisyah Wan Utsman
Husband of Tg / Nik Mariam Tg Ishak/ Nik Ibrahim; Che Aisyah Muhammad Sa'id; Wan Tik Kamariah and Aishah(W1) & Wan Tik(W2)
Father of Nik Rahmah Nik Mahmud; Tan Sri Dato' Nik Ahmed Kamil [Menteri Besar Kelantan ke-11 1944-1953]; Dato Seri Amar Diraja Nik Mustapha Fathil Nik Mahmud; Nik Hassan Nik Mahmud; Haji Nik Majid Nik Mahmud and 4 others
Brother of Hj Ahmad Hj Ismail Qadhi and [Haji] Nik Abd Majid bin [Haji] Ismail Qadhi

Occupation: Bekas Perdana Menteri / Menteri Besar Kelantan, Penulis karya 'Ringkasan Cetera Kelantan'. Gelaran: Dato' Perdana Menteri Paduka Raja, DATO PERDANA MENTERI PADUKA RAJA (MB KELANTAN)
Managed by: Nik Abdull Rahman Nik Abdullah
Last Updated:

About Dato Perdana Nik Mahmud [Menteri Besar Kelantan ke-10 1921-1944]

NAMA sebenar, Dato' Haji Nik Mahmood bin Haji Nik Ismail. Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, pada tahun 1880 masihi iaitu dalam keluarga kenamaan. Pada masa kecil atau zaman kanak-kanak beliau menuntut pelajaran Melayu dan agama di Kota Bharu. Beliau menerima pendidikan awal dari ayahandanya yang merupakan seorang guru agama pada zaman itu. Haji Nik Mahmud pernah menuntut ilmu dengan Tok Kenali iaitu salah seorang tokoh agama yang terkenal di Kelantan. Selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah, Mesir dan ke beberapa buah negeri di Timur Tengah.

Laman sesawang berkenaan Dato PErdana boleh dicapai disini

Sekembalinya dari Mekah, beliau bekerja sebagai kerani di pejabat Balai Besar, Kota Bharu pada tahun 1908. Beliau juga merupakan seorang cendikiawan negeri yang berjiwa mulia kerana khidmatnya yang jujur dan penuh taat setia, beliau dikurniakan pangkat Dato Bentara Setia. Setelah Menteri Besar Kelantan pada masa itu meninggal dunia beliau dilantik menjadi Menteri Besar serta digelarkan Dato' Perdana Menteri Paduka Raja, serta diiringi dengan beberapa kurniaan Bintang Kebesaran Negeri Kelantan seperti Bintang Darjah Seri Mahkota Kelantan.

Dato' Haji Nik Mahmood bukan saja terkenal sebagai pegawai pentadbir yang cekap malahan beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang masih kekal sehinga ke hari ini. Setelah beliau menjadi Menteri Besar tanggungjawab yang dipikul terhadap negeri dan rakyat bertambah besar tetapi beliau dengan menggunakan segala kebijaksanaannya telah berjaya mengatasi segala kesulitan setiap masalah yang dihadapi. Beliau telah berkhidmat dalam jawatan kerajaan Kelantan selama 38 tahun iaitu daripada pemerintahan Almarhum Al Sultan Muhammad (IV). Al-Marhum Sultan Ismail sehingga Al-Marhum DYMM Al-Sultan Ibrahim.

Dalam hidup berkeluarga, beliau dikurniakan oleh Allah seramai tiga orang anak. Antaranya ialah Tan Sri Nik Ahmad Kamil iaitu bekas ahli Parlimen Kota Bharu Hilir yang juga bekas Menteri Besar Kelantan dan Dato Nik Mustapha Fadzil (Dato Sri Amar Diraja) bekas Dato' Maharaja Lela,istana negara Kuala Lumpur.

Ketokohan Haji Nik Mahmood pada masa hayatnya telah membawa banyak perubahan dan kemajuan pemikiran orang-orang Melayu di negeri Kelantan ini. Beliau banyak menyalurkan ilmu, pendapat dan idea-idea ini melalui bidang penulisan. Di antara buku-buku beliau yang terkenal ialah Kitab Pati Rahsia dan Tajuk Kemuliaan.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1964 di rumahnya di Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, sewaktu berusia 84 tahun. Beliau mempakan anak watan Kelantan yang telah banyak berjasa kepada negeri ini dan tercatat di dalam sejarah negeri Kelantan Darul Nairn.

Diolah dari sumber: http://smkdmpr1.kelantan.edu.my/link/datomahmud.htm


Reference:

http://www.geni.com/family-tree/index/6000000000749088793



Dato' Hj Nik Mahmud bin Nik Ismail - Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja [bertaraf jawatan Menteri Besar sekarang dan ke-10 bagi Negeri Kelantan]

Dato' Hj Nik Mahmud bin Nik Ismail dilahirkan di Kota Bharu sekitar tahun 1880an. Ibu beliau ialah Wan Aisyah binti Wan Othman.

Beliau mendapat pendidikan awal agama daripada ayahanda beliau sendiri Hj Nik Ismail Qadhi yang merupakan seorang guru agama dan rakan seperguruan Syeikh Ahmad al-Fatani.

Setelah kematian ayah beliau Hj Nik Ismail Qadhi pada tahun 1898M, ibu beliau menghantar beliau ke Timur Tengah untuk melanjutkan lagi pelajaran beliau.Ibu beliau menyerahkan urusan pengajian beliau kepada Syeikh Ahmad al-Fatani.

Sekembalinya beliau ke tanah air pada 1908, beliau bekerja sebagai seorang kerani di Balai Besar, Kota Bharu.

Dato Nik Mahmud menjadi Dato’ Perdana Menteri Kelantan selama 38 tahun (1921-1944) dan berkhidmat di bawah pemerintahan tiga orang Sultan, bermula dari Sultan Muhammad Ke IV, Sultan Ismail hingga ke zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.

Selain seorang pentadbir yang cekal, Dato’ Nik Mahmud juga merupakan seorang pengarang. Antara kitab-kitab yang dikarang oleh beliau termasuklah kitab Pati Rahsia, Tajuk Kemuliaan, Benih Agama, Kitab Pati Bahasa dan Kitab Perbendaharaan Mastika.

view all 16

Dato Perdana Nik Mahmud [Menteri Besar Kelantan ke-10 1921-1944]'s Timeline