Dato Haji Ghazali Haji Arshad, D.P.M.P.

Is your surname Haji Arshad?

Research the Haji Arshad family

Dato Haji Ghazali Haji Arshad, D.P.M.P.'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Dato Haji Ghazali Haji Arshad, D.P.M.P.

Birthdate:
Birthplace: Kampung Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak
Death: May 10, 1997 (95-96)
Immediate Family:

Son of Hj Arshad Muhamad Rashid and Hjh. Puteri Chu Madinah Mat Saman
Husband of Wan Habibah Wan Muhammad; Hjh Zabedah Hj Salleh and Private
Father of Haji Mansor Haji Ghazali; Hjh Zabedah Haji Ghazali; Ahmad Zaki Haji Ghazali; Ahmad Fuad Haji Ghazali; Private and 16 others
Brother of Abdul Hamid Arshad; Khadijah Arshad; Hasbullah (Abdullah) Arshad; Ramlah Arshad; Habsah Arshad and 2 others

Occupation: Founder Irsyadiah
Managed by: Private User
Last Updated:

About Dato Haji Ghazali Haji Arshad, D.P.M.P.

Pada peringkat awal Hj Ghazali belajar di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut selama lima tahun. Pada 1912, beliau dimasukkan ke Pondok Lubuk Merbau, kemudian berhijrah ke Kedah kerana berguru dengan Tuan Hussin Kedah di Pondok Bagan Ulu, Pantai Merdeka dan Pondok Selengkoh, Sungai Limau, Yan. Setelah itu, beliau mengambil masa lima tahun lagi untuk mendalami ilmu agama di Madrasah al-Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam di bawah bimbingan Sheikh Salleh Masri sehingga 1919.

Setelah pengajian peringkat asas ditamatkan, Tuan Guru Hj Ghazali bertolah ke Makkah kerana mahu menambahkan lagi ilmu agamanya. Di Makkah beliau mengambil kesempatan untuk menadah kitab dengan ulama-ulama di Masjidil Haram.

Dalam masa yang sama Hj Ghazali telah memasuki Madrasah Shaulatiyah al-Hindiyah, sebuah pusat pendidikan Islam yang terkenal di Makkah ketika itu dan dikendalikan oleh ulama-ulama anti-British dari India.

Selepas empat tahun, beliau lulus Syahadah Nihayah pada 1926. Hj Ghazali tidak terus pulang, sebaliknya menyambung pengajian dalam halaqat ulama di Masjidil Haram dan pusat pengajian lain di Makkah sehingga 1930. Antara gurunya di Makkah ialah Sheikh Hassan al-Masyat, Pak Da Ail al-Fathani, Sheikh Muhammad Ali al-Maliki, Sheikh Ahmad Khurasan, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok, Sheikh Harun Kambang Minangkabau, Syed Hussin Abdul Nabi, Sheikh Ibrahim Zaidan dan Sheikh Mokhtar Atarid.

Selepas 11 musim haji menggali ilmu di Makkah, barulah beliau pulang di Malaya. Beliau dikatakan alim dalam ilmu balaghah, mantik, falakiah, tafsir, hadis dan fekah. Selepas kembali ke Tanah Melayu, Haji Ghazali menyambung pengajiannya dengan Tuan Hussin Kedah di Pondok Pokok Sena, Seberang Prai dan sempat bersama dengan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, bekas Bendahari Agung PAS.

Kerana sumbangan besar beliau dalam dunia dakwah dan pendidikan, pada 1989 Tuan Guru Haji Ghazali dianugerahkan sebagai Tokoh Ulamak Silam oleh UKM, diikuti oleh anugerah Tokoh Maal Hijrah Hilir Perak (1989), Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak (1990) dan anugerah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1992.

view all 27

Dato Haji Ghazali Haji Arshad, D.P.M.P.'s Timeline