Hj Othman Sutan Mohd Nor

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Is your surname Sutan Mohd Nor?

Research the Sutan Mohd Nor family

Hj Othman Sutan Mohd Nor's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Othman Sutan Mohd Nor

Also Known As: "Abuya / Pak Ngah", "Pak Ngah", "Pak Tuan"
Birthdate:
Birthplace: Sumatera, Indonesia, Padang
Death: circa August 1967 (58-67)
Kg Baru Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Place of Burial: Ampang Kuala LumpurWilayah Persekutuan, Malaysia
Immediate Family:

Son of Sutan Mohd Nor and Fatimah 1
Husband of Hasnah Hj Abd Ghani (Rani) and Hajjah Fatimah Hj Ahmad
Father of Private; Private; Private User; Private; (1)Asmah Othman and 6 others
Brother of Rokiah Sutan Mohd Nor and Rafeah Sutan Mohd Nor
Half brother of Zainuddin Baginda Naim and Alias

Occupation: Kadhi Kuala Lumpur, Kathi Kuala Lumpur
Managed by: (2) Mohammad Jaemi Jaaffar
Last Updated:
view all 20

Immediate Family

About Hj Othman Sutan Mohd Nor

Hj Othman dilahirkan di Padang, Sumatera, Indonesia pada tahun1904. Beliau mempunyai dua orang adik perempuan Rafeah dan Rokiah. Semasa beliau berumur sembilan tahun, ayahandanya Sutan Mohd Nor membawanya ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang agama. Adik-adiknya tinggal bersama bondanya di Sumatera. Ayahandanya meninggal dunia di Mekah dan beliau meneruskan pelajarannya selama 15 tahun.

Bondanya berkahwin lagi dengan Baginda Naim dan mendapat 3 orang anak Nordin, Alias dan seorang anak perempuan. Rafeah dikahwinkan dengan Hj Ahmad Padang dan mereka berhijrah ke Kuala Selangor Tanah Melayu (Malaya). Menurut cerita bondanya dan Baginda Naim bersama anak-anak pergi ke Mekah untuk memujuk beliau balik ke Sumatera kerana telah ditunangkan dengan Fatimah. Baginda Naim meninggal di Mekah. Tidak lama kemudian bondanya meninggal dunia dan adik perempuan yang masih kecil diserahkan kepada saudaranya yang bersuamikan sheikh berbangsa Arab.. Beliau berhajat untuk menetap di Mekah tetapi oleh kerana peperangan di Mekah beliau terpaksa membawa adik-adiknya balik. Beliau membawa adik-adik ke Tanah Melayu dan adik-adiknya di serahkan kepada sepupunya Aminah yang tinggal di Kampung Kuantan Kelang. Aminah menjodohkan Rokiah dengan Hj Abdul Wahab dan menetap diTeluk Intan (Teluk Anson). Zainuddin dijaga oleh Rokiah hinggalah berumahtangga dengan Ruminah. Alias pula dijaga oleh Rafeah di Kuala Selaangor dan berkahwin dengan Kalsom.. Beliau tinggal bersama Rafeah dan mengajar ugama di kampung Permatang, Pasir Penambang. Beliau mengawini anak muridnya Hasnah, anak kepada Raja Abd. Rani, ketua kampung Pasir Penambang. Beliau di kahwinkan pula oleh Opah Hamidah ibu saudara beliau dengan Fatimah oleh kerana tuntutan dari pihak keluarga tunangnya Keluarga Fatimah berhijrah dari Sumatera dan menetap di Tapah, Perakl. ada

Beliau bersama kedua-dua isteri dan anak-anak berpindah ke kampung Jawa Kelang. Beliau dilantik penasihat ugama di istana diraja Selangor dan mengajar ugama kepada anakanda-anakanda baginda Sultan PTuanenulis mendapat tahu baru-baru ini apabila cucu kepada Hj Othman iaitu Datuk Mohd Naim bin Hj Mokhtar apabila dilantik menjadi Ketua Hakim Syariah negeri Selangor, baginda Sultan Selangor bertanyakan salasilah beliau. Apabila sebut Hj Othman baginda mengakui baginda anak murid Allahyarham. Beliau membuka kelas ugama dirumah Hasnah dimana anak-anak murid terdiri daripada adik-adik ipar, anak-anak dan menantu-menantu. Beliau mengasaskan sekolah rakyat di Kg Jawa dimana Asmah anak sulung Hasnah dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Arab Perempuan. Azizah (Yong Zizah) adik dari Hasnah sebagai Ustazah dan Ahmad Ramli menantu sebagai Ustaz untuk mengajar dalam bahasa Arab disekolah tersebut. Selepas itu beliau dilantik sebagai kadhi Selangor oleh bapa saudara Hasnah,Tuan Hj Patih Akhir selaku Ketua Pejabat Ugama Islam Selangor,

Beliau ditukarkan ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumah Kerajaan Kg Periok.. Beliau menjadi pengadil Musabaqah Al Quran peringkat daerah dan juga peringkat kebangsaan. Setelah bersara beliau banyak menghabiskan masa mengajar di mesjid-mesjid dan madrasah-madrasah sekitar Kuala Lumpur. Beliau dilantik Nazir mesjid Kg Baru dan salah seorang jawatankuasa penduduk dan beliaulah mengasaskan sekolah rakyat yang ada sekarang ini dikampung tersebut.

Beliau kembali ke rahmatullah sekembali dari menunaikan haji yang kedua iaitu pada tahun 1967. Beliau dikenali sebagai Pak Tuan oleh penduduk Kg Baru, dari famili 'Abuya" dan sanak saudara pula Pak Ngah. Semoga dicucuri rahmat diatas roh beliau. Amin.

Rujukan dari Azmi, Mustapa Bakri dan Salmi Hj Zainuddin.

view all 17

Hj Othman Sutan Mohd Nor's Timeline

1904
1904
Sumatera, Indonesia, Padang
1937
August 4, 1937
Tapah Road, Perak, Malaysia
1939
November 14, 1939
Tapah Road, Perak, Malaysia
1967
August 1967
Age 63
Kg Baru Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
August 1967
Age 63
Ampang Kuala LumpurWilayah Persekutuan, Malaysia