Tan Sri Dato Seri Zain Azraai Bin Tan Sri Dato Haji Zainal Abidin

public profile

Is your surname Tan Sri Dato Haji Zainal Abidin?

Research the Tan Sri Dato Haji Zainal Abidin family

Tan Sri Dato Seri Zain Azraai Bin Tan Sri Dato Haji Zainal Abidin's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Tan Sri Dato Seri Zain Azraai Bin Tan Sri Dato Haji Zainal Abidin

Also Known As: "Ei"
Birthdate:
Birthplace: Telok Intan, Perak, Malaysia
Death: December 07, 1996 (60)
Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Place of Burial: Kuala Lumpur, Malaysia
Immediate Family:

Son of Tan Sri Dato Haji Zainal Abidin Bin Haji Abas and Puan Sri Datin Puteh Mariah Binti Ibrahim Rashid
Husband of Private and Private
Father of Private and Private
Brother of Hajjah Zainon Binti Tan Sri Dato Haji Zainal Abidin; Private; Private; Private and Yusof b. Tan Sri Zainal Abidin

Managed by: Kamaruddin Mohd Yaakob
Last Updated:
view all

Immediate Family

About Tan Sri Dato Seri Zain Azraai Bin Tan Sri Dato Haji Zainal Abidin

TAN SRI ZAIN AZRAAI DIPLOMAT, TOKOH KORPORAT DAN BUDAYAWAN YANG DISEGANI (1936 - 1996) "Kita banyak terhutang budi, negara juga terhutang budi kepadanya. Saya amat sedih kerana permegiannya pada usia yang boleh dianggap muda,"(Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia,10 Disember, 1996 hal. 2)

       Demikianlah segugus belasungkawa ikhlas Perdana Menteri yang menghulurkan suatu pengiktirafan serta penilaian tinggi terhadap sumbangan dan jasa-jasa Allahyarham Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin yang telah banyak melakarkann jalur-bakti  di kanvas sejarah moden tanah air semasa hayatnya.  	Beliau menyumbangkan jasa-bakti sepenuh hati dan bersungguh-sungguh menerusi tiga bidang yang berbeza iaitu diplomatik, korporat dan kesenian yang menyaksikan kecemerlangan serta keterampilan sahajalah yang melekatkan namanya sentiasa terukir di bibir segenap lapisan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
        Arwah Zain Azraai diasuh dan membesar dalam sebuah keluarga nasionalis yang ternama. Ibunya Che’ Puteh Mariah Ibrahim Rashid (kini : Puan Sri), tokoh politik tersohor dan pernah berjuang menentang penjajah Inggeris dalam Perikatan Melayu Perak sekitar tahun 40-an. Kemudian beliau dikenali pula sebagai salah seorang pangasas dan Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO yang pertama (sekarang : Pergerakan Wanita UMNO) pada tahun 1949.  Aliran
        Manakala bapanya, Allahyarham Tan Sri Zainal Abidin Abas, bekas Pegawai Kanan Kerajaan (MCS) serta sahabat rapat Allahyarham Dato’ Onn Jaafar – Pengasas UMNO yang turut sama berusaha menubuhkan parti tersebut pada 11 Mei 1946 dan pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO sekitar tahun 1947 – 1948.
        Dari titisan darah pejuang kemerdekaan inilah Zain Azraai dilahirkan pada 27 Julai 1936 sebagai anak ketiga daripada empat orang adik-beradik di Teluk Intan, Perak.
        Ibu bapa Zain cukup mementingkan pelajaran terutamanya dalam aliran Inggeris. Lantaran itu, mereka memecah tradisi masyarakat Melayu tempatan waktu itu yang agak keberatan menghantar anak ke sekolah vernakular sebaliknya menumpukan perhatian ke pendidikan pondok kerana bencikan penjajah Inggeris.
         Tetapi ibu bapa Zain mempunyai tafsiran dan pengertian yang berbeza. Bagi mereka perjuangan menentang penjajah semata-mata untuk memerdekakan tanah air tetapi bukan pula menolak bulat-bulat ilmu yang dikuasai oleh penjajah tersebut kerana penguasaan ilmu cukup penting bagi menjamin masa depan anak-anak mereka. Menyedari hakikat inilah, Zain Azraai dihantar ke Sekolah St. Anthony, Teluk Intan untuk mendapatkan pendidikan awal.
        Namun begitu, pada tahun 1950 keluarganya berhijrah ke Ibu Kota dan Zain kemudiannya menyambung pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur sewaktu berumur 14 tahun.  	Pada tahun 1953 Zain berkesempatan menjejakkan kaki ke Universiti Oxfard, England sekaligus mancatat sejarah, anak Melayu pertama belajar di institusi pengajian tinggi yang tersohor itu ketika berusia 17 tahun. Berkat usaha gigih yang tidak pernah mengenal erti jemu, Zain Azraai berjaya membawa pulang Ijazah Sarjana dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di samping memperdalami ilmu dalam bidang hubungan antarabangsa di London School Economics.
       Sekembalinya ke tanah air, beliau memulakan kerjaya dengan menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Kadet Kementerian Luar pada 1 Oktober 1958. Setahun kemudian beliau dilantik  pula sebagai Penolong Setiausaha Utama (politik) bertugas di New York. Beberapa tahun berikutnya beliau berkhidmat pula sebagai Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari tahun 1962 hingga 1966. 
       Dalam pada itu, Zain Azraai pernah menjadi anggota jawatankuasa penyediaan Laporan Cobbolt di London sekitar tahun 1962. Jawatankuasa ini berfungsi menyediakan cadangan mengenai pembentukan negara Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh Zain Azraai di dalam jawatankuasa tersebut ialah sebagai setiausaha yang bertanggungjawab bersama-sama Tan Sri Ghazali Shafei, bekas Menteri Luar bagi menulis Laporan Cobbolt.  Istimewa
       Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (ketika itu Setiausaha Tetap Kementerian Luar), Zain Azraai terpilih menganggotai jawatankuasa itu walaupun masih muda (26 tahun) kerana beliau pintar mencetuskan buah fikiran yang bernas dalam setiap perbincangan dan perundingan serta memiliki kepakaran istimewa dalam menulis laporan menggunakan Bahasa Inggeris yang halus dan tepat.
       Tidak setakat ini, sumbangan Zain Azraai melebar sewaktu Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia. Peranannya bertindak sebagai salah seorang tokoh di belakang tabir bagi menjelaskan konsep pembentukan Malaysia kepada negara-negara anggota PBB cukup bermakna sekali, sehinggakan badan dunia itu menyokong dan mengiktiraf konsep tersebut yang sekaligus melenyapkan kemelut dingin yang melanda dua negara jiran.
        Pada tahun 1971, Zain Azraai ditawarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein jawatan Setiausaha Perdana Menteri. Beliau menerimanya dengan senang hati dan telah berkhidmat dengan Tun Razak selama lima tahun sehinggalah Tun meninggal dunia pada 14 Januari 1976.
       Kecemerlangan Zain Azraai dalam perkhidmatan kerajaan diwarnai dengan perlantikannya sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat, Brazil, Mexico dan Cuba dari tahun 1976 hingga 1983 di samping pernah bertugas sebagai Pengarah Eksektutif Bank Dunia sekitar tahun 1978 hingga 1982. 
       Lantaran kerana kepercayaan dan keyakinan tinggi terhadap kemampuan Zain Azraai, kerajaan melantik beliau sekali lagi (bagi kali ke-2) sebagai wakil Tetap Malaysia ke PBB mulai Mac 1984 hingga Mei 1986. 
       Semasa menjadi Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Tan Sri Zain Azraai mencipta sejarah dengan mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai rakyat Malaysia yang pertama bersama Penasihat Sains di Jabatan Perdana Menteri Prof. Datuk Dr. Omar Abdul Rahman (kini : Tan Sri) kerana berjaya menjejakkan kaki di Kutub Selatan pada bulan Januari 1985.
       Pemergian mereka ke Kutub Selatan kerana terpilih sebagai wakil Malaysia dalam Program Penyelidikan Amerika Syarikat – Antartika.
       Dalam satu pertemuan dengan wartawan pada tahun 1991, Tan Sri Zain Azraai menceritakan pengalamannya di Kutub Selatan. Ceritanya, “Ia tidaklah sesejuk yang anda mungkin bayangkan. Ia (suhu) adalah di bawah kosong darjah tetapi amat keriang dan tentulah ketika itu adalah musim panas. Kami tinggal di sana. Ia bersih, sunyi dan cerah…ia sungguh indah.” (Mingguan Malaysia, 8 Disember 1996 hlm.2) 
      Sekembalinya dari tugas New York, Tan Sri Zain Azraai dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan pada tahun 1986. Beliau menyandang tugas tersebut sehingga bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada Julai 1991 setelah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama 33 tahun. Lelaki berpakaian terbaik di Malaysia.
        Di kalangan rakan-rakan sepejabat dan kaki tangannya, Tan Sri Zain Azraai dikenali sebagai seorang yang peramah, kaya dengan senyuman dan ketua yang unggul. Seorang lelaki yang gemar berpakaian kemas, segak dan suka memakai baju berbutang sampai ke kolar. Beliaulah satu-satunya pegawai tinggi berbangsa Melayu yang sering memakai baju Melayu ke pejabat semenjak penghujung tahun 60-an lagi. 
       Perawakan tersendiri dan ketrampilan berpakaian inilah meletakkan beliau dalam senarai sepuluh “Lelaki yang berpakaian terbaik di Malaysia 1993” bersama-sama Sultan Azlan Shah, Raja Nazrin Shah, Tuanku Naquiyuddin Tuanku Jaafar, Tan Sri Azman Hashim. Tan Sri Loy Hean Heong, Datuk Mohd. Ghazali Mohd. Khalid, Datuk Jeffrey Cheah, Kamaruddin Taib dan Akbar Khan.  Tokoh Korporat 
       Tan Sri Zain Azraai tidak hanya dikenali sebagai diplomat tetapi melebar sebagai tokoh korporat yang berwibawa. Setelah bersara dari perkhidmatan kerajaan, beliau mencurahkan pengalaman luasnya ke bidang pentadbiran korporat pula. Bermula sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kemudian sebagai Pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pada tahun 1991. Seterusnya menyertai Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn. Bhd (SPPK).
       Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Malaysia International Merchant Bankers Berhad (MIMB) dan Oriental Bank Berhad di samping pernah menyandang beberapa jawatan penting seperti Pengarah Bank Negara (1991 – 1993) dan Pengarah Petronas.
       Sebagai insan seni, Tan Sri Zain Azraai meminati keindahan dan keharmonian yang terkandung dalam bidang kesenian itu. Seni lukis, muzik klasik barat, irama jazz dan keroncong antara unsur-unsur estetika yang sangat beliau gemari. Hakikat inilah yang mendorong beliau terbabit secara langsung dalam kegiatan kesenian tanah air dengan penumpuan khusus terhadap kegiatan seni lukis. 
       Lantaran itu, pada tahun 11960, Zain Azraai dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Perlaksanaan Penubuhan Balai Seni Lukis Negara. Seterusnya sekitar tahun 1970-an beliau menyumbangkan bakti sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan bertanggungjawab membawa Allahyarham Seniman Ismail Zain ke Balai Seni Lukis Negara sebagai pengarah yang pertama.
       “ Minatnya dalam lukisan cukup mendalam sekali, barangkali berputik ketika menuntut di England”, kata abangnya, Zain Azahari Zainal Abidin. Beliau amat menghargai lukisan serta mempunyai selera seni terhadap lukisan tempatan sesebuah negara. Kerana kekentalan minat inilah, Tan Sri Zain Azraai dilantik oleh Kerajaan bagi mencari dan menilai karya lukisan tempatan yang bermutu tinggi untuk dihantar ke kedutaan Malaysia di seluruh dunia. 	Keindahan yang terlakar pada kanvas lukisan itu sebenarnya terlalu intim dengannya dan turut serta mengiringi Tan Sri Zain Azraai kembali menghadap illahi. Memang benar ! Sehari menjelang pemergiannya ke alam baqa, beliau meminta keizinan keluarga untuk melihat keindahan Bukit Ampang, Ibu Kota. Dia menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t sepuas-puasnya. 
       Sesungguhnya pada petang 7 Disember 1996, negara telah kehilangan seorang diplomat yang disegani. Dunia korporat pula kehilangan seorang tokoh manakala arena seni lukis tanah air kehilangan tempat bergantung apabila Tan Sri Zain Azraai berpulang ke sisi Allah s.w.t buat selama-lamanya dengan meninggalkan isteri Puan Sri Normah Abas, dua orang anak perempuan, Piah Kalsom dan Mila Zariana serta ibu tua Puan Sri Puteh Mariah Ibrahim  Rashid, 82 tahun. Al-Fatihah buat Allahyarham. 

1936- Lahir di Teluk Intan

1945-1949 - Mendapatkan pendidikan awal St. Anthony’s School, Durian Sebatang, Teluk Intan.

1950- keluarga berhijrah ke Ibu Kota dan Zain menyambung pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur dalam darjah VIII (Tingkatan 4) sewaktu berumur 14 tahun.

1951- Lulus Cambridge School Certificate 1951

1953- Mencipta sejarah sebagai pelajar Melayu termuda memasuki Oxford University UK ketika berumur 17 tahun. Di samping itu memperdalami ilmu dalam bidang hubungan antarabangsa di London School Economics

1956- Lulus BA(Hons) dalam bidang Philosophy, Politics and Economics

1958- 1 Oktober- Pegawai Kadet (Probationer Officer) Kementerian Luar

1958- Berkhidmat di Pesuruhjaya Tinggi Malaya di London

1958 - Mendapat latihan di London School of Economics

1959-1962- Penolong Setiusaha (Politik) Kementerian Luar

1960- Ijazah Sarjana

1962- Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, London selama lima bulan

1962-1966-Wakil Tetap Malaysia di Bangsa-Bangsa Bersatu

1966-Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Luar

         - Pegawai Khas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri
            di bawah menterinya , Tan Sri Ghazali Shafie

1970-1971-Setiusaha Bahagian Kementerian Luar Negeri

1971-14 Januari 1976 Setiusaha Sulit Kanan kepada Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

1976 - 1983 Duta Besar ke Amerika Syarikat, Brazil, Mexico dan Cuba

1978- Mendapat Gelaran Tan Sri-mencipta sejarah anak dan bapa menerima gelaran Tan Sri pada hari yang sama.

1978 – 1982 - Pengarah Eksekutif Bank Dunia

1984 - 1986 Wakil Tetap Malaysia di Bangsa-Bangsa Bersatu kali kedua

1986- Hanya sehari menjadi Ketua Setiusaha Kementerian Luan Negeri dan esoknya dinaikkan pangkat

1986-1991 Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia

1991, 14 Julai - Bersara daripada jawatan kerajan.

Selepas bersara

Pengerusi MIDF

1992-1994- Pengerusi MAS

1996, 7 Disember, meninggal dunia - pusara di Jalan Ampang Kuala Lumpur

Rujukan:

Petikan laman web Anak Gemilang Malaysia ASTRO

New Malaysian Who’s Who –Kasaya Publishing Sdn. Bhd. 1989-1990

Ucapan Takziah oleh Dr Mahathir Mohamed kepada keluarga Tan Sri Zain Azraai

view all

Tan Sri Dato Seri Zain Azraai Bin Tan Sri Dato Haji Zainal Abidin's Timeline

1936
July 27, 1936
Telok Intan, Perak, Malaysia
1996
December 7, 1996
Age 60
Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
December 8, 1996
Age 60
Jalan Ampang Muslim Cemetery, Kuala Lumpur, Malaysia