[4] H.H. Tun Besar Fatima binti Tun Muhammad

public profile

Is your surname binti Tun Muhammad?

Research the binti Tun Muhammad family

[4] H.H. Tun Besar Fatima binti Tun Muhammad's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About [4] H.H. Tun Besar Fatima binti Tun Muhammad

Tun Besar Fatima adalah anak perempuan kepada Tengku Muhammad dengan salah seorang gundiknya. Diceritakan, menurut riwayat yang terdapat di Brunei iaitu kira-kira dalam awal abad XIX, seorang Putera Diraja Pahang bernama Tengku Muhammad bin Tengku Koris telah ditangkap oleh lanun dijual ke Brunei kepada Pehin Jawatan Munaf dan ayahandanya telah dibunuh oleh lanun itu, tetapi akhirnya setelah kenali daripada tingkah lakunya yang berbeza daripada orang biasa, maka Pehin Jawatan Munaf telah memberikan penghormatan kepadanya dan dihantarnya balik ke Pahang secara yang lazim dilakukan kepada keluarga Diraja.

Pada masa hendak balik ke Pahang ia telah meminta kepada Pehin Jawatan Munaf untuk membawa gundik Pehin Jawatan Munaf yang pernah memeliharanya semasa di Brunei dahulu untuk dijadikan isteri. Perempuan tersebut mempunyai anak damit dan anak itu dibawanya bersama ke Pahang. Anak damit itu termasyhur dengan nama Tengku Char yang berkahwin dengan Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah [Sultan Pahang ke-1, 1882-1914].

والله أعلمُ