Dato' Haji Mohamed Taib "S. Roomai Noor" bin Md.Salleh

Is your surname Md.Salleh?

Connect to 5,000+ Md.Salleh profiles on Geni

Dato' Haji Mohamed Taib "S. Roomai Noor" bin Md.Salleh's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Dato' Haji Mohamed Taib "S. Roomai Noor" bin Md.Salleh

Birthdate:
Birthplace: Temerloh, Pahang, Malaysia
Death: March 16, 1996 (73)
Hospital King Abdul Aziz, Mecca, Saudi Arabia (Paru-paru berair)
Place of Burial: Ma'ala, Mecca, Saudi Arabia
Immediate Family:

Son of Salleh Khatib Hassan; Md Salleh; Private; Fatimah Othman; Private and 1 other
Husband of Private; Private; Private; Private; Private and 3 others
Ex-husband of Ramlah(Siput Sarawak) Mohamad Sulaiman
Father of Private; Private; Private; Private; Private and 22 others
Brother of Private; Private; Private; Abu Bakar Md. Salleh; Mariam Md. Salleh and 6 others

Managed by: Private User
Last Updated:
view all 61

Immediate Family

    • Private
      spouse
    • Private
      child
    • Private
      spouse
    • Private
      child
    • Private
      child
    • Private
      child
    • Private
      child
    • Private
      child
    • Private
      child
    • Private
      spouse
    • Private
      child
    • Private
      spouse

About Dato' Haji Mohamed Taib "S. Roomai Noor" bin Md.Salleh

also known as Dato S Romainor' / Mohd Taib


Dikenali sebagai generasi pertama hero filem Melayu yang bermula pada era 1940-an, malah ketika hayatnya, Allahyarham pernah muncul dalam lebih 80 filem cereka dan berpuluh-puluh drama televisyen hinggakan beliau sendiri sukar mengingati judulnya.

Pembabitan S. Roomai Noor dalam dunia perfileman tidak ada dalam perencanaan hidupnya. Sebelum itu, beliau seorang mekanik, gerila, kerani, penulis selain aktif dalam pergerakan politik untuk menuntut kemerdekaan.

Ia bermula ketika Perang Dunia ke-2, apabila beliau merantau ke Singapura dan menetap di rumah bapa saudaranya, penulis tersohor, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako.

Beliau kemudian bekerja sebagai mekanik dengan tentera Jepun di Pulau Belakang Mati, Singapura sebelum menjadi kakitangan perubatan dengan tentera sukarela Gunpo yang menentang Tentera Bersekutu.

Ketika menjadi tentera sukarelawan Jepun, Roomai melalui pelbagai pengalaman menarik. Suatu ketika kapal yang dinaikinya dibedil tentera Bersekutu lalu hanyut di tengah laut. Takdir penentu segala-galanya apabila beliau diselamatkan tentera Jepun lalu dibawa ke Bali.

Dari Bali, beliau dibawa ke Pulau Sumbawa. Ketika di sana, beliau diberi nama Roomai bermakna Tengku menurut panggilan daerah. Apabila Jepun kalah, Roomai Noor diambil tentera Bersekutu dan dihantar ke Australia.

Beliau kembali ke tanah air pada tahun 1946. Keluarganya terkejut besar dengan kepulangannya kerana menyangka sudah meninggal dunia.

Roomai Noor kemudian berjinak-jinak dalam politik dengan menyertai Pertubuhan Melayu Pahang. Apabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diwujudkan, Roomai menyertainya melalui Angkatan Pemuda Insaf (API) yang berjuang menentang penjajahan.

Apabila API diharamkan oleh Inggeris pada 1947, beliau membawa diri ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani di Keretapi Tanah Melayu selama sebulan. Selepas itu ke Singapura untuk bertemu Pak Sako dan A Samad Ismail (Tan Sri) atau Pak Samad.

Pertemuan dengan Pak Samad menukar sejarah hidupnya. Pak Samad memberitahu Shaw Brothers mencari bakat baru dalam bidang seni.

Nasib Roomai Noor cerah. Beliau diterima bekerja di studio itu dan berpeluang mempelajari pelbagai tugas termasuk menjadi budak kontinuiti serta orang suruhan pengarah dengan gaji RM120 sebulan.

Beliau ditawarkan berlakon dalam filem arahan BS Rajhans, Cinta bersama Siput Sarawak pada 1948. Filem Cinta memberi makna kerana selepas itu beliau dan Siput berkahwin, lalu dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini, sekarang lebih terkenal sebagai Anita Sarawak.

Bagaimanapun, jodoh mereka hanya sementara apabila bercerai pada 1953. Beliau berkahwin dengan Umi Kalthum. Hasil perkongsian dengan Umi Kalthum, Roomai Noor mendapat enam anak iaitu Noor Salasawati, Noor Kumalasari, Sonadi Noor, Noor Latiff, Noor Jumaaton, dan Noormukmin.

Sepanjang riwayatnya sebagai anak seni, beliau berlakon lebih 100 filem dan berpuluh drama TV. Antaranya termasuk Bakti, Chinta Gadis Rimba, Tongkat Hitam, Che Mamat Parang Tajam dan Matinya Seorang Patriot.

Pendidikan Awal: Sekolah Melayu Temerloh, diikuti Sekolah Inggeris Sulaiman, Bentong hingga peringkat Junior Cambridge

Filem Pertama Lakonannya: Chinta arahan BS Rajhans pada 1948.

Filem Pertama Arahannya: Adam (1956)

Antara Filem Lakonannya: Noor Asmara, Mega Mendung, Nilam, Bakti, Pembalasan, Berdosa, Nafsu, Tangisan Ibu, Duka Nestapa, Saudaraku, Selamat Hari Raya, Dondang Sayang, Kasih Menumpang, Irama Kasih, Chinta Gadis Rimba, Tongkat Hitam, Esok Untuk Siapa, Matinya Seorang Patriot dan Rahsia.

Filem Arahannya: Adam, Tunang Tok Dukun, Pembunuhan Dalam Gelap/ Hantu Harimau (bersama L Krishnan & B.N Rao), Lela Satria, Puteri Gunung Ledang, Gado Gado, Celorong Celoreng, Badang, Mabuk Kepayang.

Pencapaian: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 (1984)

view all 40

Dato' Haji Mohamed Taib "S. Roomai Noor" bin Md.Salleh's Timeline

1923
February 22, 1923
Temerloh, Pahang, Malaysia
1996
March 16, 1996
Age 73
Hospital King Abdul Aziz, Mecca, Saudi Arabia
March 16, 1996
Age 73
Ma'ala, Mecca, Saudi Arabia
????