![](https://assets11.geni.com/images/external/twitter_bird_small.gif?1703769522)
![](https://assets13.geni.com/images/facebook_white_small_short.gif?1703769522)
Datuk Abdullah bin Panglima Muda merupakan Undang Luak Jelebu yang ke-12 , zaman pemerintahannya selama 43 tahun ( 1902-1945) dengan gelaran Datuk Mendalika Menteri Akhir Zaman Beliau meninggal pada tahun 1945, kerana sakit tua di Kampung Peradong, Kuala Klawang) dalam daerah Jelebu.
Dato Abdullah adalah anak kepada Panglima Muda Lok dan Panglima Muda Lok adalah anak kepada Panglima Mansu Kota Berjalan dari Tanjung Belawan, Chenor Maran PAHANG iaitu antara hulubalang besar Pahang di pihak DATO Bendahara Tun Mutahir sepanjang tempoh Perang Saudara Pahang 1857-1863. Panglima Muda Lok berkahwin dengan isteri keduanya bernama Biah dari Waris Sarin, Jelebu, oleh kerana itulah Dato’ Abdullah layak menyandng gelar pesaka Dato’ Undang Jelebu mengikut jalur ibunya walaupun berbapakan orang Pahang.