Haji Indut

public profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Haji Indut

Birthdate:
Birthplace: Medan, Daerah Rawa, Sumatera
Death:
Immediate Family:

Husband of Siti
Father of Itam Raini; Private; Tipah cucu Long Tijah; Yah; Private and 1 other

Managed by: HAJI ABD RAZAK Al Sungkaii Abd M...
Last Updated:
view all

Immediate Family

About Haji Indut

Mengikut cerita Halijah bt. Haji Abd Wahab, cucu nombor 4 daripada 8 beradik bahawa Haji Endut berasal dari Pulau Sumatera. Ada yang mengatakan beliau ini orang Rawa. Datang ke Semenanjung dengan menaiki sampan sahaja. Kemudian berkahwin dengan Siti. Selang beberapa lama beliau balik ke Sumatera untuk membawa seorang kakaknya ke Malaysia. Menurut cerita haji Endut mempunyai saudara-saudaranya di Kg. Lubok Salak, Tg Malim. Kisah ini dapat dikesan kerana Haji Wak kasih, kakak Itam Raini selalu menziarahi mereka di sana. Ini membuktikan ada pertalian darah dengan haji Endut. Begitu juga Wak Kasih selalu menziarahi saudaranya di Gopeng. dengar cerita saudara ini ingin menziarahi keluarga di Sungkai sampai waktu senja/malam tapi tidak di dengari oleh isteri Wak Kasih. Oleh kerana salam tidak dijawab mereka suami isteri merajuk dan balik ke Gopeng pada malam itu juga. Besok paginya Wak Kasih pergi ke Gopeng untuk meminta maaf dengan kejadian semalam. Walau bagaimanapun sepasang suami isteri ini telah merajuk dan tidak mahu datang lagi ke Sungkai lagi. Saya, Abd.Razak, cicit Hj Endut telah cuba mencari keluarga ini di Gopeng namun tidak berhasil. Kemungkinan mereka telah berpindah atau menukar nama.( orang-orang dulu suka tukar nama jika merajuk dan sebagainya.