Haji Taib Abdul Rahman

Is your surname Abdul Rahman?

Connect to 2,466 Abdul Rahman profiles on Geni

Haji Taib Abdul Rahman's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Haji Taib Abdul Rahman

Birthdate:
Birthplace: Kota Bharu, Sberang Pasir Mas, Salor, Kelantan, Malaysia
Death: December 31, 1946
Kota Bharu, Seberang Pasir Mas, Salor, Kelantan, Malaysia
Place of Burial: Seberang Pasir Mas, Salor, Perkuburan Tok Leta, Kelantan, Malaysia
Immediate Family:

Son of Tengku Abd.Rahman Ibni Al-Marhum Tengku Sri Utama and Mariam Hj Salleh
Husband of Bidah; Zainab Unknown; Aisyah Putih; Mariam Unknown; Hajjah Kalthum Abdul Rahman and 1 other
Father of Daud Hj Taib; Khadijah Taib; Abdul Halim bin Haji Taib; Haji Hamzah bin Haji Taib; Haji Abdullah bin Haji Taib and 4 others
Brother of Yusoff Ab Rahman; Maimunah Ab Rahman; Sharifah Ab Rahman and Daud Ab Rahman

Occupation: Guru Agama
Managed by: Private User
Last Updated:

About Haji Taib Abdul Rahman

Di sini saya muatkan apa yang didapati daripada tulisan Almarhum Abah saya (Pak Muda Haji Amran) yang ditaip oleh beliau pada awal 90-an dulu:

LAHIR DI KAMPUNG SEBERANG PASIR MAS, SALOR, KOTA BHARU, KELANTAN KIRA-KIRA DALAM TAHUN DAN MENNGGAL DUNIA DI SEBERANG PASIR MAS DAN DI MAKAMKAN DI TANAH PERKUBURAN TOK LETA.

SEMASA HAYATNYA BELIAU ADALAH SEBAGAI GURU AGAMA YANG DISEGANI DI KAMPUNG SEBERANG PASIR MAS ITU...

Menurut Haji Ahmad bin Othman (Ayah Mad): Tok Ayah Haji Taib meninggal dunia pada ketika beliau berusia 10 tahun. Ayah Mad menghadiri pengkebumian itu kerana kubur tempat persemadian beliau telah diselenggara (di gali) oleh Al-Marhum Chik (Haji Othman bin Haji Said). Cuaca pada ketika itu mendung kerana hampir maghrib dan hujan turun rintik-rintik.

TOK AYAH HAJI TAIB ( Al-Fatihah )

Share

Wed at 04:10

Sejarah Haji Taib Seberang Pasir Mas (1946)

Haji Taib Seberang Pasir Mas (1946)

Guru ugama, qari dan pendekar terbilang pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Bin Sultan Muhammad IV (1920-1944).

Abang kepada Tuan Daud Teluk Intan2 dan ayahanda kepada Haji Zakaria Merak Mas3 paman kepada Pak Yeh Tukang Lagu ( Mat Deris Paus Layang), Datuk kepada Tan Sri Ahmad Nordin dan Muhammad Fakhruddin Abdullah.

Nama penuh tokoh yang masyhur gagah serta gemar mengembara cari ilmu ini ialah Haji Muhammad Taib Bin Abdul Rahman Bin Tok Tama (asal Patani).

Beliau disebut-sebut pernah belajar di Makkah, bersekali dengan Tok Kenali, juga menuntut di Patani – berguru dengan Tok Semla.

Namun keazaman menambah / melengkapkan ilmu dunia dan akhiratnya tidak pernah padam. Dalam hal ini, di mana jua beliau tahu ada orang tersohor alim – maksudnya lebih berilmu, lebih handal, lebih hebat, lebih bijak dan seumpama-akan dicari kunjung – walaupun sejauh Pulau Jawa, Minangkabau, Jambi, Medan dan tempat-tempat lain juga. Sebab itu kulit badannya agak keras, gigi teguh, mata cerah - hingga ke hari tua pun penglihatannya masih baik, berupaya memasukkan benang ke lubang jarum.

Justeru, tidak hairanlah jika beliau dihormati atau dipandang tinggi laksana seorang gabenor. Tambahan pula kebanyakan pembesar negeri dan tok-tok alim Negeri Kelantan pada zamannya menjadi sahabat beliau belaka. Antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan termasuk Tok Perdana Menteri Paduka Raja, Tok Kenali, Tok Selehong, Haji Umar Sungai Keladi, Haji Daud Kampung Menuang, Pak Cik Musa, Imam Haji Wan Muhammad (Tok Gagah) dan adindanya Mufti Haji Wan Musa, Pak Ngah Haji Musa Parit Cina, Haji Taib Gagah Padang Tengah, Salor, Haji Mamat Gagah Kampung Tok Belian, Haji Mamat Gagah Kampung Pauh (Pasir Mas), Haji Mahmud Gagah Kampung Gaung, Haji Awang Gagah Kampung Teluk Kandis, Tok Said Gagah Bukit Panau dan beberapa orang tokoh yang lain lagi. Beliau bukan sekadar bersahaba, bahkan bergilir berguru sambil bertukar-tukar pengalaman.5

Sebagai menghormati ketokohan putera hebat dari kampung Seberang Pasir Mas, Salor ini, maka Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Bin Sultan Muhammad IV menganugerahi beliau dengan gelaran hulubalang Kelantan. Kadangkala Haji Taib juga disapa dengan panggilan Tok Payung kerana beliau gemar berpayung.

_________________________________________________________

1Dirumikan daripada tulisan Tuan Haji Ismail Bin Che Daud, Pengasuh 585/2004 muka 42-44.

2Lihat biodatanya dalam majalah Pengasuh bilangan 2003/579, muka 35 dan 36.

3Guru perintis di Madrasah (sekolah Arab) Pasir Mas (1918-1924). Apabila Haji Wan Muhammad Zain Bin Haji Wan Ahmad Bin Haji Awang Alim pulang dari Mesir, beliau turut mendampingi qari tersebut – mempelajari seni lagu Al Quran – dan akhirnya terkenal sebagai seorang “tukang lagu” yang masyhur jango’…

4Temu bual dengan cucunya Encik Ahmad Bin Yusof di Seberang Pasir Mas pada pagi Ahad 27 Oktober 1974. Umur pesara sarjan mejar polis ini pada tahun itu ialah 61 tahun.

5Temubual dengan putera bongsunya cikgu Hamzah di rumahnya di Jalan Sekolah Kebangsaan Lundang, Kota Bharu, pada petang Rabu 6 November, 1974. Responden meninggal dunia dalam usia 74 tahun pada malam Selasa 8 Oktober, 1984 dan dikuburkan di tanah perkuburan islam Tok Kenali, Kubang Kerian pada pagi berikutnya.

Di kampungnya beliau mengajar mengikut kaedah syarahan, persis penyampaian kuliah di universiti. Gaya beliau menulis pula ialah dalam keadaan tapak tangan tidak rapat ke bawah – tergantung seperti tukang sembelih memegang golok sembelihannya.

Antara murid-muridnya yang ternama termasuk Tuan Guru Pak Nik Awang “Tanduk Dogol” (Tebing Serah, Salor) Haji Ali Saleh (Imam Salor) dan Tok Chik Leh Pendekar Bin Ismail (Aur Duri).

Keluarga Haji Taib mempunyai kelebihan yang tersendiri apabila ramai daripada kalangan mereka muncul menjadi tokoh dalam berbagai-bagai bidang.

Puteri sulungnya, Hajah Khadijah berkahwin dengan Tuan Guru Haji Ibrahim Bin Haji Isa. Pasangan ini ialah ibu dan bapa kepada Haji Abdul-Rasyid Tukang Petisyen.1

Putera keduanya, Haji Zakaria ialah ayahanda kepada Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria (mantan kedua Ketua Audit Negara) dan datuk kepada sasterawan Muhammad Afandi Hasan dan adindanya Dr. Khalid Hasan yang terkenal itu.

Putera ketiganya, Abdul Halim ialah ayahanda kepada Dato’ Haji Wan Hasan (mantan Pengarah Perhutanan Johor)

Putera keempatnya ialah Haji Abdullah ayahanda kepada Muhammad Fakhruddin (ahli Parlimen Pasir Mas Hilir, 1964)

Tuan Guru Haji Taib meninggal dunia pada jam tiga petang Selasa 7 Safar 1366 bersamaan 31 Disember 1946 dalam usia tiga suku abad.

____________________________________

1Temubual di Pasir Mas pada pagi Ahad 11 Mei 1975. Abang Ipar kepada Ustaz Haji Wan Ismail Al Fatoni ini kembali ke rahmatu Allah semasa berusia 85 tahun pada 28 September 1992.

Peta Negeri Kelantan

Saya Noran Abdullah > Piut atau Piat kepada TOK AYAH HAJI TAIB

view all 18

Haji Taib Abdul Rahman's Timeline

1887
1887
1946
December 31, 1946
Kota Bharu, Seberang Pasir Mas, Salor, Kelantan, Malaysia
December 31, 1946
Seberang Pasir Mas, Salor, Perkuburan Tok Leta, Kelantan, Malaysia
????
December 31
Kota Bharu, Sberang Pasir Mas, Salor, Kelantan, Malaysia
????
????
????
????
????
????