Hajjah Che Safiah binti Abdullah

Kuala Terengganu, terengganu darul iman, Terengganu, Malaysia

Is your surname binti Abdullah?

Research the binti Abdullah family

Hajjah Che Safiah binti Abdullah's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Hajjah Che Safiah binti Abdullah

CATATAN RIWAYAT HIDUP CHE SAFIAH BINTI ABDULLAH - 25HB JUN 1962

(1) Pada tahun 1905, beliau telah dipelihara oleh Sultan Ahmad Pahang dan isterinya Che Zubaidah. Pada tahun 1917, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan suami Che Ali Pilot.

(2) Pada tahun 1918, beliau telah berpindah dari Kuala Terengganu ke Kuala Kemaman, kemudian dalam tahun itu juga beliau telah mengajar dengan secara sukarela kepada orang-orang kampung berkenaan dengan urusan rumahtangga.

(3) Pada tahun 1919, beliau mula menjalankan perusahaan membuat kain, pada tahun 1920, beliau telah menjalankan pekerjaan berniaga. Pada tahun 1921, beliau telah membuat sebuah motor/kapal/feri diberi nama "Motor Nagara" untuk berulang-alik dari Terengganu ke negeri Siam. Pada tahun 1925, beliau telah membuat Sekolah Rakyat di Kuala Kemaman dan beliau meminta Kerajaan mengadakan guru-gurunya.

(4) Pada tahun 1926, beliau bersama suami telah membina/membangun sebuah masjid di Kuala Kemaman, selepas itu beliau mengadakan semangat bergotong-royong dan membaiki segala jalan-jalan, dan mengadakan telaga-telaga, wakaf-wakaf dan juga tanah kubur.

(5) Pada tahun 1937, beliau dan suami telah membuka tanah bijih di Ulu Dungun. Pada masa itu beliau dan suami menjaga tempat itu sendiri, lepas itu peperangan Jepun berlaku, maka bagi pihak Kerajaan Jepun telah merampas motor/kapal/feri beliau dan dibom oleh pihak tentera British. Setelah itu, beliau pulang ke Terengganu di mana ketika itu Kerajaan British telah mula memerintah.

(6) Selepas itu, beliau dilantik oleh Kerajaan menjadi pelawat kebajikan yang teragong. Kemudian, pada tahun 1947, beliau telah dilantik oleh kerajaan menjadi hakim budak-budak nakal. Pada tahun 1948, beliau telah menjadi Ketua Kaum Ibu UMNO Kuala Terengganu. Pada tahun 1959, beliau telah menjadi Ahli Mesyuarat Bandaran sehingga tahun 1962.

(7) Selepas itu, beliau telah menerima bintang A.M.N, daripada Yang Di-pertuan Agong dan sehingga itu beliau telah menjadi Ahli Jemaah Pengurus Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan juga menjadi Ketua Kaum Ibu, Bahagian Negeri.

(8) Sekianlah serba sedikit yang telah dicatit beliau sendiri. Terima kasih.

[sumber asli dari fail peribadi catitan Che Safiah binti Abdullah, JP, AMN] [suntingan - Alyessa Mariani]