Abdul Hamid Ahmad Melaka (Mohd Nor)

public profile

Is your surname Ahmad Melaka (Mohd Nor)?

Research the Ahmad Melaka (Mohd Nor) family

Abdul Hamid Ahmad Melaka (Mohd Nor)'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!
view all 39

Immediate Family

About Abdul Hamid Ahmad Melaka (Mohd Nor)

Blog Orang Rao on HJ. ABD. HAMID AHMAD MELAKA AR-RAWI: Guru Agama dan Pengarang Kitab Kuning

Oleh Mohamad Fauzi Abdul Hamid

Hj. Abd. Hamid dilahirkan di Selama, Perak pada 1 Mac 1888. Ayahanda beliau bernama Ahmad Melaka Ar-Rawi. Allahyarham adalah cucu Dato' Kaya Andaman yang pernah memerintah daerah Sungai Renyah, Rao, Sumatera Barat.

Nindanya itu tergolong dalam keturunan “Maharaja Lela yang memancung tiada bertanya dan tiada terlarang daripada memakai pakaian kuning kebesaran Raja-raja Melayu.”

Pendidikan Hj Abd Hamid setakat sekolah Melayu di Telok Anson (kini Teluk Intan) dan Batu Gajah. Di Telok Anson beliau belajar bersama Raja Abdul Aziz iaitu putera Raja Musa yang pernah menjadi Raja Muda Perak. Setelah tamat sekolah Melayu, beliau dilantik sebagai guru dan pernah mengajar di sekitar antara tahun 1902-1911 dl beberapa buah sekolah termasuk sekolah Melayu Ipoh, Batu Gajah, Pusing, Kuala Dipang dan Tapah Road. Sepanjang kerjaya sebagai pendidik, beliau juga pernah menjadi Guru Besar di sekolah Melayu Batu Gajah dan Telok Anson.

Semasa bertugas di Batu Gajah, beliau menyambung belajar ilmu Islam dan tatabahasa daripada Haji Muhammad b.Hj. Abd.Rahman iaitu Kadi Batu Gajah ketika itu. Pada bulan September 1911 beliau berhenti sebagai guru sekolah kerana menumpu perhatian terhadap pengajaran ilmu agama dengan menjadi guru al-Quran dan agama.

Hj Abd Hamid memulakan kerjaya sebagai guru agama di Madrasah Alsiniah, Tanjung Madat, Madrasah Al-Nuriyah dan Jone Landor Estate, di Chenderiang, Perak atas permintaan Pengurus Estate tersebut bagi mengajar pekerja-pekerja ladang. Selain itu beliau juga mengajar di beberapa buah masjid sekitar.

Pada tahun 1917 beliau telah dilantik sebagai Guru Pelawat Quran Negeri Perak dan pernah bertugas di Batu Gajah, Taiping dan Kuala Kangsar. Atas kecemerlangannya menjalankan tugas, beliau telah mendapat wang kurnia daripada Sultan Perak iaitu Sultan Iskandar Shah. Beliau telah menggunakan wang kurnia untuk menunaikan fadu haji di Makkah.

Sekembali dari tanah suci iaitu pada tahun 1927 beliau telah dilantik sebagai Kadi di Selama, Perak.Tahun Tetapi pada tahun 1930 beliau telah berhenti menjadi Kadi atas sebab peribadi. Selama empat tahun sebagai Kadi di Selama. banyak madrasah telah didirikan dan ramai orang telah berguru dengannya.

Allahyarham bukan hanya dikenali sebagai guru agama di negeri Perak tetapi melebar hingga negeri-negeri lain termasuklah di Betawi, Bandung, Surabaya, Jeddah, Makkah, Taif, Mausan dan beberapa tempat lagi.

Di samping berdakwah dan mengajar agama, Hj Abdul Hamid banyak mengarang kitab yang pada zaman dahulu dikenali sebagai kitab kuning. Antara karya beliau yang dapat dikesan sebanyak lapan tajuk iaitu Kitab Shamsul Mudaras (ilmu tajwid), Kitab Tahmid Al-Musalli, Kamus Al-Hamidiah, Farhatul Al-Mariah ( ilmu Tajwid), .Alhamdu Harfi Al-Fatihah (tafsir surah Al-Fatihah), Majmuk Al-Mani, Shamsul Almukatibi (ilmu Tajwid) dan .Al-Hidayah (ilmu Tauhid). Buku-buku ini tersimpan selamat di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rujukan dan kajian.

Sesungguhnya Hj Abdul Hamid adalah seorang insan yang disegani dalam kalangan masyarakat dan istana Perak kerana ketinggian ilmu agama serta sikap rendah diri serta tawaduknya terhadap Allah SWT. Namun sebelum Negara mencapai kemerdekaan, beliau telah berpulang ke sisi Allah Azawajalla di Batu Gajah, Perak iaitu pada 5 Jun 1957 setelah beberapa tahun menderita kerana sakit tua.