Hj Lope Ahmad Sipin

Is your surname Sipin?

Connect to 64 Sipin profiles on Geni

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Hj Lope Ahmad Sipin

Also Known As: ""Kulub Lamat""
Birthdate:
Birthplace: Kampung Buaia, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak, 33700, Malaysia
Death: March 24, 1993 (72-73)
Lot 127, Kampung Buaia, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak, 33700, Malaysia (Old Age)
Place of Burial: Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak, 33700, Malaysia
Immediate Family:

Biological son of Sipin @ Ariffin Ismail, (Suami Pertama Fatimah) and Fatimah Alang Mat Hassan, (4)
Adopted son of Yeop Mat Asin Kulop Alip and Uteh Kulop Mat Piah, (4)
Husband of Hjh Fatimah Hj Bahaudin
Father of Hjh Faizah Hj Lope Ahmad; Hj Ahmad Fuad Hj Lope Ahmad; Private; Hj Suhaimi Hj Lope Ahmad; Private and 5 others
Brother of Ngah Ariffin Sipin; Hjh Ensah Sipin; Osman Sipin; Omar Sipin and Zaimah Abdullah, (Adopted - Chinese)
Half brother of Mohamad Isa Sipin; Abdullah Sipin and Private

Managed by: Private User
Last Updated:

About Hj Lope Ahmad Sipin

Kulop Lamat @ Lope Ahmad Sipin @ Ariffin

Kulop Lamat @ Lope Ahmad dilahirkan di Kg Buaia Pdg Rengas pada tahun 1920. Ibunya Fatemah Alang Mat Hassan lahir pada tahun 1907 & bapanya Sipin @ Ariffin Ismail tarikh lahir tidak diketahui.

Semenjak kecil Kulop Lamat @ Lope Ahmad telah dibela oleh Yeop Mat Asin Kulop Alip sepupu Alang Mat Hassan Alang Gendek bapa kpd Fatemah Alang Mat Hassan.

Yeop Mat Asin adalah pangkat bapa sdra Fatemah Alang Mat Hassan ibu kpd Kulop Lamat @ Lope Ahmad.

Kulop Lamat @ Lope Ahmad adalah anak manja kpd Yeop Mat Asin yg pada ketika seorang guru besar di Sekolah Rendah Perempuan Pdg Rengas. Setiap kali Kulop Lamat @ Lope Ahmad meragam susah hendak tidor Yeop Mat Asin akan mencapai engkol atau 'hand crank starter' utk menghidupkan injin kereta & membawa Kulop Lamat @ Lope Ahmad keluar sehingga Kulop Lamat @ Lope Ahmad terlena dlm kereta.

Pada usia remaja Kulop Lamat @ Lope Ahmad tidak dibenarkan oleh nenek angkatnya iaitu Hjh Selamah Kulup Salleh utk menyambung pelajaran di sekolah inggeris iaitu di 'Clifford School' Kuala Kangsar tp sebaliknya dihantar ke sekolah pondok kerana Hjh Selamah Kulup Salleh takut cucu kesayangannya terpengaruh dgn dakyah keristian.

Nama asal Kulop Lamat kemudian telah ditukar kpd Lope Ahmad oleh Hjh Selamah Kulub Salleh kerana mengikut katanya nama Kulop Lamat nampak sedikit kekampungan lantas proses penukaran nama dlm surat kelahiran telah dibuat.

Selain Lope Ahmad Yeop Mat Asin & Uteh Kulob Mat Piah juga membela seorang lagi anak angkat perempuan berketurunan cina yg diberi nama Zaimah Abdullah.

Pada ketika itu Yeop Mat Asin Kulop Alip bersama isterinya Uteh Kulop Mat Piah tinggal bersama ibu Yeop Mat Asin iaitu Hjh Selamah Kulup Salleh.

Setelah ketiadaan Yeop Mat Asin Uteh Kulop Mat Piah telah berkahwin dgn Hj Muhammad Yunus & telah berpindah ke Kg Paya Panjang Pdg Rengas.

Rumah peninggalan Kulop Alip & Hjh Selamah yg telah dibaikpulih oleh Yeop Mat Asin telah diwariskan kpd Lope Ahmad.

Setelah ketiadaan orang2 tua angkatnya Lope Ahmad telah tinggal di rumah tersebut bersama ibunya Fatemah Alang Mat Hassan & adik2nya Ngah Ariffin, Ensah, Osman & Omar.

Bagi Fatemah Alang Hassan ibu Lope Ahmad selepas berpisah dgn suaminya Sipin @ Ariffin Ismail telah berkahwin dgn Tahir Pandak Mahmud yang berasal dari Kg Lalang & mendapat seorang anak yg diberi nama Abu Bakar Tahir.

Sipin @ Ariffin Ismail bekas suami Fatemah Alang Mat Hassan juga telah berkahwin lain dgn Zainab Hussin & menetap di Kg Langkor / Tanah Merah Lubok Merbau Kuala Kangsar. Hasil perkahwinan dgn Zainah Hussin Sipin @ Ariffin memperolehi dua orang anak lelaki masing2 dinamakan Abdullah & Isa tp kedua2 anaknya meninggal sewaktu kecil.

Berbalik kpd Lope Ahmad oleh kerana beliau terlalu menyayangi nenek angkatnya Hjh Selamah Kulup Salleh beliau telah menyimpan semua barang2 peninggalan nenek angkatnya terdiri dpd barangan pinggan mangkuk tembikar, labu kaca, barangan tembaga, tanduk rusa, tempayan besar hatta terdapat juga pakaian baju kebaya labuh Hjh Selamah Kulup Salleh sebagai kenangan.

Sehingga kini masih tersimpan satu dua peninggalan Kulop Alip & Hjh Selamah iaitu mana2 barangan yg tidak rosak dipamirkan di No. 122 Lorong 4 Kg Baru Kemunting 34600 Taiping serta koleksi duit siling Kulop Lamat @ Lope Ahmad sendiri.

Lope Ahmad juga pada ketika itu ada menyimpan koleksi motosikal jenis cub, motosikal yg 'rare' spt motosikal kayuh, vespa termasuk sebuah motosikal lama 'Royal Enfield'.

Susur galur Lope Ahmad Sipin @ Ariffin

Carta keluarga Lope Ahmad hanya dapat dikesan bermula dgn Alang Khoja Hassan.

Alang Khoja Hassan bersama dgn isteri pertama telah dianugerahi dua orang anak lelaki iaitu:

Kulop Alip
Kulop Angka

Kulop Alip & Hjh Selamah Kulup Salleh hanya memperolehi seorang anak lelaki iaitu Yeop Mat Asin.

Yeop Mat Asin & isteri Uteh Mat Piah juga tidak mempunyai zuriat sementara waris Kulop Angka tidak dapat dikesan.

Dengan isteri kedua setelah kematian isteri pertama Alang Khoja Hassan telah dianugerahi dgn dua orang anak lelaki iaitu:

Alang Gendek
Kulop Abdul Samad

Waris Alang Gendek Alang Khoja Hassan adalah satu2nya keturunan Alang Khoja Hassan yg masih ada sehingga kini:

Kulop Mat Isa menetap di Kg Ketior
Alang Abdul Raffar menetap di Kg Buaia
Alang Mat Hassan menetap di Kg Buaia
Anjang Othman menetap di Kg Ketior

Pembukaan Kg Buaia Pdg Rengas

Kulop Alip Alang Khoja Hassan & Kulop Angka Alang Khoja Hassan dgn bantuan anak2 sdra mereka iaitu Alang Abdul Raffar Alang Gendek & Alang Mat Hassan Alang Gendek adalah diantara mereka yg terawal meneroka Kg Kubang Buaya pada ketika itu yg kemudiannya ditukar kpd Kg Buaia. Rumah Kulop Alip Alang Khoja Hassan adalah rumah pertama yg didirikan di Kg Kubang Buaya (nama Kg Buaia pada ketika itu) dgn tiang dpd kayu hutan yg ditarah, atap rumbia, dinding anyaman dpd buloh serta berlantai buloh.

Bagi memenuhi keperluan umat Islam di Kg Kubang Buaya pada ketika itu sebuah masjid telah didirikan di tanah bersebelahan rumah Kulop Alip Alang Khoja Hassan & isterinya Hjh Selamah Kulup Salleh yg telah diwakafkan oleh Tok Lambok @ Toh Maharaja Indera Ahmad Shukri Alang Abdul Karim (circa 1875) yg kemudiannya masjid tersebut dinamakan Masjid As~Syukriah.

Oleh kerana pasangan Yeop Mat Asin @ Cikgu Mat Yasin Bin Kulop Alip dan Uteh tidak memperolehi zuriat maka Hjh Selamat Bt Kulup Salleh, ibu kepada Yeop Mat Asin Bin Kulop Alip telah mengambil Kulub Lamat @ Lope Ahmad Bin Sipin anak kepada pasangan Sipin Bin Ismail dan Fatemah Bt Alang Mat Hassan dijadikan anak angkat mereka.

Sebidang tanah di Lot 127, Kampung Buaia, Padang Rengas, Mukim Kampung Buaia, Perak (Geran asal dikeluarkan pada tahun 1895) yang didaftarkan atas nama Yeop Mat Asin Bin Kulop Alip bertarikh pada tahun 1924.

Tanah ini kemudiannya telah dipindah milik daripada Yeop Mat Asin Bin Kulop Alip kepada tiga (3) bahagian atas nama Hjh Selamah Bt Kulup Salleh sebanyak empat per dua belas (4/12), Fatimah Siah Bt Hj Mohamad Amin sebanyak tiga per dua belas (3/12) dan Hj Bahaudin Bin Kulob Angka sebanyak lima per dua belas (5/12) yang dibuat pada bulan Mac 1935.

Pada bulan Jun 1935 berlaku pertukaran hak milik kepunyaan Fatimah Siah Bt Hj Mohamad Amin sebanyak tiga per dua belas (3/12) dan hak milik Hj Bahaudin Bin Kulob Angka sebanyak lima per dua belas (5/12) kepada Hjh Selamah Bt Kulup Salleh sepenuhnya.

Pada 27 Jun 1936, Hjh Selamah Bt Kulup Salleh telah menukar nama daripada hak milik Hjh Selamat Bt Kulup Salleh kepada nama Hj Selamah Bt Kulup Salleh kepada nama Hj Selamah Bt Kulup Salleh sebagai trustee kepada Kulop Lamat Bin Sipin.

Kemudian pada 17 September tukar hak milik daripada Hjh Selamah Bt Kulup Salleh sebagai trustee kepada Kulop Lamat Bin Sipin.

Pada 21 Febuari 1966 tukar nama daripada Kulop Lamat Bin Sipin kepada Abu Seman Bin Darus.

Pada 17 Julai tukar nama daripada Abu Seman Bin Darus kepada Habibah Bt Lope Ahmad.

view all 14

Hj Lope Ahmad Sipin's Timeline

1920
1920
Kampung Buaia, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak, 33700, Malaysia
1944
1944
1947
June 18, 1947
Lot 127, Kampung Buaia, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak, 33700, Malaysia
1963
May 18, 1963
Lot 127, Kampung Buaia, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak, 33700, Malaysia
1993
March 24, 1993
Age 73
Lot 127, Kampung Buaia, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak, 33700, Malaysia