Muhammad

public profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Muhammad

Birthdate:
Death:
Immediate Family:

Son of Orang Kaya Besar Kasim @ Pg Anak Kasim ibni Sultan Saiful Rizal and Dayang Hitam @ Bu Pasaira
Husband of Norainda
Father of Jaimah; Bidin and Lamuddin
Brother of Pg Temenggong Rajid ibni Orang Kaya Besar Pg Anak Kasim; Tamit; Isa; Nuri; Lampan and 1 other
Half brother of Private

Managed by: Izwan
Last Updated:
view all 13

Immediate Family

About Muhammad

Muhammad adalah anak kepada Orang Kaya Besar Kasim dengan pasangannya Dyg Hitam. Beliau merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Saiful Rijal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] yang memputerakan Orang Kaya Kasim @ Pg Anak Kasim dan beranakkan Muhammad. Diceritakan, pada masa Sultan Saiful Rijal berangkat pindah ke Ulu Meragang (Perang Kastila, 1578), kemudian ke Jerudong dan beristana di Pulau Raja, baginda dikatakan telah bergundikkan Dayang Arfah, perempuan di kampung itu dan berputerakan Pg Anak Kasim yang termasyhur dengan sebutan 'Orang Kaya Besar Kasim'. Setelah Sepanyol diusir dari bumi Brunei oleh Pg Bendahara Sakam dan askar-askarnya, barulah Sultan Saiful Rijal berangkat balik ke Bandar Brunei, tetapi gundik dan putera baginda itu tidak ikut bersama, mereka tinggal di Jerudong dan menetap di sana sehingga melahirkan waris-waris mereka di sana. Diceritakan mereka tinggal di kampung ini untuk mengetahui adat-adat orang darat. Menurut tradisi lisan pula, sebahagian daripada Kedayan Jerudong dan Kedayan Subok itu adalah berasal daripada putera Sultan Saiful Rijal ini. Semasa hayatnya, Muhammad berkahwin dengan Norainda yang berketurunan kedayan yang tinggal berhampiran dengan taman permainan Jerudong Park Playground. Hasil perkahwinan Muhammad dan Norainda, lahirlah tiga orang anak mereka yang bernama Jaimah, Bidin dan Lamuddin.

والله أعلمُ