Nik Muhammad Adeeb Nik Mohamed

Is your surname Nik Mohamed?

Connect to 23 Nik Mohamed profiles on Geni

Nik Muhammad Adeeb Nik Mohamed's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Nik Muhammad Adeeb Nik Mohamed

Birthdate:
Birthplace: Kg Balik Hilir, Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Death: April 04, 1964 (52-53)
Place of Burial: Kg Banggol, Banggol, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Immediate Family:

Son of Nik Muhammad @ Tok Api bin Syeikh Wan Daud Khatib al-Fathani and Nik Fatimah Bt Nik Wan Ismail Qadhi
Husband of Private and Private
Father of Private; Private; Private; Private; Private and 1 other

Occupation: Ulamak PAS, cendiakawan yang Hafiz, guru Maahad Tahfiz Jalan Merbau KB, khatib Masjid Muhammadi KB, Kadi Besar Kelantan
Managed by: Nik Abdull Rahman Nik Abdullah
Last Updated:
view all

Immediate Family

About Nik Muhammad Adeeb Nik Mohamed

TUAN Kadi Nik Muhammad Adeeb Nik Mohamed, seorang tokoh cendekiawan Melayu Kelantan yang terbilang sebelum Perang Dunia Kedua yang kemudiannya menjadi tokoh penting PAS Kelantan.

Kadi Nik Mohd Adeeb adalah anak kepada Khatib Haji Nik Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tok Nik Mat Api, manakala ibunya ialah Nik Fatimah Ismail, adik kepada Dato� Perdana Menteri Paduka Raja, Dato� Nik Mahmud Ismail. Datuk sebelah bapanya, Sheikh Daud Khatib bin Ismail al-Fathani ialah seorang ulama yang masyhur di Makkah dan Kelantan.

Haji Nik Mohd Adeeb dilahirkan pada 1911 di Kampung Balik Hilir, Kubang Pasu, Kota Bharu. Selepas tamat Sekolah Melayu, Sekolah Majlis dan Masjid Muhammadi di Kota Bharu, beliau dihantar untuk mendalami ilmu agama di Makkah pada 1920 selama tujuh tahun.

Pada 1927 beliau bertolak ke Mesir dan memasuki American University, Kaherah. Di sinilah beliau menguasai bahasa Inggeris dan ilmu-ilmu moden selepas sekian lama menggali ilmu agama di Kota Bharu dan Makkah. Beliau adalah seorang ulama yang hafiz. Beliau dikatakan ulama Kelantan pertama mempunyai dua aliran pendidikan � agama dan moden.

Selepas pulang ke Kelantan pada 1937, Nik Mohd Adeeb terlibat secara aktif dalam kegiatan masyarakat, khususnya dalam menggerakkan aktiviti belia. Pada Ogos 1937, beliau dilantik sebagai Khatib Masjid Muhammadi membantu ayahnya, Khatib Nik Mat Api. Awal 1938, dilantik pula sebagai Kadi Percubaan Kota Bharu sebelum dinaikkan pangkat sebagai Kadi Pelawat dari Januari 1940 hingga Ogos 1941.

Serentak dengan itu juga, beliau diangkat sebagai Ahli Dewan Ulamak MAIK pada 1940, diikuti oleh jawatan Pemangku Kadi Besar Kelantan pada 1 September 1941. Pada Januari 1943, beliau dilantik sebagai Kadi Besar Kelantan. Beliau melepaskan jawatan Kadi Besar pada 18 Julai 1957 kerana berselisih pendapat dengan Mufti Kelantan.

Selain menjadi Khatib Masjid Muhammadi semenjak 1937, beliau turut menjadi guru hadis, al-Quran, ilmu jiwa (psikologi), mantik moden dan melatih bakal hafiz di masjid tersebut semenjak 1945. Pada 1 Mac 1945, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pelajaran Majlis sehingga April 1946, kemudian sebagai Ahli Jawatankuasa Penyiasat Sekolah-sekolah Arab Majlis pada Ogos 1949.

Di atas cadangan dan usaha beliaulah Madrasah Taqaddum Ilmi, Ketereh ditubuhkan pada 1946. Di samping itu, beliau turut mengajar agama di Jamik Merbau Ismaili, Kem Tentera dan Penjara Kota Bharu. Dalam masa yang sama beliau aktif menulis di majalah seperti Qalam dan menghasilkan tafsir al-Quran Juzuk Amma, Rahsia Menghadap Tuhan.

Nik Mohd Adeeb berada di Mesir ketika gerakan menentang penjajah sedang hebat berlaku dan beliau berada di sana ketika pembunuhan pemimpin Mesir, Saad Zaghlul Pasha pada 23 Ogos 1927. Ketika berada di Kelantan, beliau cuba menggerakkan kesedaran kemerdekaan di kalangan belia, khususnya lepasan Madrasah Muhammadi. Beliau memberi penekanan tentang kepentingan ilmu dan menggalakkan mereka belajar di luar negeri. Beliau memanfaatkan pengaruhnya sebagai Kadi Besar untuk melatih pengikutnya berdakwah, berpidato dan memungut derma pelajaran. Hasilnya, pada 1947 ditubuhkan Pemuda Asuhan Bekerjasama (PAB) dengan Haji Nik Mohd Adeeb sebagai pemimpin utamanya.

Kerana semangat kemerdekaan ini, Haji Nik Mohd Adeeb telah menyertai Persatuan Melayu Kelantan (PMK) pada 1945 dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa persatuan ini. PMK adalah antara pertubuhan Melayu yang penting selepas Perang Dunia Kedua, khususnya di Kelantan dalam memperjuangkan bantahan terhadap Malayan Union. Menerusi PAB, Haji Nik Mohd Adeeb telah mewujudkan slogan "Merdeka Dengan Aliran Ilmu Pengetahuan" bagi menggalakkan para belia belajar sebagai jalan mencari kemerdekaan negara.

Beliau menjadi begitu berpengaruh di kalangan golongan muda di Kelantan kerana bukan sahaja seorang cendekiawan yang hafiz al-Quran, tetapi juga mempunyai sifat-sifat sebagai pemimpin yang dihormati. Beliau dikatakan seorang yang dermawan, berfikiran tajam, berupaya membangkitkan semangat, optimis dan mudah mesra.

Ada di kalangan pengikutnya menganggap Haji Nik Mohd Adeeb "adalah guru kami, pemimpin kami, bapa kami dan abang kami serentak dalam satu waktu..." Walau bagaimanapun, Haji Nik Mohd Adeeb sering berselisih pandangan dengan ulama-ulama tua kerana beliau dikatakan mendukung pemikiran baru dan ia menjadi sebab perletakan jawatan beliau sebagai Kadi Besar Kelantan.

Apabila PAS mula berkembang di Kelantan pada 1953, ia telah mendapat perhatian Haji Nik Mohd Adeeb di mana beliau mula menganggotai PAS pada 1954. Walau bagaimanapun, kerana kedudukan beliau sebagai Kadi Besar Kelantan, ia telah menghalang beliau untuk aktif dan memegang jawatan dalam parti yang baru disertainya itu.

Beliau ialah antara ulama Kelantan yang terawal menyertai PAS kerana selepas Tuan Guru Haji Abdullah Tahir menyertai PAS pada awal 1955 ramailah ulamak Kelantan menyertai PAS. Haji Nik Mohd Adeeb lebih dahulu menyertai PAS kerana rakan-rakannya di Jamik Merbau seperti Ustaz Wan Sulaiman, Ustaz Adam Kamil dan Cikgu Daud Salleh, di samping Pegawai Agama MAIK, Ustaz Ishak Lotfi telah menjadi pengasas PAS Kota Bharu.

Selepas meletakkan jawatan sebagai Kadi Besar Kelantan pada Julai 1957, beliau mulai terlibat dalam organisasi PAS di Kota Bharu. Selepas mencapai kemerdekaan, pilihan raya umum pertama telah diadakan di Persekutuan Tanah Melayu pada 1959.

Haji Nik Mohd Adeeb sebagai seorang tokoh agama dan cendekiawan yang terkenal di Kelantan telah dicalonkan untuk bertanding di DUN Bandar Hilir. Walau bagaimanapun, Haji Nik Mohd Adeeb telah tewas di tangan calon Perikatan, Wee Khoon Hock dengan majoriti 1,282 undi. Ekoran kekalahan ini, PAS Kelantan kemudian menamakan Haji Nik Mohd Adeeb sebagai Ahli Dewan Negara mewakili DUN Kelantan mulai 1959.

Di samping berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara, Senator Haji Nik Mohd Adeeb juga memegang beberapa jawatan dalam PAS Kelantan. Antara sumbangan besar beliau ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Bangunan PAS Kelantan (1960-1964) yang bertanggungjawab merancang dan membina Bangunan PAS Kelantan yang ada hari ini.

Walau bagaimanapun, 11 hari sebelum Pilihan raya Umum Kedua berlangsung, Senator Haji Nik Mohd Adeeb telah meninggal dunia iaitu pada 4 April 1964 dalam usia 46 tahun. Beliau meninggalkan tiga isteri dan enam anak antaranya Prof Dr Nik Nafisah, bekas Ketua Jabatan Obstetrik dan Gainekologi, UKM.

Sumber: http://ulamak.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=...

view all 11

Nik Muhammad Adeeb Nik Mohamed's Timeline

1911
1911
Kg Balik Hilir, Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
1964
April 4, 1964
Age 53