Pehin Bendahari Awg Israil @ Serail bin Pehin Bendahari Awg Mohd Daud

public profile

Is your surname Pehin Bendahari Awg Mohd Daud?

Research the Pehin Bendahari Awg Mohd Daud family

Pehin Bendahari Awg Israil @ Serail bin Pehin Bendahari Awg Mohd Daud's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Pehin Bendahari Awg Israil @ Serail bin Pehin Bendahari Awg Mohd Daud

Birthdate:
Death:
Immediate Family:

Son of Pehin Bendahari Awg Mohd Daud bin Manteri Husain and Wife Pehin Bendahari Md Daud
Husband of Wife Pehin Bendahari Israil
Father of Haji Awang Kamaluddin Pehin Bendahari Awang Israel; Bendahari Julak Bendahari Israel and Hj Husein
Brother of Awang Muhammad Jair bin Pehin Bendahari Awang Muhammad Daud

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pehin Bendahari Awg Israil @ Serail bin Pehin Bendahari Awg Mohd Daud

Awg Israil adalah anak kepada Pehin Bendahari Awg Muhammad Daud. Beliau mempunyai waris keturunan kebangsawanan (keturunan Raja) melalui Dato Godam yang berasal dari Minangkabau berhijrah ke Brunei yang beranakkan Manteri Puteh yang beranakkan Manteri Husain yang beranakkan Pehin Bendahari Awg Muhammad Daud dan beranakkan Awg Israil. Di segi susunan atau hirarki, Awg Israil adalah generasi ke-5 (piut) kepada Dato Godam. Semasa hayatnya beliau dianugerahkan gelaran Pehin-Pehin Manteri, iaitu Manteri Istana yang membawa gelaran Pehin Bendahari. Pernah diriwayatkan, pada masa Raja Isteri Noralam binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam menjadi penasihat putera baginda Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin yang masih kecil, Raja Isteri Noralam telah melantik Pehin Jawatan Dalam Awang Abdul manaf menjadi penasihat. Lantikan ini adalah terbit daripada keprihatinan Raja Isteri Noralam sendiri, kerana baginda sendiri terasa bahawa kedudukan takhta putera baginda Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin yang masih kecil itu sedang menghadapi masalah, lebih-lebih lagi adinda baginda Pg Muda Muhammad 'Alam (kemudian menjadi Sultan Muhammad 'Alam) itu mempunyai pengaruh dalam pemerintahan ayahanda baginda Sultan Muhammad Kanzul 'Alam.

Disebutkan lagi, pemilihan Pehin Jawatan Dalam Awg Abd Manaf menjadi penasihat Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin ini, dibuat oleh Raja Isteri Noralam adalah berpandukan kepada bahawa keluarga Pehin Jawatan Dalam Awg Abd Munaf itu terdiri daripada orang berpengetahuan dan bijak dalam pentadbiran, kuat dan gagah berani, malah ketaatsetiaannya terhadap raja dan tanah air bulat tanpa diragukan. Antara mereka itu ialah Awg Abd Ghafor bin Awg Abd Kahar bin Manteri Husain, Pehin Bendahari Awg Serail bin Pehin Bendahari Awg Muhammad Daud, Penglima Awg Othman bin Awg Aliakbar bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Nara Pg Seri Ahmad, Awg Leman bin Awg Israel bin Pehin Udana Lela bin Manteri Abdul Harith, dan lain-lain. Dengan kata lain, lantikan Pehin Jawatan Dalam Awg Abdul Munaf itu selaku penasihat Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin, adalah untuk mengimbangi keadaan dan kedudukan politik dalam kalangan keluarga Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin waktu itu.

والله أعلمُ