Pehin Jawatan Dalam Awang Abdi Manaf Awang Yussof

public profile

Is your surname Awang Yussof?

Research the Awang Yussof family

Pehin Jawatan Dalam Awang Abdi Manaf Awang Yussof's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

About Pehin Jawatan Dalam Awang Abdi Manaf Awang Yussof

Awg Abdul Manaf adalah anak kepada Awg Muhammad Yusof dengan pasangannya Dyg Khatijah. Beliau mempunyai waris keturunan kebangsawanan (keturunan Raja) melalui Dato Godam yang berasal dari Minangkabau berhijrah ke Brunei yang beranakkan Manteri Puteh yang beranakkan Manteri Abd Harith yang beranakkan Pehin Orang Kaya Digadong Awg Badarudin yang beranakkan Awg Mohd Yusof dan beranakkan Awg Abd Manaf. Di segi susunan atau hirarki, Awg Abd Manaf adalah generasi ke-6 kepada Dato Godam. Semasa hayatnya beliau dianugerahkan gelaran Pehin-Pehin Manteri, iaitu Manteri Empat yang membawa gelaran Pehin Jawatan Dalam. Pernah diriwayatkan, pada masa Raja Isteri Noralam binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam menjadi penasihat putera baginda Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin yang masih kecil, Raja Isteri Noralam telah melantik Pehin Jawatan Dalam Awang Abdul manaf menjadi penasihat. Lantikan ini adalah terbit daripada keprihatinan Raja Isteri Noralam sendiri, kerana baginda sendiri terasa bahawa kedudukan takhta putera baginda Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin yang masih kecil itu sedang menghadapi masalah, lebih-lebih lagi adinda baginda Pg Muda Muhammad 'Alam (kemudian menjadi Sultan Muhammad 'Alam) itu mempunyai pengaruh dalam pemerintahan ayahanda baginda Sultan Muhammad Kanzul 'Alam.

Pemilihan Pehin Jawatan Dalam Awg Abd Manaf menjadi penasihat Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin ini, dibuat oleh Raja Isteri Noralam adalah berpandukan kepada bahawa keluarga Pehin Jawatan Dalam Awg Abd Munaf itu terdiri daripada orang berpengetahuan dan bijak dalam pentadbiran, kuat dan gagah berani, malah ketaatsetiaannya terhadap raja dan tanah air bulat tanpa diragukan. Antara mereka itu ialah Awg Abd Ghafor bin Awg Abd Kahar bin Manteri Husain, Pehin Bendahari Awg Serail bin Pehin Bendahari Awg Muhammad Daud, Penglima Awg Othman bin Awg Aliakbar bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Nara Pg Seri Ahmad, Awg Leman bin Awg Israel bin Pehin Udana Lela bin Manteri Abdul Harith, dan lain-lain. Dengan kata lain, lantikan Pehin Jawatan Dalam Awg Abdul Munaf itu selaku penasihat Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin, adalah untuk mengimbangi keadaan dan kedudukan politik dalam kalangan keluarga Pg Muda Omar 'Ali Saifuddin waktu itu.

والله أعلمُ