Pehin Orang Kaya Digadong Awang Aminuddin Awg Asfar

public profile

Is your surname Awg Asfar?

Research the Awg Asfar family

Pehin Orang Kaya Digadong Awang Aminuddin Awg Asfar's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Pehin Orang Kaya Digadong Awang Aminuddin Awg Asfar

Birthdate:
Death: 1868
Place of Burial: Rangas Muslim Cemetery, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
Immediate Family:

Son of Awang Asfar @ Tuan Mat Sapar Awg Kasim and Dayang Sharbanun
Father of Awang Rioh Pehin Orang Kaya DiGadong Awg Aminuddin; Penyurat Awg Abdulah Pehin Orang Kaya DiGadong Awg Aminuddin; Dayang Jamaliah; Awang Safar Pehin Orang Kaya DiGadong Awg Aminuddin; Haji Awang Abdul Rahman and 1 other

History: Kemudian menjunjunglah Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Lela, iaitu Awang Aminuddin akan menyalin salsilah ini. Maka dianugerahkan oleh Seri Paduka Bawah Duli Sultan Omar Ali Saifuddin, iaitu anakanda kepada Paduka Sultan Muhammad Jamalul Alam, chuchu kepa
Managed by: Dyg.H.U Habibah Awg Hj Daud
Last Updated:

About Pehin Orang Kaya Digadong Awang Aminuddin Awg Asfar

Salasilah Kitab Risalat al-Marhum fi ‘Adat al-Marhum hasil penulisan Datu Imam Yaakub disambung dan dilengkapkan oleh Pehin Khatib Haji Abdul Latif ini seterusnya disalin oleh Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Lela Awang Aminuddin yang beliau tulis pada zaman pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin II, Sultan Brunei kedua puluh tiga yang memerintah Kerajaan Brunei pada tahun 1828M hingga 1852M. Sultan Omar Ali Saifuddin II sepertimana yang disebutkan sebelum ini adalah merupakan anak kepada Sultan Muhammad Jamalul Alam I dan cucu kepada Sultan Muhammad Tajuddin. Penyalinan ini jelas diketahui melalui catatan yang terdapat dalam salinan salasilah yang berbunyi seperti berikut:

Kemudian menjunjunglah Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Lela, iaitu Awang Aminuddin akan menyalin salsilah ini. Maka dianugerahkan oleh Seri Paduka Bawah Duli Sultan Omar Ali Saifuddin, iaitu anakanda kepada Paduka Sultan Muhammad Jamalul Alam, chuchu kepada Paduka Seri Sultan Muhammad Tajuddin, kepada Hijrah al-Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pada sanat 1257, kepada dua puluh haribulan Ramadan, hari Juma‘at [5 November 1841M].

Haza alamat misan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela [Awang Aminuddin] ibn kepada Tuan Mat Sapar [bin Awang Kasim bin Manteri Husain bin Manteri Puteh bin Dato Godam] yang telah kembali kerahmatullah pada sanah 1285H [1868M].

Di antara anak Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela Awang Aminuddin ialah Awang Abdul Rahman, Dayang Jamaliah, Awang Rioh, Awang Safar, Abdul Rahim dan Dayang Siti Aishah?

Ibu Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela Awang Aminuddin bernama Dayang Sharbanun binti Pehin Jawatan Dalam Awang Aliakbar.