Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin bin Manteri Omar

Is your surname bin Manteri Omar?

Research the bin Manteri Omar family

Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin bin Manteri Omar's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin bin Manteri Omar

Birthdate:
Death:
Immediate Family:

Son of Manteri Omar and Wife N.N.
Husband of Akiriha Binti Banga
Father of Pehin Jawatan Dalam Awang Ahad and Pehin Tuan Imam Awang Aminuddin
Brother of Dyg Siti Mardewi binti Manteri Omar and Pehin Orang kaya digadong ( Aliudin)

Managed by: Haji Mohammad Azri
Last Updated:

About Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin bin Manteri Omar

Awang Aliwaddin merupakan anak kepada Manteri Omar. Beliau ini adalah cicit kepada Dato Godam seorang putera bangsawan dari Minangkabau yang datang dan berkeluarga di Brunei Darussalam pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Nasruddin [Sultan Brunei ke-15, 1690-1710]. Awang Aliwaddin ini di sampiri gelaran Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela oleh Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin I [Sultan Brunei ke-18, 1740-1778]. Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin ini, seorang yang gagah berani, telah dititahkan oleh Sultan Omar Ali Saifuddin I untuk menyerang Sultan Alimuddin I, Dalyrample (Inggeris) di Manila. Angkatan Brunei (yang diketuai oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lelwa Awg Aliwaddin sendiri untuk menyerang Manila itu hanya dapat disiapkan selepas lima tahun daripada tarikh perjanjian yang telah dibuat oleh Sultan Alimuddin I pada tahun 1764) sampai di Manila pada tahun 1769 dan berjaya mengalahkan Manila, tetapi yang diserang itu bukan lagi Sultan Alimuddin I dan Dalyrample kerana Sultan Alimuddin I telah berangkat balik ke Suluk, dan Manila waktu itu telah diperintah semula oleh orang Sepanyol. Dengan kata lain, angkatan Brunei yang menyerang Manila itu bukan pula menyerang Sultan Alimuddin I dan Dalyrample (Inggeris), tetapi menyerang orang Sepanyol yang telah melaga-lagakan itu, kelambatan tindakan ini disebabkan oleh lamanya pihak Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin membuat persiapan angkatan Brunei tersebut.

Adalah diriwayatkan, pada masa Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin dan orang-orangnya mendarat di Manila, pada tahun 1769 itu, mereka telah dihujani oleh peluru yang datangnya bertalu-talu, namun demikian dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala sedikit pun tidak memberi kesan, dan mereka berjaya menakluki Manila, serta memperolehi/membawa harta rampasan termasuk 20 orang tawanan. Kisah perlanggaran terhadap Manila ini dicatatkan juga dalam sejarah Filipina, cuma riwayat itu tidak menyatakan angkatan itu datang dari Brunei, hanya dikatakan iaitu pada tahun 1769 orang Islam telah menyerang Manila, dan mereka telah merampas/membawa harta benda termasuk 20 orang tawanan. Perkhabaran angakatan Brunei hendak menyerang Sultan Alimuddin I di Manila itu mungkin kedengaran juga kepada orang-orang Suluk atau Sultan Alimuddin I sendiri. Kerana itu pada masa angkatan Brunei yang diketuai oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin balik ke Brunei, angkatan Brunei itu telah dikejar oleh beberapa buah dampang (sejenis perahu layar orang Suluk) orang Suluk. Apabila keadaan tersebut diketahui oleh Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin yang menurut firasat dan pemerhatiannya bahawa dampang-dampang yang mengejar itu nampaknya seolah-olah musuh, maka Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Awg Aliwaddin pun berdoa dengan menggunakan sejenis bacaan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala meminta lepaskan daripada bala bencana yang akan menimpa. Selepas membaca bacaan doa itu lalu tangannya pun disyaratkan kepada dampang-dampang tersebut seolah-olah hendak membinasakan atau memusnahkannya, dan dengan takdir Allah semua dampang itu pun binasa, tidak dapat belayar lagi. Dengan demikian angkatan Brunei pun terselamat, terus belayar balik ke Brunei.

والله أعلمُ