Pengiran Digadong Sammah Bin Pengiran Digadong Ebbey

public profile

Pengiran Digadong Sammah Bin Pengiran Digadong Ebbey's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pengiran Digadong Sammah Bin Pengiran Digadong Ebbey

Birthdate:
Death: circa February 12, 1884 (Mati Syahid melawan penjajah British)
Place of Burial: Kg Melapi, Kinabatangan, Sabah
Immediate Family:

Son of Pg Ebey and Sitti
Husband of Tadok (Isteri pertama PDS); Andiri (Isteri ke-2 PDS) and Rayub (Isteri ke-3 PDS)
Father of Hjh Pandan Bte Pg Digadong Samah; Hjh Dagangan Pg Digadong Samah; Hjh Fatimah Pg Digadong Samah and Hjh Sinyurah Pg Digadong Samah

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pengiran Digadong Sammah Bin Pengiran Digadong Ebbey

12 Februari 1884 adalah suatu tarikh keramat bagi keturunan Al-Marhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey (PDS), kerana pada tarikh tersebut telah tercetus satu catatan sejarah yang terulung di Negeri Sabah dalam memperjuangkan hak anak negeri semasa zaman penjajahan kolonial British. Pada tarikh tersebut Al-Marhum PDS, menemui ajalnya semasa peperangan sengit di Kampung Melapi, Kinabatangan, dengan segorombolan askar yang diketuai oleh Encik William Treacher sebagai gobenor pertama British di Negeri Sabah (Francis, 1986). Sehingga hari ini makam PDS masih lagi tersegam kukuh dan menjadi sebuah tempat tarikan pelancong kerana sejarah kegemilangannya pada akhir abad ke-19.

.

Al-Marhum PDS adalah seorang pahlawan ulung di Negeri Sabah (Muzium, 1999) dan sangat berpengaruh di kawasan Sungai Kinabatangan dan Sungai Segaliud. Al-Marhum PDS adalah ketua masyarakat bangsa Sungai Buludupih iaitu sekelompok masyarakat yang terawal mendiami kawasan Sungai Kinabatangan dan Sungai Segaliud.

Al-Marhum PDS adalah pewaris Gua Gomantong yang diwarisi daripada datuknya, Pengiran Digadong Sandukung. Dengan menguasai pentadbiran penuaian sarang burung di Gua Gomantong, keluarga Al-Marhum PDS telah menjadi kaya raya dan sangat berpengaruh di kawasannya. Sejarah pewarisan Gua Gomantong tercatat dalam kebanyakkan buku sejarah mengenai Sabah terutama semasa penjajahan British North Borneo Charterd Company. Pengiran Digadong Sandukung telah mendapat kuasa mutlak keatas pentadbiran Gua Gomantong daripada Sultan Sulu sejak 1782 lagi (Danny, 2000).

Pada 03 September 1999, Jabatan Muzium Negeri Sabah telah menobatkan Al-Marhum PDS (1884) sebagai salah seorang pahlawan terbilang pada zamannya, di kawasan Pantai Timur Negeri Sabah khususnya di Gua Gomantong Kinabatangan, mendahului Penglima Kendurung di Kawang (1885), Pengiran Shahbandar Hassan di Padas Damit (1888-1889) seterusnya Paduka Mat Salleh di Tambunan (1894-1900).

Sejak akhir-akhir ini, satu usaha telah digembeling oleh anak cucu Al-Marhum PDS untuk mengumpul segala manuskif termasuklah artifak kebudayaan untuk direkodkan sebagai sebuah fakta sejarah Negeri Sabah yang terawal sekali. Usaha ini telah dimulakan dengan pengumpulan salasilah atau susurgalur keturunan Al-Marhum PDS. Kalau Laksamana Hang Tuah menyatakan 'Tidak Akan Hilang Melayu Di Dunia' maka Al-Marhum PDS menyatakan berdasarkan tindak-tanduknya bahawa :

Tidak Akan Hilang Buludupih Di Kinabatangan.

Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata.

Hak Warisan Gua Gomantong Harus Dipertahankan Sehingga Ke Akhir Hayat.

Kommo Akai Gaddong Aro’ Nong Pasio-Sio

(Jika Ada Harta Jangan Dipersia-Siakan).

Aro’ Sadolong Aso Borod

(Jangan Cepat Gabrah).

Dinukil Oleh

Hamra @ Amrah Haji Liwangsa

JPAS, Kota Kinabalu

Disember 2008