Pg Anak Untong @ Raja Dumpil ibni Sultan Hussin Kamaluddin

public profile

Is your surname ibni Sultan Hussin Kamaluddin?

Research the ibni Sultan Hussin Kamaluddin family

Pg Anak Untong @ Raja Dumpil ibni Sultan Hussin Kamaluddin's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Pg Anak Untong @ Raja Dumpil ibni Sultan Hussin Kamaluddin

Also Known As: "Raja Dumpil"
Birthdate:
Death:
Place of Burial: Sabah
Immediate Family:

Son of Sultan Hussin Kamaluddin [Sultan Brunei 1710 -1730 & 1737-1740] and Puteri Raja Buwono Maimun (Puteri Raja Mataram)
Husband of Dayang Cik Maizom
Father of Pg Kerma Raja Pg Anak Untong; Pg Tajuddin Pg Anak untong; Pg Tua Hassan bin Pg Anak Untong and Pg Kerma Raja
Brother of Raja Isteri Pg Anak Puteri binti Sultan Husin Kamaluddin; Pg Digadong Abdul ibni Sultan Hussain Kamaluddin; Pengiran Anak Badaruddin ibni Sultan Husin Kamaluddin; Pg Anak Tuah ibni Sultan Hussin Kamaluddin; Pg Kerma Indra ibni Sultan Hussain Kamaluddin and 16 others

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pg Anak Untong @ Raja Dumpil ibni Sultan Hussin Kamaluddin

Pg Anak Untong adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Husain Kamaluddin [Sultan Brunei ke-16, 1710-1730 & 1737-1740] yang lari membawa diri kerana takhta tidak diturunkan kepada beliau. Malahan Sultan Hussain Kamaluddin mengangkat anakanda menantunya iaitu Sultan Alauddin (cucunda kepada Sultan Muhyiddin) kerana apabila baginda naik takhta, baginda berniat untuk mengembalikan aliran kesultanan kepada tiris yang asal.

Menurut sumber, Pg Anak Untong lari membawa diri ke di Bukit Kalam, Putatan (Sabah). Allahyarham menyamar diri dan dipanggil Dumpil. Pada awal tahun 1730an, beliau dan rakannya bernama Qutub tiba daripada Brunei telah sampai ke sebuah kuala sungai (Sungai Dumpil) dan mendapati kawasan tersebut amat hijau dan kurang berpenghuni. Setelah mendayung mengikut sungai, mereka tiba di Bukit Kalam, Putatan untuk persinggahan. Mereka mendapati kawasan ini sesuai dengan tanaman seperti bersawah padi maka kawasan tersebut sekarang dikenali sebagai Kampung Ulu Putatan dan menjadi lokasi yang sesuai untuk mendirikan perkampungan.

Mengikut cerita, beliaulah orang pertama bergelar diri sebagai Raja Dumpil di Sabah selain daripada Kesultanan Brunei yang pada masa itu adalah Sultan Hussain Kamaluddin. Mendengar daripada khabaran ini, maka baginda Sultan Hussain Kamaluddin pernah datang ke Sabah setelah mendengar khabaran bahawa ada seorang Raja di Sabah yang memerintah sebuah kawasan walaupun Sabah ketika itu berada di bawah pemerintahannya. Setelah menyamar diri, didapati bahawa orang yang bernama Raja Dumpil itu adalah anakandanya sendiri iaitu Pg Anak Untung. Akhirnya baginda Sultan Hussain Kamaluddin kembali ke Brunei tanpa ragu. Kesemua anakanda-anakanda baginda tidak mendapat takhta Kerajaan Brunei termasuk Pg Anak Untung lalu merajuk hati membawa diri kesana. Setelah mengetahui akan hal ini, maka dianugerahkanlah tanah tersebut oleh Sultan Hussain Kamaluddin kepadanya untuk memerintah di tanah jajahan Kesultanan Brunei tersebut (Tanah Tulin Dumpil).

Kuala sungai yang tidak dikenali pada masa kedatangan Pg Anak Untung juga telah dinamakan sebagai Kuala Sungai Dumpil. Peta awal British lewat tahun 1800an menunjukkan sebuah tempat bernama Dumpil Point wujud dalam peta Sabah pada masa itu. Allahyarham Pg Anak Untung disemadikan di kawasan siring/tepi landasan keretapi sebelum Bandar Putatan. Ini kerana ketika pihak British mahu membina landasan kereta api pada sekitar tahun 1900 merentasi Tanah Tulin ini.

والله أعلمُ