Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin

Is your surname Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin?

Connect to 16 Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin profiles on Geni

Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin

Birthdate:
Death: June 25, 1905
Kampong Ayer, Brunei, Kampong Ayer, Kota Batu, Brunei-Muara, Brunei (Brunei Darussalam) (Smallpox epidemic)
Immediate Family:

Son of Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin [Sultan Brunei ke-25, 1885-1906] and Pg Chendera Kesuma binti Pengiran Negara Indera
Husband of Pg Babu Pg Anak Siti Khatijah binti Pg Muda Besar Muhammad Jamalul Alam
Father of Pg Bendahara Pg Anak Abdul Rahman ibni Pg Bendahara Pg Muda Besar Omar Ali Junied; Pg Anak Hjh Siti Mariam and Pg Anak Tajuddin Gador ibni Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin
Brother of Sultan Muhammad Jamalul Alam and Pg Anak Siti Rauyah binti Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin
Half brother of Pg Anak Ajak ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin; Pg Anak Muhammad Arshad Duman ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin; Pg Isteri Pg Anak Siti Zubaidah binti Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin; Pengiran Anak Sabtu ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin; Pg Anak Mahmud ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin and 17 others

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin

Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin [Sultan Brunei ke-25, 1885-1906] dengan pasangan baginda Pg Chendera Kesuma. Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin ini telah dilantik sebagai Pemangku Sultan oleh ayahandanya bermula pada tahun 1889. Disebutkan pada masa penghujung hayat Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin, baginda dikatakan pernah mewakilkan kepada Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin untuk menjalankan tugas-tugas memerintah negeri. Oleh kerana kerja-kerja diaturkan kepada Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin ini, dijalankan dengan sempurna, dan kebijaksanaannya terserlah dalam pengurusan pentadbiran negeri, maka Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin ini telah ditimang-timang oleh Sultan diangkat menjadi Sultan suatu ketika nanti. Tetapi oleh kerana penantiannya untuk diangkat menjadi Sultan itu terlalu lama, maka bagi menyesuaikan kedudukannya sebagai Putera Diraja yang menjalankan tugas-tugas Sultan menjalankan pentadbiran kerajaan, iapun menaikkan bendera kuning, dan rumah kediamannya pula digelarnya Istana.

Setelah Pg Muda Tengah ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin melihat kekandanya Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin menaikkan bendera kuning, maka ia pun menaikkan bendera kuning juga di rumah kediamannya, kerana Pg Muda Tengah beranggapan bahawa dirinya putera Sultan yang gahara, dan layak diangkat menjadi Sultan. Apabila Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin melihat di rumah kediaman Pg Muda Tengah telah menaikkan bendera kuning, maka Pg Muda Besar Omar Ali pun berasa tersinggung dan beranggapan seolah-olah Pg Muda Tengah itu hendak menyainginya, oleh itu iapun melarikan diri ke Sabah (Malaysia). Menurut sumber lain, ada mengatakan Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin ini melarikan diri ke Kg. Saba di Kampong Ayer, Bandar Brunei. Setelah beberapa lama Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin diam di 'Sabah', maka ayahanda saudaranya, Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II pun berangkat ke 'Sabah' menemuinya di sana. Pada masa Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh sampai di rumah kediaman Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin, iapun menjunjung Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin berangkat balik ke rumah besarnya, sambil menyembahkan ikrarnya bahawa ia tidak sekali-kali akan menumpahkan taat setia kepada orang lain, melainkan hanya kepada Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin.

Tatkala Pg Muda Tengah mengetahui tentang ikrar Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh tidak berbelah bahagi, melainkan hanya tumpah kepada Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin, maka Pg Muda Tengah pun kecil hati, lalu merajuk membuang diri berangkat ke Tawi-Tawi, Philippines. Di Tawi-Tawi Pg Muda Tengah telah berkahwin dan beranak-pinak di sana. Tidak lama selepas Pg Muda Tengah membuang diri ke Tawi-Tawi, Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin pun berangkat balik ke rumah besarnya di Brunei. Pada tahun 1902, telah terjadi satu wabak Kolera di Bandar Brunei. Akibat wabak ini, banyak orang Brunei yang meninggal dunia, termasuk Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin sendiri. Ketika hayatnya, Al-Marhum berkahwin dengan Pg Anak Siti Khadijah binti Pg Muda Besar Muhammad Jamalum Alam (cicit kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam I). Perkahwinan ini menghadirkan beberapa zuriat mereka adalah Pg Anak Tajuddin Gador, Pg Bendahara Pg Anak Abd Rahman dan Pg Anak Hjh Siti Mariam. Diceritakan bahawa Al-Marhum tidak sempat naik menjadi pewaris takhta kerajaan Brunei kerana Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin telahpun mangkat pada tahun 1902 akibat wabak penyakit cacar yang melibatkan beberapa ahli-ahli keluarga Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin termasuk anak, menantu dan cucunya sendiri.

والله أعلمُ



1) Y.A.M. Sri Paduka Duli Pangiran Besar Pangiran Muda Besar Omar ‘Ali Saif ud-din (s/o Chandra Kesuma), educ. privately. Appointed as Heir Apparent by his father and so recognised by the British authorities. Regent for his father from 1889. m. Y.A.M. Pangiran Babu Pangiran Anak Siti Khadija, daughter Y.A.M. Pangiran Muda Besar Muhammad Jamal ul-Alam ibni al-Marhum Pangiran di-Gadong Pangiran Anak Muhammad Taj ud-din, by his wife, Y.A.M. Paduka Sri Pangiran Babu Pangiran Anak Saleha, daughter of H.H. Sri Paduka Maulana Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din II Jamal ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jamal ul-Alam, Sultan of Brunei Dar us-Salam. He d.v.p. from smallpox, at Kampong Ayer, Brunei Town, 25th June 1905 (bur. there at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam di-Raja), having had issue:

view all

Pg Muda Besar Omar Ali Saifuddin ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin's Timeline