Raja Akil @ Nakhoda Kasim

Brunei

How are you related to Raja Akil @ Nakhoda Kasim?

Connect to the World Family Tree to find out

Raja Akil @ Nakhoda Kasim's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Raja Akil ibni Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah

Also Known As: "Daeng Akil", "Nakhoda Dato Kasim"
Birthdate:
Birthplace: Pekanbaru, Pekanbaru City, Riau, Indonesia
Death: 1830 (83-84)
KG SABA, Brunei (Brunei Darussalam)
Place of Burial: JLN RESEDENCY, BRUNEI, Brunei
Immediate Family:

Son of Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah [Sultan Siak ke-4 1766-1780] and Daeng Khadijah Daeng Parani
Husband of Dayang Sari
Father of Mudim Jamal bin RAJA AKIL and Panglima Daud/Liau Burut
Brother of Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzam Syah (Sultan Siak ke5: 1766-79); Tengku Embong Badariah (Puteri Marhum Bukit, Siak); Tengku Emas Ayu; Tengku Sokma; Tengku Hawa Raja Alam and 1 other

Managed by: Private User
Last Updated:

About Raja Akil @ Nakhoda Kasim

Assalamualaikum wbk. Saya HJ A ISMAIL HJ HAMID BIN MOHAIMIN BIN HJ MAD NASIR BIN HJ ISMAIL RAGUM BIN MUDIM JAMAL BIN RAJA AKIL @TENGKU AKIL dari generasi ke 7 seperti diatas, DENGAN INI MENGESAHKAN PUSARA BERBATU NESAN BENTUK BATU ACHEH ADALAH MILIK RAJA AKIL @DAENG AKIL BERTEMPAT DI BUKIT KECIL TKT BAWAH, JALAN RESEDENCY TELAH DIJUMPAI DAN SAHIH BERDEKATAN DENGAN SEMUA CUCU-CICIT TENGKU BERAHIM BIN SULT.MUHD ALI @MARHUM PEKAN, SEMANTARA DAPATAN AWAL DI SG ASAM DI SEBELAM MARHUM PEKAN ITU ADALAH ANAKDANYA DAENG PINGAI BERBENTUK BATU BULAT.

    Saya menerima rentetan susur-galur secara bertali lesan dari generasi ke generasi, melalui amanat ayahandaku HJ HAMID dan pak saudara-sedara (sepupu ayah); haji zainal nasir, haji ahmad tarib, hj mohd jair wahab, haji Omar Ahad dan bonda Hjh Armah Taha. Semua mereka  meminta agar jangan dituntut dan diisytiharkan kerana menjaga keharmonian, ketatasusilaan dan peradapan bangsa dan keturunan. Namun, sebagai penerus (SIAPA KAMI - waris SMA dan RA), yg berlanjutan di Bumi Brunei Darussalam tetap menyelidik siapa pupu ayah, pupu datuk, moyang, onang aning, onyin) yg berlalu selama 300 tahun lebih. Alhamdulillas, al-marhum kerabat sya (adik beradik ayah), kerabat nenda Mohaimin (adik beradiknya : Tarib, Ubung @Sapiah, Fadhil, Wahab, Hj Ismail, Hj Jair, Hj Matnoor dan Dillah @Ahad), ayahnya nenda Haji Mad Nasir, ayahnya nenda Haji Ismail @ Matragum tidak pernah terfikir bahawa waris generasi teratas hanya berakhir kepada nenda Mudim Jamal. Pencarian sudah berakhir bila mendapati makam/ pusara 3 generasi ini sebetulnya terletak di Bukit Menjalin bersetentangan dengan Sek. Men. Awg Semaun. Malah berkumpul jua disitu cucu cicitnya yg lain, sesuai dengan penempatan "Bukit Menjalin" dan "Buang Tekurok/Sg Asam" yg di anugerahkan oleh SOAS II.

Betapa mulianya HIJRAH AGUNG Raja Akil dan Kekandanya SMA ke Brunei khasnya bermukim di Kampung Burong Pingai dan melahirkan pewarisnya Mudim Jamal. Mereka menyelamatkan waris dan keturunannya dari pertikaian dan perebutan tahta dan pertumpahan darah, sesuai dengan saranan Rasulullah saw agar keluar dari tempat kelahiran (Siak) yg penuh kontroversi ke negeri yg aman sentosa - *BRUNEI DARUSSALAM*

Periwayat waris sesuai dengan ristaan bertali generasi dan dibuat oleh 4 pewaris: A. Pg. Hj. Badaruddin pg hj damit (master Profile), B. Hj. A. Ismail Hamid - selasilah carta Hj Ismail matragum bin Mudim Jamal. C. Hj. Sofian Hj Redzuan - geni.com riwayat Abu Bakar D. Abd Hakam Hj Ibrahim - periwayat Penglima Daud.


Raja Akil adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah @ Raja Rabiul Alam [Sultan Siak ke-4, 1766-1780] dengan pasangan baginda Daeng Khadijah. Diriwayatkan, dalam penghijrahan Sultan Muhammad Ali ibni Raja Rabiul Alam ke Brunei, beliau ditemani oleh adindanya yang dikenali sebagai Nakhoda Kasim. Nama batang tubuhnya semasa dilahirkan ialah Raja Akil dan beliau dilahirkan pada tahun 1746. Semasa Sultan Muhammad Ali (Nakhoda Dato Khamis) diturunkan dari takhta Siak akibat kekalahannya di dalam peperangan dengan Raja Ismail (anakanda Sultan Mahmud @ Muhammad Abdul Jalil Muzaffar Syah dan sepupunya) pada tahun 1779, Raja Akil naik berang. Dengan menggunakan ilmu kependekaran yang dipelajarinya semasa di Johor, beliau merampas takhta Siak pada tahun 1780 dan menghalau Raja Ismail. Tetapi tempohnya menjadi Sultan Siak berakhir apabila beberapa orang pendekar Siak berhasil 'membunuhnya' beberapa hari selepas itu.

'Mayat' Raja Akil diambil sendiri oleh Sultan Muhammad Ali dan dibawa ke sebuah rumah di pendalaman Siak. Setibanya di rumah tersebut, 'mayat' Raja Akil ditepuk oleh Sultan Muhammad Ali. Serta merta Raja Akil bangun. Ilmu kekebalan yang dimiliki oleh kedua orang adik-beradik ini hanya diketahui oleh mereka berdua. Bagi mengelakkan rahsianya masih hidup itu tidak bocor, Raja Akil menukar namanya menjadi Kasim dan bekerja menjadi petani. Sebelum meninggalkan rumah itu, kedua adik-beradik itu berjanji akan lari dari Siak apabila tiba masanya. Penantian Raja Akil untuk lari dari Siak bersama Sultan Muhammad Ali hanya menjadi kenyataan 11 tahun kemudian. Seorang pesuruh Sultan Muhammad Ali, yang sangat dipercayai, meminta beliau berkemas barang-barang keperluannya dan bergegas mengikut beliau ke pangkalan kapal di Kuala Sungai Siak. Raja Akil diminta berteduh di sebuah pondok di pengkalan tersebut sementara menunggu waktu malam. Menjelang waktu hampir Subuh, Raja Akil dikejutkan dari tidurnya oleh ketukan bertalu-talu di pintu pondok. Apabila Raja Akil membuka pintu jelas kelihatan di hadapannya wajah Tengku Berahim ibni Sultan Muhammad Ali, anakanda saudaranya. Tengku Berahim berkata, "Kita akan berangkat lari dari Siak sekarang". Tanpa banyak soal, Raja Akil mengikut Tengku Berahim dari belakang dan berjalan dengan cepat. Semasa menaiki kapal kedengaran suara, "Cepat naik Akil, kita belayar sekarang". Raja Akil terus meluru ke arah suara itu dan memeluk tubuhnya. Sultan Muhammad Ali membalas pelukan adindanya dan membawanya ke bilik tamu kapal. Di sana sudah ada Tengku Embong Besar, isteri Sultan Muhammad Ali dan 3 orang kanak-kanak berusia di antara 13 hingga 15 tahun. Mereka diperkenalkan sebagai anakanda-anakanda lelaki Tengku Berahim, masing-masing bernama Tengku Asmat, Tengku Astar dan Tengku Saat. Sudah menjadi ketentuan Allah bahawa pelayaran generasi Sultan Rabiul Alam ini diiringi dengan azan Subuh dari masjid Siak. Kapal belayar menuju ke Pulau Siantan. Pelayaran keluarga ini akhirnya berakhir di ulu Sungai Brunei, berdekatan Jong Batu.

Di peringkat awal penghijrahannya di Brunei, Nakhoda Kasim hanya membantu kekandanya Nakhoda Dato Khamis (Sultan Muhammad Ali) menjalankan perniagaan mereka yang semakin berkembang maju. Di waktu yang sama beliau juga mempelajari ilmu pelayaran dan perniagaan secara menimba pengalaman. Darah campuran Bugis yang terdapat di tubuhnya menjadi penggalak bagi beliau menjadi ahli pelayaran yang disegani di Brunei. Secara berperingkat-peringkat nama Nakhoda Kasim setara dengan nama Dato Khamis dan Nakhoda Samad (Tengku Berahim). Semasa Nakhoda Kasim tiba di Brunei, pada tahun 1791, beliau berusia 45 tahun. Umur beliau sudah dikira lanjut dan sudah melimpasi had berumahtangga. Melihat keadaan ini, Dato Khamis memujuk adiknya untuk beristeri bagi membolehkan zuriat keturunannya dan generasi keturunan Kesultanan Melaka, Johor-Riau dan Siak berkembang di Brunei. Atas kesedaran ini, Nakhoda Kasim menyerahkan kepada abangnya untuk memilih calon isterinya yang sesuai. Dato Khamis memilih anak perempuan seorang pembesar Brunei yang berasal dari Kg. Pebalat (Saba) yang susur galur keturunannya sampai kepada Al-Marhum Sultan Ahmad @ Pateh Berbai [Sultan Brunei ke-2, 1408-1425].

Sudah menjadi tradisi di Brunei bahawa pengantin lelaki mesti bermastautin di kampung isterinya dan menjadi anak kampung berkenaan. Inilah yang terjadi kepada Nakhoda Kasim. Beliau terpaksa berpindah dari Kg. Burong Pingai ke Kg. Saba setelah berkahwin. Perkahwinan Nakhoda Kasim dengan wanita Saba bernama Dyg Sari ini berhasil menurunkan zuriat keturunan. Dalam mengharungi penghidupan berkeluarga di Saba, Nakhoda Kasim terpaksa menyesuaikan dirinya dengan masyarakat Kg. Saba yang hampir kesemuanya hidup sebagai keluarga besar. Beliau terpaksa mempelajari bagaimana membalat dan berkilong. Di samping itu beliau terpaksa menurunkan ilmu tareqat Naqsyabandiah dan Qadiriah yang beliau warisi dari nendanya Al-Marhum Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah @ Raja Kecil kepada anak-anak dan keluarga terdekat isterinya. Sekaligus beliau juga terpaksa membuka satu kumpulan persilatan di Saba dan membuka satu gelanggang persilatan di tanah seberang Saba (sekarang dikenali sebagai Jalan Residensi).

Di penghujung hayatnya Nakhoda Kasim sempat terlibat dalam krisis perebutan kuasa di antara Sultan Muhammad Alam @ Raja Api dengan Sultan Omar 'Ali Saifuddin II pada tahun 1826 hingga 1828. Bersama-sama pengikut-pengikut Nakhoda Samad dan anak-anaknya, akhirnya Sultan Muhammad Alam berjaya digulingkan. Walau bagaimanapun beliau tidak sempat terlibat dalam rancangan menyelamatkan Pg Anak Hashim ibni Sultan Omar 'Ali Saifuddin II yang masih kecil kerana beliau sedang uzur. Nakhoda Kasim dipercayai meninggal dunia pada tahun 1830. Jasad beliau disemadikan di sebuah bukit di Tanah Perkuburan Islam Jln Residensi, Bandar Seri Begawan.

والله أعلمُ

view all

Raja Akil @ Nakhoda Kasim's Timeline

1746
1746
Pekanbaru, Pekanbaru City, Riau, Indonesia
1801
1801
1810
1810
1830
1830
Age 84
KG SABA, Brunei (Brunei Darussalam)
????
BUKIT SG KIANGGEH, JLN RESEDENCY, BRUNEI, Brunei (Brunei Darussalam)