Raja Deraman Ibni Almarhum Sultan Ismail Mu'abidin Ri'ayat Shah

Is your surname Sultan Ismail Mu'abidin Ri'ayat Shah?

Research the Sultan Ismail Mu'abidin Ri'ayat Shah family

Raja Deraman Ibni Almarhum Sultan Ismail Mu'abidin Ri'ayat Shah's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Raja Deraman Ibni Almarhum Sultan Ismail Mu'abidin Ri'ayat Shah

Inquest of Dieman @ Deraman @ Abdul Rahman.

Dieman @ Deraman @ Abdul Rahman.

Pendahuluan (Kajian Pustaka)

  • Ini hanyalah Draft pertama. Ianya tidak siap tetapi akan diletakkan dalam www.geni.com pada 2 Syawal. Draft ini akan disiapkan pada 11 Zulhijah. Banyak fakta yang masih kosong dan akan diisikan kemudian.*

Pada mulanya, nama Dieman ini tidak diberitahu, hanya digunakan perkataan Daiman untuk merujuk kepada insan yang dikhabarkan sebagai “Dead Man” dan akhirnya menjadi Daeman. Kami hanya diberitahu, Dieman ni orang penting-penting dan berstatus panglima.

Maksud Panglima, bukan seperti pendekar atau hulubalang, yang lebih dari definisi kamus iaitu seorang yang berpegang pada yang lima, iaitu rukun Islam, dan ia suatu kebesaran orang Melayu yang tidak selalu diberikan. Apabila ditanya sama ada benar ia seorang Panglima, tiada jawapan yang benar pasti ia adalah panglima, tetapi kemungkinan itu ada.

Ini berikutan pembunuhan J.W.W. Birch oleh beberapa orang yang dibicarakan dan dihukum termasukkah Dato Maharaja Lela Pandak Lam, Pandak Indut dan Siputum (seorang yang mempunyai lading, senjata panglima), Sultan Abdullah, Sultan Perak yang ke 26 yang dibuang negeri ke secsyle dan Sultan Ismail yang dibuang negeri di Johor. Peristiwa ini berlaku dalam zaman peperangan musuh bisik ke 3, iaitu tahun 1876 dan telah menyebabkan beberapa orang telah menduduki Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak telah menukar nama mereka supaya tidak dikenali umum. Beberapa nama gelaran seperti Syed dan Daeng telah dilenyapkan termasuklah Daiman

Menurut Persatan Seni Silat Cekak Malaysia, salah seorang dari Panglima yang diketahui adalah Panglima Ismail, panglima kanan negeri Kedah. Adalah kami mempercayai bahawa ia adalah Raja Bendahara Panglima Ismail @ Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah, Sultan Perak yang ke 25 berdasarkan beberapa perkara yang ingin kami tulis dalam artikel ini.

Raja Bendahara Ismail bukan waris keturunan lelaki Sultan Ahmaddin, Sultan Perak yang telah berjanji akan memegang pemerintahan Perak turun menurun. Sebaliknya ia hanya cucu kepada Sultan Ahmaddin melalui bondanya, keturunan belah perempuan. Walaupun diketahui beliau telah ditabal dengan alat kebesaran diraja negeri Perak, beliau adalah Raja Bendahara yang melayakkannya memegang Sultan Perak setelah Raja Abdullah gagal menemuinya setelah lebih 30 hari Sultan Ali meninggal dunia. Akhirnya pembesar-pembesar Perak bersetuju menabalkan Baginda. Mungkin ini salah satu sebab kami meletakkan namanya Panglima Ismail dan tidak menggunakan Sultan Ismail.

Pakaian panglima terutama panglima Ismail antaranya adalah parang Lading. Parang lading telah masukkan sebagai harta Interlek oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di United Kindom, sebelum terdapat akta IPO di Malaysia dan di situ kita boleh bentuk parang lading sebelum diubahsuai. Senjata lading ini masih diketahui di Kuala Kangsar tetapi kemungkinan saiz dan ukurannya mungkin berubah dari senjata rasmi silat cekak. Ia pernah digunakan oleh Siputum seperti yang ditulis dalam artikel ilmiah “Pembunuhan J.W.W. Birch: Satu kajian tentang pembunuhnya”yang ditulis oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali. Dalam artikel tersebut kita dapati bahawa Siputum telah menggunakan lading terhadap J.W.W.Birth. Ini menurut kenyataan Anjang Kitchan di rekod rasmi “Govenor Negeri-Negeri Selat kepada Collionial Office bertarikh 11hb Januari 1877 terlampir enclosure 2 ‘trial of Maharajah Lela and others for the murdur of Mr Bitch” selepas ini ditulis C.O 273/90” . Ini menunjukkan kemungkinan senjata lading dibawa oleh Panglima Ismail, anak muridnya atau anak-anaknya sebelum mereka menukar nama-nama mereka supaya tidak dikenali umum.

Kenyataan yang lain di C.O 273/90 banyak yang menyebut bahawa Siputum (setengah daripadanya mengebut Sibunga) telah membunuh J.W.W Birch dengan pedang (sword). Adalah tidak menjadi kebiasaan untuk orang Melayu menggunakan pedang dan kemungkinan pedang itu sebenarnya lading yang panjang sepeti pedang. Ditambah dengan kenyataan Anjang Kitchan di C.O 273/90 iaitu

“I saw siputum ran down from the back with a spear and a ‘lading’. I saw him thrust a spear into the bath-house and wound Mr Bitch”.

Adalah dipercayai bahawa senjata yang digunakan itu ialah lading.

Adakah Panglima Daeman atau Panglima Deraman mempunyai kaitan dengan Panglima Ismail.? Satu kemungkinan di sini bahawa Daiman adalah mungkin salah seorang panglima seperti diceritakan oleh orang tua-tua kampung dan juga mungkin terlibat dengan peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch, satu sebab mengapa nama Daeman tidak diketahui. Kemungkinan juga ia mempunyai pertalian dengan Panglima Ismail yang kami mengesyakki adalah Sultan Ismail, sultan perak ke 25, salah seorang ynag dihukum buang negeri oleh Mahkamah. Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Panglima Ismail itu Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Syah dan terdapat beberapa tanda-tanda itu kami perolehi apabila kami cuba untuk mencari siapa itu Dieman yang akan kami berikan sebentar lagi.

Pencarian Panglima Ismail.

Untuk kita cari siapa Dieman yang dikatakan panglima itu, kita kena cari siapa itu Panglima Ismail kerana kedua-duanya adalah panglima. Nama Panglima Ismail memang terkenal dalam Silat Cekak sebagai panglima kanan negeri kedah. Negeri Kedah mungkin (yang pertama)negeri bererti Kedah Darul Aman atau (yang kedua)Negara Kedah Pasai Ma (Kedah Tua) yang diketahui dari manuskrip Undang-Undang Kedah yang asalnya disimpan di School Of Oriental And African Studies SOAS London dalam microfilem dan dibawa balik ke Malaysia oleh Perdana Menteri pada ketika itu Dato Seri Dr Mahathir Mohamad. Dari mikrofilem, kemudiannya diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk itu kita kena cari di kedua-dua negeri Kedah darl Aman dan Negara Kedah pasai Ma.

Nama Panglima Ismail tidak diketahui dengan tepat tetapi dikatakan adalah Ismail. Ia adalah nama Sultan Perak ke 25. Dalam www.geni.com satu jalur yang ditakbir oleh 7 orang dan ia menceritakan jalur kesultanan, bapanya adalah Thith Hitam. Mengikut aritikel Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang oleh anai-anai, penyokong tegar sejarah Negara kedah Pasai Ma, Raja Bendahara Ismail dengan Long Jaafar adalah sepupu. Long Jaafar adalah orang yang menjumpai bijih timah dan juga adalah Yang Dipertuan Besar Negara Kedah Pasai Ma.Beliau, walaupun adalah putera sulung, tetapi nama Long itu di sini bukan bererti sulung.

Perkataan Siam,luang bermaksud disanyangi, mungkin lebih sesuai untuk keluarga diraja ini yang dipanggil dengan nama Long. Long dijadikan macam nama keluarga untuk ini. Apabila ia, Panglima Ismail sepupu dengan Long Jaafar, ada kemungkinan bahawa nama ayah Panglima Ismail juga Long seperti Long Thith Hitam. Ada kemungkinan ia sebenarnya bukan Thith Hitam tetapi adalah keturunan Syed Thith Hitam. Kemunkinan ia di bin dengan nama Long.

Dalam program Selamat Pagi Malaysia, nama Panglima Ismail itu dibinkan dengan nama Long seperti Panglima Ismail bin Long.

Tempat duduk panglima Ismail di Belanja, Perak seakan-akan tidak sepadan sekiranya dikatakan ia Panglima Kanan Negeri Kedah. Walau bagaimanapun panglima kanan mungkin untuk Negara Kedah Pasai Ma yang amat luas termasuk Belanja Perak. Waktu itu masih dalam keadaan perang musuh bisik dan ramai tentera Thai telah memasukki Ayuthia dan tentera Siam ini berundur ke Kedah Darul Aman. Panglima Ismail juga pergi ke Kedah di mana ia telah akhirnya ditangkap oleh puak-puak talibarut British. Jadi tempat itu mungkin tempat yang sama yang diberitakan iaitu Kedah.

Panglima Ismail diberitakan sudah tua semasa melepaskan ilmu silatnya kepada Panglima Tok Rashid. Mengikut fakta dalam www.silatcekak.org, Panglima Tok Rashid pula mengajar Yahya Said yang telah memegang silat cekak ini selama 40 tahun sebelum di serahkan kepada Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad pada tahun 1965. Jadi Panglima Tok Rashid telah menyerahkan kepada pemegang amanah pada lebih kurang tahun 1925. Sekiranya Tok Rashid memegang silat ini selama 20 ke 50 tahun, dia menerima silat pada tahun 1875 hingga 1905. Sultan Ismail, sultan Perak ke 25 meninggal dunia pada 1889. Dari sudut tarikh, ia ini masih dianggap munasabah.

Kolokium Silat Cekak atau KOSSEM, di Universiti Sains Malaysia pernah membawa satu kertas kerja mengenai Panglima Ismail. Dalam pembentangan itu, pembentang pernah membentangkan tarikh geran tanah yang dipindah milik dari Panglima Ismail kepada Panglima Tok Rashid. Dari jangkaan tarikh juga adalah munasabah untuk menunjukkan ia adalah Panglima Ismail.

Parang lading adalah sesuatu yang dikenali di Kampung Talang dan juga di sebahagian dari Kuala Kangsar ini. Ini mungkin tidak dapat djadilah sandaran yang Panglima Ismail memperkenalkannya di sini kerana mungkin yang diketahui itu bukan lading yang sebenar. Tambahan lagi, kemungkin juga bahawa Persatuan Seni Silat Cekak pernah menempah parang lading di Kuala Kangsar menyebabkan ia diketahui di sini. Untuk mengurangkan risiko tersebut, sedikit kajian dibuat tentang lading dari orang tua-tua di kampung talang dibuat. Hasil kajian itu mengatakan perkataan lading terdapat dalam lagu “Cong-Cong Codak, Codek mayang labu” lagu yang dinyanyikan turun temurun di kampung ini juga terdapat perkataan lading. Lagu ini telah dinyanyikan sejak berkurun lamanya. Untuk maklumat tambahan mengenainya, kami akan huraikan dalam ‘percarian Daiman” .Tambahan lagi, jika dilihat dari artikel “Pembunuhan J.W.W. Birch: Suatu kajian tentang Pembunuhnya” yang dapat diambil dari http://journalarticle.ukm.my/521/1/1.pdf “, artikel UKM inijuga ada mengatakan

“I saw siputum ran down from the back with a spear and a ‘lading’. I saw him thrust a spear into the bath-house and wound Mr Bitch”.

Sebagai maklumat, pembunuhan J.W.W. birch memang menjadi sebab berlakunya pertukaran nama termasuk Daeman di Kampung Talang ini. Natijahnya semua ini menunjukkan bahawa parang lading itu berada di Kampung Talang ini sejak dahulu lagi dan di sekitar sini, adalah tempat Daiman yang kami percaya adalah bersangkut paut dengan Panglima Ismail.

Walaupun banyak fakta yang kami berikan, namun tidak dapat mengesahkan bahawa Panglima Ismail adalah Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah. Kemungkinan itu ada dan agak memberangsangkan.

Apa perlunya pencarian Panglima Ismail dan Daeman.

Pencarian Panglima Ismail yang belum terjawab setakat ini dan telah membuka jalan untuk beberapa kajian seperti melalui kolokium Silat Cekak adalah sesuatu yang amat diminati oleh warga Silat Cekak mahupun orang awam. Lebih-lebih lagi ia ada kaitan dengan pencarian Daeman, seorang yang masih dicari identitinya oleh Sametok yang memang berminat mencari susur galur nenek moyang mereka. Ini akan membawa kepada kajian lanjutan mengenai mereka berdua yang dipercayai memberi kesan terhadap pembelajaran sejarah dan asal usul mereka berdua. Ia juga, melalui pemahaman sebenar kerajaan islam yang sebenar berlainan dari sudut fahaman buku tek sekolah yang mungkin terpesong, akan member impak untuk terus menjadi insan yang mempunyai wawasan yang sama seperti insan dahulu terutama dari sudut kerajaan dan perjuangan bersama-sama dengan pejuang dan penulis-penulis kitab-kitab kuning yang lain.

Pencarian Daiman.

Sebab kenapa kami jangkakan Dieman adalah anak Sultan Ismail Mu’abidin Riawat Shah boleh dibahagi kepada 9 bahagian iaitu

1) Namanya ialah Abdul Rahman.

2) Kesan Dinding Rumah Aruah Hj Ismail bin Daeman

3) Orangnya terlalu kaya.

4) Lagu Tradisi Cong-cong Codak.

5) Raja Alang Mat Isa Papan, suami Pan Putik cucu Daeman.

6) Cekak Tua, yang dipelajari oleh ahli keluarga Saidin. 7) Lading.

8) Nama ahli sametok sepatutnya ada perkataan Syed tetapi digugurkan.

9) Raja Bendahara Panglima Ismail masih pulang ke rumah Daiman.

1) Namanya Abdul Rahman

Nama Dieman itu pernah disebut oleh aruah Ayah Nyah Sametok iaitu Amran bin Saidin, yang disampaikan oleh anaknya Zaini bin Amran, sebagai Deraman atau nama betul dia Abdul Rahman. Nama salah seorang anak Sultan Ismail yang didapati dari www.geni.com adalah Derahman @ Abdul Rahman dengan anak-anaknya masih dikelasi sebagai sulit. Bagaimanapun nama-nama dalam sesawang www.geni.com adalah ditulis sendiri oleh pengguna tanpa sekatan kecuali daripada pentakbir. Yang lebih meyenangkan hati adalah pentakbir bagi laman sesawang yang tersebut adalah seramai 7 orang.

Laman sesawang itu adalah Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah [Sultan Perak ke-25 1871-1874].

2) Kesan Dinding Rumah Aruah Hj Ismail bin Daeman

Kesan yang dimaksudkan di sini adalah dinding yang berayam buluh atau bertam di sebelah rumah Cu Sametok atau Halimah binti Saidin. Rumah tersebut adalah rumah asal Hj Ismail atau orang kampung panggil Komtak, anak Daeman yang dicari. Rumah bertatah anyaman buluh ini amat sukar ditemui diwaktu sekarang ini. Seumpamanya, banggunan seperti itu dapat dilihat sebagai Istana Kuala Kangsar dan Masjid di Kuala Dal.

Rumah yang beranyam buluh ini dikatakan sama seperti tempat tinggal Raja Bendahara Panglima Ismail di Belanja. Ini dapat dilihat sekiranya seseorang itu melawat muzium. Dengan rumah yang beranyam buluh kami mendapati bahawa rumah Haji Ismail din Daeman @ Deraman kemungkinan ada kaitan dengan Raja Bendahara Panglma Ismail.

Zaini Sametok, Zaini Amran, pernah menyemak tarikh rumah itu diperbuat. Terdapat tulisan tarikh di rumah itu yang menunjukkan rumah itu pernah di ubahsuai dan bertarikh . Hakikatnya rumah itu bertarikh lebih awal dan kemungkinan pada zaman Daeman @ Abdul Rahman itu sendiri.

Terdapat maklumat di laman sesawang www.heritage.gov.my, laman web rasmi Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan Negara, mengenai warisan Masjid Ihsaniah Iskandariah ada tertulis seperti berikut.

_Masjid Ihsaniah Iskandariah terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan hanya 2 km dari plaza Tol Plus masuk ke Kuala Kangsar. Keunikan masjid ini dapat dilihat pada rekabentuk binaannya yang menyerupai seperti sangkar burung. Keunikan masjid dua tingkat ini ialah keseluruhan dindingnya dibuat daripada buluh minyak yang dianyam dipanggil “dinding tepas/tepus” kehalusan seni anyaman tangan kelarai bermotif pengaruh ‘arabes’ pada dinding masjid menimbulkan nilai estetika bangunan menjadi tarikan utama kepada siapa yang memandang. Kerja-kerja menganyam dinding tepas ini dilakukan oleh beberapa orang tempatan antaranya ialah Panjang Noh, Ngah Gadoh ,Wan Ibrahim dan Kulop Ngah. Terdapat 20 tingkap berdaun dua yang dihiasi ukiran “tebuk terus, tidak silat” bermotif pucuk kacang, bulan sabit dan bintang. Bumbung masjid ini juga sangat unik kerana tidak mempunyai tebar layar menyebabkan kelihatan seperti bumbung rata yang tidak terpengaruh dengan bumbung Istana Kenangan yang mempunyai ‘satah’ kecerunan yang sangat ketara.

Masjid Ihsaniah Iskandariah ini dibina pada 1936. Pembinaannya telah dibiayai oleh Al-Marhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30. Papan plak perasmian yang diperolehi di masjid ini mencatatkan majlis perasmian telah berlangsung pada hari Jumaat 10 Zulhijjah pada tahun 1356H bersamaan 11 Februari 1938. Ianya dibina setelah Baginda Sultan menunaikan nazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang anakanda baginda sembuh daripada gering. Hasrat Baginda Sultan timbul apabila melihat masyarakat tempatan yang menunaikan solat berjemaah di madrasah di kampung berkenaan setelah pulang dari berkelah di Lata Bubu. Justeru itu, Baginda Sultan bernazar untuk memberi sumbangan wang sebanyak RM 8,000.00 bagi membina sebuah masjid baru di atas sebidang tanah wakaf pemberian Juragan Abdul Shukur bin Mohamad Ali. Pembinaan masjid ini telah dibina oleh tukang berbangsa Cina dan dibantu oleh penduduk tempatan secara bergotong-royong. Seni bina masjid ini dikatakan datang daripada hasil ilham baginda sendiri yang dipengaruhi kuat ciri-ciri seni bina Istana Kenangan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ragam hias dan dinding tepas yang terdapat di masjid ini juga diukir dan dianyam oleh penduduk tempatan. Masjid ini tidak digunakan pada 1976, setelah masjid baru yang dikenali sebagai Masjid Al-Wahidiah dibina._

Maklumat yang didapati ialah ia adala satu warisan dan dibina dalam tahun 1936 menggunakan buluh minyak yang dianyam dipanggil “dinding tepas”dengan tingkap berukiran “tebuk terus tidak silat” dan dibiayai oleh Al-Marhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah. Ini disemak sedikit persamaan dengan rumah Haji Ismail bin Deraman @ Abdul Rahman. Hasilnya masjid itu menggunakan anyaman yang sama, masjid itu sangat dekat dengan Kampung Talang iaitu tempat empangan sungai untuk masuk ke tali air di Kampung Talang dan dibiayai oleh Sultan Perak. Berkisar dari itu Derahman @ Abdul Rahman adalah disyakki anak Raja Bendahara Panglima Ismail. Ini kerana ia adalah sangat berkait rapat dengan keluarga diraja Perak.

Satu lagi banggunan berdinding tepus adalah istana kenangan Kuala Kangsar. Dari laman sesawang Muzium Perak, ia adalah seperti berikut.

_Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah dan Istana Tepas) telah didirikan oleh tukang kayu Melayu yang bernama Haji Suffian dengan dibantu oleh dua orang anaknya, Zainal Abidin dan Ismail pada tahun 1926. Mereka ini berasal dari Seberang Prai.

Istana ini dibina atas titah Almarhum Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) iaitu Sultan Perak ke-30 sebagai tempat bersemayam sementara. Ini disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi dalam pembinaan. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenapatiangan ini mulai dari tahun 1931 hingga 1935. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama pada hari-hari perayaan Diraja seperti Hari Keputeraan, pelantikan Orang-orang Besar Perak dan lain-lain istiadat Diraja Perak Darul Ridzuan.

Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan Istana Kenangan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan (kayu belian) bercirikan perabung lima dan pisang sesikat. Paku-paku besi (paku logam) tidak digunakan dalam pembinaan Istana Kenangan ini. Istana ini dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik dan menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu tradisional.

Bangunan ini dibina di atas 60 batang tiang yang mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini jika dipandang dari udara kelihatan seperti sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana dan di tingkat bawah pula dijadikan sebagai pejabat rasmi baginda. Ruangan di tingkat bawah ini berlantaikan simen dan bahagian sekelilingnya ditutup dengan bidai.

Nama Istana Kenangan telah diberikan dalam tahun 1960-an setelah bangunan ini dibaiki atas daya usaha Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kemudian Istana Kenangan diduduki oleh keluarga Diraja Perak sehingga tahun 1982. Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkan Istana Kenangan untuk diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Pada tahun 1986, Istana Kenangan telah dijadikan Muzium DiRaja Kuala Kangsar di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan merasmikan Muzium DiRaja Kuala Kangsar dan pada 9 Mac 2009, ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejarah._

Banggunan istana ini dibandingkan dengan rumah Haji Ismail di Kampung Talang dan didapati bahawa dindingnya yang dilihat dari jauh adalah sama dengan Istana Kuala Kangsar. Menurut Zaini Sametok, Zaini bin Amran bin Saidin, yang duduk berdekatan rumah ini, bumbung rumah ini asalnya berbentuk minangkabau. Di sini kami anggap kemungkinan disebabkan rumah itu, adalah Daeman adalah seorang yang berkaitan dengan Sultan Perak dan kami mengesakki Daeman @ Abdul Rahman adalah anak Raja Bendahara Panglima Ismail.

3) Terlalu kaya

Daeman adalah orang yang terlalu kaya. Sehingga ada kereta kuda dan banyak tanah Abg Zaini.

Apabila Raja Bendahara Panglima Ismail digugurkan dari menjadi Raja Bendahara Perak, beliau diberi pencen sebanyak 1000 sebulan. Panglima Raja Bendahara juga diberikan satu jajahan kecil sebagai warisan adat beliau dan keturunan beliau.(4) Tanah ini mungkin dipindahkan kepada anaknya yang mungkin Daiman @ Abdul Rahman @ Deraman . Tanah ini, tidak dapat dipastikan sama ada dapat atau tidak, sekiranya dapat mungkin di Kuala Kangsar dan dibahagi-bahagikan. Kami percaya bahawa tanah ini adalah dari talang hilir ke talang masjid yang dipindahkan kepada Daeman, anak Raja Bendahara.

Dengan itu Panglima Daeman ini terus behubung dengan Istana Perak kami percaya adalah anak kepada Raja Bendahara Panglima Ismail. Haji Ismail yang juga ketua kampung talang.

4) Lagu Cong-cong Codak

Lagu Cong-cong Codak adalah lagi tradisi untuk mengagah budak budak. Senikatanya adalah sepeerti berikut.

Cong cong codak, codak mayang labu. mana pergi budak, ambil air selabu.

Buat apa air selabu, nak asah lading. Buat apa lading, nak tetak bemban.  Buat apa bemban, nak jolok bulan. Buat apa bulan, nak buat agok adik.”

Setakat ini (24/5/18) hanya satu laman sesawang yang di index oleh google yang menulis senikata di atas. Ini kami anggap seni katanya tidaklah satu yang terkenal dan tidak diketahui kecuali kumpulan tertentu. Laman sesawang itu adalah http://dinbatubara.blogspot.my/2012/10/terkenang-kenang-bulan-melay....

Terdapat juga seni-kata yang seakan-akan sama pada laman sesawang yang lain. Kami akan menyiasat samada ia datang dari Perak.

Mayang labu adalah kuih dibuat dari buah labu yang berwarna kuning keemasan. Warna emas itu adalah warna kebesaran diraja.

Ambil air selabu , bermaksud air yang disimpan dalam labu. Labu adalah bekas air yang berbentuk buah labu yang tersangat terkenal di Sayong, bandar seberang sungai dari Kuala Kangsar. Adatnya air disimpam dalam labu akan terasa sejuk. Ia dikatakan tempat penyimpanan air minuman diraja sebab air disimpan di dalamnya akan terasa sejuk.

Lading adalah parang yang digunakan oleh panglima diraja. Lading adalah senjata untuk panglima yang mungkin dianugerahkan kepada raja dan panglima diraja. Ada yang mengatakan ia senjata panglima Merong Mahawangsa Ia adalah senjata khas untuk pertahankan diri.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah memasukkan hak cipta terhadap bentuk lading pada 197x di United Kingdom. Mungkin lading itu telah berubah di masa sekarang tetapi ia boleh dirujuk di myIPO untuk mengetahui bentuknya. Kebetulan, Daiman @ Abdul Rahman itu dikatalan panglima dan sudah semestinya mempunyai lading, senjata panglima.

Banyak lagi yang perlu disiasat mengenai lading ini dan kami minta sesiapa yang ada lading atau mewarisi lading supaya tampil ke hadapan untuk diambil keterangan.

Beberapa pendapat mengatakan bemban adalah simbol mahkota. Dari sudut bentuk ia, seperti juga buluh yang kecil tetapi ia tidak berongga. Ia panjang dan tidak berpecah dua juga hampir tegak. Ia terdapat daun terutama di hujungnya dan daun itu simbol mahkota.

Mahkota menurut kamus dewan edisi keempat, bermaksud tajuk kebesaran raja atau perhiasan kepala seperti yang dipakai oleh pengantin perempuan. Mahkota mengikut Wikipedia https://id.wikipedia.org/wiki/Mahkota adalah simbol tradisional dalam bentuk tutup kepala yang dikenakan oleh raja, ratu atau dewa. Bagi yang memakainya—secara tradisional—mahkota merupakan lambang bagi kekuasaan, legitimasi, keabadian, kejayaan, kemakmuran, kejayaan, dan kehidupan setelah kematian.

Mahkota Kerajaan Melayu adalah seperti gambar berikut.

Mahkota Sultan Terengganu

Mahkota Sultan Kelantan

Mahkota Sultan Johor

Mahkota juga terdapat pada Kerajaan Kedah Pasai Ma, yang terdapat dalam Undang-Undang Kedah. Kerajaan dengan nama lain kerajaan Kedah Tua menggunakan mahkota yang sedikit berbeza. Ia berbentuk seperti di bawah.

Kami lebih mempercayai bahawa mahkota Negara kedah pasai ma ini adalah lebih tepat jika dikatakan daud bemban adalah simbol mahkota. Ia terdiri dari semacam daud termasuk di tengahnya dengan permata berwarna merah. Dengan ini adalah lebih dipercayaai negeri kedah itu adalah Negara Kedah Pasai Ma.

Kebanyakkan seni katanya berkaitan dengan simbol kerajaan. Cerinya Daiman @ Deraman @ Abdul Rahman berkaitan dengan kerajaan negara Kedah Tua. Jadi Deraman berkemungkinan adalah Raja Bendahara Ismail. 5) Raja Alang Mat Isa Papan berkahwin dengan Pan Ah Putik, Rafeah binti Haji Ismail.

Tiada maklumat terperinchi tetapi mungkin waris-waris Sultan Ismail berkahwin dengan Rafeah bin Ismail bin Dieman untuk merapatkan lagi hubungan keluarga.

6) Cekak Tua menjadi pertahanan diri yang dipelajari seluruh keluarga Saidin.

Kesemua anak lelaki Saidin kecuali Ayah Chik, Sametok atau Aziman @ Azman bin Sa’aidin belajar silat cekak tua. Pada hari ini semua keluarga lelaki telah meninggal dunia kecuali Ayah Chik. Jadi agak sukar untuk dikaji lebih dalam mengenai silat cekak tua itu. Walau bagaimanapun, kami masih mempunyai beberapa orang yang boleh membantu untuk kami menjejaki Diaman @ Abdul Rahman dan Raja Bendahara Panglima Ismail melalui silat ini.

Apabila Ustaz Hanafi, pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengambik silat cekak dari pemegang Amanah, Yahya Said, Yahya said berkata

“Ambil balik silat Cekak, hak korang orang Kedah. Aku tak cari makan dengan Silat”.

Silat Cekak menjadi nama sebenar Silat Cekak. Cekak tua mungkin berasal dari orang yang sama yang diajarkan kepada panglima-panglima kerajaan. Ia juga dinamakan silat Cekak. Perkataan tua itu mungkin menunjukkan variasi silat itu.

Adalah diberitahu bahawa Ustaz Hanafi yang menciptakan sistem mata pelajaran dalam Siat Cekak. Jadi yang sebenarnya tiada matapelajaran dalam silat cekak asalnya. Jadi tiada sistem mata pelajaran boleh dikaji dalam dalam silat Cekak Tua ini. Dari buah-buah pukulannya, kami akan selidik sama ada mirip dengan silat Cekak Malaysia. Setakat ini kami belum berkesempatan untuk menyemak Silat Cekak Tua tersebut.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pernah menyatakan bahawa silat ini diajar kepada panglima silat cekak sebelum Ustaz Hanafi membuka silat ini kepada umat Islam. Jadi adalah diketahui bahawa silat ini asalnya hanya diajar kepada orang yang berkaitan istana negeri Kedah. Dari sini perkataan cekak asalnya digunakan untuk silat yang diajarkan kepada istana.

Dari gambar yang mungkin juga gambar Silat Cekak Tua, kami mendapati bahawa terdapat sedikit persamaan di antara silat yang di dalam gambar itu dengan Silat Cekak Malaysia. Gambar itu diletakkan di bawah.

Silat ini dipercayai adalah silat Cekak Tua dari Majlis kenduri Cu Sametok. Dari gambar ini, ada sedikit amat sedikit persamaan dengan silat Cekak Malaysia.

7) Lading Diceritakan kemudian.

8) Nama ahli sametok sepatutnya ada perkataan Syed tetapi digugurkan.

Leluhur kepada Raja Bendahara Ismail mengikut salasilah yang dikeluarkan oleh anai-anai, adalah Yang Dipertuan Negara Kedah Pasai Ma. Bapanya adalah Syed Muhammad Hatta, raja Polih, sekarang Perlis, sebelum dijadikan negeri.

Anak kepada Syed sepatutnya ada Syed atau Nai. Raja Bendahara Ismail ada yang panggil Nai Ismail. Jadi Dieman, dipercayai anak Raja Bendahara Ismail sepatutnya keturunan Syed dari sebelah lelaki. Jadi sepatutnya ada Syed. Syed itu digugurkan untuk mengelak jadi buruan.

Nama Syed setelah digugurkan digugurkan pasti terdapat beberapa tanda yang ia keturunan Syed. Jadi kita semak penggunaan perkataan Said, Said(in), Sarepah dan Mior dalam keluarga Daeman. Kami tidak jumpa nama Syed dalam keturunan Daeman tetapi kamu jumpa dua orang yang nama Saidin. Satu adalah nama Tok Saidin (Sametok) dan seorang lagi nama Saidin adalah bapa saudara Tok Saidin. Kami percaya ada kemungkinan adalah perkataan asal dari Syed.

Sarepah pula adalah anak perempuan kepada Syed iaitu nama sebenar adalah Shariffah. Terdapat nama Sarepah iaitu anak Daeman yang beristeri Fatimah. Ini pun kemungkinan adalah Shariffah keturunan Syed.

Mior pula keturunan Sharifah yang berkahwin dengan lelaki yang bukan Syed. Mior mungkin digunakan untuk menyamar jadi bukan Syed, dan hanya adalah mior. Terdapat Mior pada nama keturunan Dieman iaitu anak kepada Tok Mahmud bin Alang Mat Jasad.

Terdapat tanda-tanda tentang pegangan agama Islam dari Tok Saidin yang pernah dituduh sehingga ini membawa ke pengetahuan Ekco Agama Perak yang kebetulan adalah suami kepada adik Poh Yang Sametok, Khalid Abas. Tok Saidin dan Poh Yang adalah dua pupu. Khalid Abas pun mencari Tok Saidin dan bertanya kitab apa yang dipakai. Khalid Abas kemudian kata berkata “Ini kitab para auliak”.

Yan Sametok, pernak menduduk peperiksaan sekolah agama darjah khas. Dalam satu masa, hanya yan sahaja yang lulus peperiksaan tersebut. Atas sebab Yan sahaja yang lulus pereriksaan itu, dan Yan itu anak saudaranya, maka digagalkan Yan untuk peperiksaan. Walau bagaimanapun dia bagitau pasal Yan sepatutnya lulus ujian itu.

Itulah yang hendak kami ceritakan iaitu keturunan Daeman adalah keturunan Syed, tanda-tanda kecil dapat dilihat sebagai memihak kepada keturunan ini adalah keturunan Syed.

9) Raja Bendahara Panglima Ismail masih pulang ke rumah Daiman.

Ini berkaitan sejarah yang diolah semula degan fakta yang berkemungkinan logik berdasarkan beberapa kisah yang diketahui kebenarannya. Di sini kami bawakan kisah tersebut.

Raja Ismail ditabal raja Perak apabila Raja Ali meninggal  dunia dan Sultan Abdullah gagal hadir di permakaman Sultan Ali .  Dikhabarkan lebih sebulan mayat sultan Ali tidak di makamkan. Ini mungkin menunjukkan Sultan itu bukan sahaja ditabalkan tetapi juga digantikan. 

Sultan Abdullah kemudian dilantik oleh British tanpa ditabalkan secara rasmi . Ini membuatkan rakyat terbahagi dua, satu yang menyokong British dan satu yang secara tradisi. Adapun Moustapha Abbas dalam “The Patroits” di bawah tajuk “Punca Sebenar Krisis Politik Perak 1871-75” menulis

“Kemelut politik Perak bertambah parah apabila Sultan Ismail enggan menerima Perjanjian Pangkor atas alasan perjanjian dimeterai tanpa izin dan rundingan dari Orang-Orang Besar Perak. Ini menyebabkan wujud dua Sultan Perak, satu dilantik oleh Orang-Orang Besar Perak sementara satu lagi dilantik melalui Perjanjian Pangkor. Britain cuba meraih sokongan orang Melayu dengan mengadakan upacara pertabalan rasmi Sultan Abdullah tetapi pembesar-pembesar Melayu enggan bekerjasama dan mengiktiraf perjanjian tersebut. Pengikut-pengikut Sultan Ismail menyifatkan perlantikan Sultan Abdullah tidak sah dan majoriti rakyat masih menyatakan taat setia mereka terhadap Sultan Ismail. Selagi mana alat kebesaran diraja tidak diserahkan kepada Raja Abdullah, selagi itu status baginda sebagai sultan terus dipertikai sementara Sultan Ismail dianggap masih pemerintah sah.”

Melalui kisah pembunuhan J.W.W Birch, adalah didapati ialah Ngah Abdul Jaafar , kukup Ali dan Si Tuah dipenjara di Singapura setelah didapati bersalah oleh Hakim Raja Idris (kemudiannya menjadi sultan Perak ke 28). Raja Bendahara Ismail, Toh Senongsa Seri Nerawangsa Item Dewi dan Panglima Perang Semaun dibuang negeri ke Skudai Johor manakala Raja Abdulah, Ngah Ibrahim, dan Laksamana Wan Muhammad dan Uda Mahamor dibuang negeri ke Pulau Sychelles, Afrika. Yang lainnya dari perbicaraan tersebut dihukum gantung sampai mati.

Alat kebesaran Perak (atau sebahagian alat kebesaran negara Kedah Tua) telah dirampas oleh British. Jadi Sultan Perak ke 27 juga tidak ditabalkan. Di makam Sultan Yusuf Sultan Perak ke 27 ada tertulis bahawa Sultan Yusuf tidak menjadi sultan sehingga tahun 1886 di mana beliau mungkin ditabalkan pada tahun 1886.(1)

Raja Bendahara Ismail secara tradisinya masih Sultan Perak yang sebenarnya sehingga tahun 1886 walaupun dibuang negeri ke Johor. Amat dipercayai Raja Bendahara pulang ke rumah anaknya Dieman @ Derahman dalam masa ia dibuang negeri. Dieman ini tersangat kaya sehingga terdapat kereta kuda bagi membolehkan pergerakan di atas darat dengan lebih cepat.

Panglima Kinta Ngah Abdul Jaafar telah dibebaskan secara senyap-senyap oleh Hakim Raja Idris dari penjara Singapura. Panglima ini menggunakan nama Toh Gemuk bagi mengelakkan dari dikesan oleh British. Beliau pulang ke Kg Kepayang Ipoh.

Sekiranya Panglima Ngah Jaafar boleh dibebaskan secara senyap-senyap oleh orang yang bakal menjadi Sultan Perak (waktu itu belum lagi) adakah Panglima Ismail tidak dapat pulang ke rumah anaknya iaitu kemungkinan Daiman @ Abdul Rahman yang telah disenyapkan tempat beradanya. Panglima Ismail adalah orang yang tahu selok belok proses penabalan ini, memerlukan orang yang kuat pengaruhnya untuk mengambil semula alat-alat kebesaran di raja untuk proses penabalan. Dia sudah dihukum buang negeri dan tidak layak untuk berada di Perak. Mungkin menjadi alasan yang kuat untuk mendapat alat kebesaran tersebut apabila Sultan Abdullah dan Raja Bendahara Ismail sudah dibuag negeri , yang patut dipenjarakan telah dipenjarakan dan yang patut dihukum gantung telah pun dihukum gantung.

Persoalan sekarang menapa seorang panglima seperti panglima Ismail dan Panglima Deraman @ Dieman boleh terlibat dalam pembunuhan. Seorang panglima adalah seorang yang memegang hukum Islam dan rukun islam yang lima. Anda mungkin kata, di sini mungkin tersilap orang.

Sebenarnya ia dibuat berdasarkan hukum islam yang dinamakan Qati’a Tharik. Qati’a Tharik adalah hukum bagi merampas. Di sekolah agama, cikgu cerita pasal hukum menculik yang termasuk dalam Qati’a tharik. Sebenarnya ada hukuman untuk merampas atau qati’u tharik. Hukum dia terbahagi empat.

a. Kalau membunuh kena bunuh. b. Kalau tak sampai 1000 dinar kena potong tangan. c. Kalau lebih 1000 dinar akan dikenakan sula dan dikafankan selepas 3 hari. d. Takzir.

Hukuman Qati’a Tharik dikenakan apabila JWW Birch dan penterjemahnya Mad Arshad membuat rampasan cukai melebihi 1000 dinar tanpa persetujuan Sultan. Apabila tidak mendapat persetujuan Sultan maka arahan itu menjadi arahan merampas. Arahan merampas dikenakan hukuman Qati’u Tharik. Apabila perterjemah di menampal dan dikoyakkan dan kemudian ia tampal lagi, akhirnya dia kena bunuh. JWW Birch pun dikenakan hukuman yang sama.

Bagi British, mahkamah adalah tempat berbiraca. Bagi orang melayu,kita tak guna perbicaraan di mahkamah sebaliknya kita guna seseorang yang digelar Maharaja Lela. Apabila dihukum oleh Maharaja Lela, rakyat akan tunaikan. Itu adalah apa yang berlaku. Jadi sebenarnya mereka hero yang menjalankan Qati’u Tharik.

Dari gaya persembunyian nama Dieman di kampung talang, iaitu nama yang tidak dimashurkan adalah dikatakan seolah-olah Dieman cuba mengelak dari ia diketahui bahawa Dieman @ Raja Deraman adalah anak Panglima Ismail. Dia juga seorang panglima tetapi mungkin telah dibuang perkataan panglima itu untuk mengelak dari dikesan oleh British.

Deraman ini masih berhubung dengan Istana dan berstatus Panglima. Dengan ini Daiman akan mengenengahkan perlunya alat-alat kebesaran Perak itu dipulangkan kepada negeri Perak. Akhirnya alat-alat kebesaran Perak itu dipulangkan kepada Negeri Perak.

Dengan adanya alat kebesaran Perak, Sultan Yusuf dapat ditabalkan menjadi sultan Perak diceritakan apabila pihak British berpuas hati dengan tidak kembalinya Sultan Abdullah dari Sechelles dan Raja Bendahara Ismail dari Johor .

Raja Bendahara Ismail pernah bersumpah sebelumnya dengan memacak pedangnya ke tanah bahawa baginda akan kembali memerintah negeri Perak satu hari nanti. Ini adalah tidak balas kepada penduduk kampung kepayang yang tidak mahui bersama dengan beliau dalam peperangan dengan British . Beliau kemudian lari bersama gajah meredah hutan belantara Chamor, melintasi laluan Jalong, Ulu Piah, terus ke Krunei, dan memasuki Kedah . Di sana beliau telah terjerat dengan tipu muslihat atas bantuan William Maxwell.

Selepas dari kejadian tersebut, Kampung Kepayang, yang menjadi pusat pemerintahan lama-kelamaan menjadi Pekan Hantu dengan banggunan-banggunayang hampir kosong. Kampung Kepayang terletak berdekatan Tol Simpang Pulai. Masih terdapat penduduk di Kampung Kepayang yang sudah dilupai. Adakah ini kesan yang dikatakan oleh Raja Bendahara Ismail dahulu apabila ia memacakkan pedangnya ke tanah, tiada sesiapa pun yang tahu.

Itu sahaja untuk draft permulaan dan harap maaf atas kesilapan ejaan dan struktur bahasa dan akan disiapakan sebelum 10 Zulhijjah tahun ini..