Sayyid Ahmad Khamil / Panglima Daik "Tok Kayo Hitam"

public profile

Sayyid Ahmad Khamil / Panglima Daik "Tok Kayo Hitam"'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sayyid Ahmad Khamil / Panglima Daik "Tok Kayo Hitam"

SYEIKH AHMAD KHAMIL ATAU PANGLIMA DAIK ATAU TOK KAYO HITAM (1483 -1626)

Saiyid Ahmad Khamil dilahirkan di Pulau Besar. Beliau adalah anak kepada Syeikh Ahmad Tajudin atau Tok Putih. Beliau adalah seorang ulama sufi yang diturunkan daripada datuk dan moyangnya Sultan Ariffin Syeikh Ismail dan Maulana Ishak. Beliau dilahirkan kira-kira 1483 M. Ibunya bernama Siti Selaras Pinang Masak dan berketurunan Minangkabau Sedari kecil beliau telah terdidik dengan tata kerama Islam oleh moyang dan ayahnya, supaya beliau menjadi seorang pendakwah yang terulong dan pengganti kepada nenek moyangnya. Selain daripada ilmu-ilmu Islam , beliau juga diajar tentang seni silat dan ilmu perubatan Islam. Ilmu perubatan Islam memang telah diajar oleh Syeikh Thanaudin atau Dato Adiputra kepada keturunannya. Syeikh Thanaudi adalah adik bongsu Maulana Husin Al-Kubra, datuk saudara Maulana Ishak. Syeikh Tanaudin memang mendiami Pulau Besar dan Upeh (Tengkira). Syeikh Tanaudinlah yang menjadi guru kepada Laksamana Hang Tuah dan lima sahabatnya yang bernama Jebat, Kasturi, Lekir dan Liqiu. Syeikh Thanaudin juga digelar sebagai 'PANGLIMA HITAM'.

Syeikh Ahmad Khamil ditugaskan berdakwah di negeri Inderagiri pada tahun kira-kira 1550M. Pada masa itu Inderagiri telah diperitah oleh Sultan Mohamad Syah (1557-1599). Beliau telah pergi ke Inderagiri bersama bapanya iaitu Syeikh Ahmad Tajudin. Syeikh Ahmad Tajudin semasa di Inderagiri 'SYEIKH ABDUL QADIR'. Syeikh Ahmad Khamil pula gelar orang sebagai 'SYEIKH AHMAD SHAH'. Semasa di Inderagiri, selain berdakwah Syeikh Ahmad Khamil juga telah dilantik menjadi Panglima Perang Inderagiri yang bergelar 'PANGLIMA DAIK'. Bapanya menjadi guru agama kepada sultan.

Beliau telah berkahwin dengan Daeng Siti Molek. Daeng Siti Molek ini berketurunan Bugis, Riau. Keturunan Daeng Siti Molek banyak berada di Lingga dan Riau. Mereka berkahwin pada tahun 1545M, semasa Panglima Daik berkhidmat di negeri Inderagiri. Apabila isteri pertamanya meninggal dunia beliau telah berkahwin pula dengan Puteri Mayang Mengurai, anak kepada Temenggung Merah Mato pemerintahan Pagar Ruyung.

Pada waktu perang melawan tentera Acheh pada tahun 1623M, Syeikh Ahmad Khamil adalah Panglima Perang Inderagiri. Peperangan ini telah dimenangi oleh Inderagiri, tentera Acheh ini telah dikalahkan dan mereka telah dihalau keluar dari Inderagiri. Panglima Daik (Syeikh Ahmad Khamil) telah mendapat 2 orang putera daripada perkahwinan isteri pertama iaitu: a. Syeikh Ahmad Khamal (PANGLIMA LIDAH HITAM) b. Syeikh Ahmad Kadir atau Syeikh Tuan Husoh [PANGLIMA KOTA BERJALAN RAJA SARI ] atau (BENDAHARA TOK SELUMPIT) Pada tahun 1623M, semasa serangan Acheh, isterinya Daeng Siti Molek telah wafat dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Kota Lama. Dan Panglima Daik telah berkahwin pula dengan Puteri Mayang Mengurai, juga cucu kepada Sunnan Gunung Jati. Pada tahun 1551M. Daripada puteri ini lahirlah Syeikh Ahmad Kamal. Setelah berkhimat sebagai ulama dan panglima Syeikh Ahmad Khamil atau Ahmad Syah atau Panglima Daik atau Tok Kayo Hitam wafat kira-kira tahun 1626 M. Jenazahnya telah dimakamkan di Kota Lama, Inderagiri, propinsi, Riau. Di makamkan berhampiran makam ayahnya Tok Putih atau Syeikh Ahmad Tajudin atau Syeikh Abdul Qadir atau Datuk Paduko Berhalo atau Syeikh Ahmad Salim.