Syeikh Ahmad Khamal / Panglima Zaharudin "Panglima Lidah Hitam"

public profile

Syeikh Ahmad Khamal / Panglima Zaharudin "Panglima Lidah Hitam"'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Syeikh Ahmad Khamal / Panglima Zaharudin "Panglima Lidah Hitam"

Birthdate:
Death: 1696 (137-139)
Immediate Family:

Son of Sayyid Ahmad Khamil / Panglima Daik "Tok Kayo Hitam" and Siti Tolkiah "Puteri Mayang Mengurai"
Husband of Puteri Aminah
Father of Syeikh Ahmad Maulana Ismail "Tok Janggut Acheh" and Syeikh Ahmad Jamil
Brother of Saiyid Ahmad Kadir (Bendahara Tok Selumpit)

Managed by: Private User
Last Updated:

About Syeikh Ahmad Khamal / Panglima Zaharudin "Panglima Lidah Hitam"

 SYEIKH AHMAD KHAMAL ATAU PANGLIMA LIDAH HITAM (1557-1696)
      Saiyid  Ahmad Khamal dilahirkan pada tahun 1557 M di Inderagiri. Beliau adalah anak kepada Panglima Daik. Dikenali juga dengan nama Panglima Zaharudin. Abang beliau ialah Saiyid Ahmad Kadir (Bendahara Tok Selumpit) atau Syeikh Tuan Husoh. Ibu beliau ialah Syaripah Siti Tolkiah atau Puteri Mayang Mengurai bte Temenggung Merah Mato [Pengeran Mohamad Husin ] bin SUNAN GUNONG JATI. Syeikh Ahmad Khamal belajar agama daripada bapanya Syeikh Ahmad Khamil atau Panglima Daik. Disamping belajar agama, Syeikh Ahmad Khamil juga belajar tentang persilatan daripada bapa dan ibunya mengajar ilmu silat kepada beliau. Pada zaman itu sama ada lelaki atau perempuan keseluruhannya belajar silat.
        Syeikh Ahmad Khamal menjadi Ketua Panglima Perang Inderagiri digelar Panglima Zaharudin. Beliau juga pernah dihantar bertugas dibanyak tempat. Disamping berperang melawan lanun-lanun juga berperang melawan penjajah Belanda di Melaka. Pernah ditugaskan ke Padang Periaman. Pagar Ruyung. Syeikh Ahmad Khamal berkhawin dengan Puteri Aminah ataupun Daeng Puteri Jamilah. Pada kira-kira tahun 1650M. Syeikh Ahmad Khamal balik ke Melaka iaitu tempat asal nenek moyangnya. Beliau telah membuka perkampungan sebelah barat Telok Ketapang dan dikenali dengan nama 'Air Molek'. Ramai ahli keluarga beliau di bawa berpindah ke tempat baru dan melahirkan ramai keturunan, di Air Molek. Anak beliau Syeikh Ahmad Jamil melahirkan ramai keturunan kami di Merlimau, Air Molek, Umbai dan Telok Mas. Panglima Hitam telah dihantar melawan Belanda di Melaka pada tahun 1696  semasa peperangan. Semasa peperangan itu beliau cedera parah, perahunya terdapat di Parit Sakai dan beliau wafat di perahu. Beliau telah dikebumikan berhampiran sungai di Parit Sakai, Muar.