Sheikh Mohamad Salleh al-Masri Bin Baqi

public profile

How are you related to Sheikh Mohamad Salleh al-Masri Bin Baqi?

Connect to the World Family Tree to find out

Sheikh Mohamad Salleh al-Masri Bin Baqi's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sheikh Mohamad Salleh al-Masri Bin Baqi

Birthdate:
Birthplace: Rasah, Negeri Sembilan, Malaysia
Death: June 11, 1971 (95-96)
Mecca, Makkah Province, Saudi Arabia
Place of Burial: Mecca, Makkah Province, Saudi Arabia
Immediate Family:

Son of Baqi Bin LUNDANG and Mariah Binti MOHAMED ALI
Husband of Saadiah Binti Abbas and Hjh Zaharah Binti Hj Ahmad
Father of Abdul Hadi; Aishah bt Sheikh Salleh al-Masri; Rahmah bt Sheikh Salleh al-Masri; Rifkah bt Sheikh Salleh al-Masri; Anak Perempuan Sheikh Muhammad Salleh and 2 others
Brother of adik beradik Sheikh Salleh Masri

Managed by: Mohamad Habrul Ulum Othman
Last Updated:

About Sheikh Mohamad Salleh al-Masri Bin Baqi

RIWAYAT HIDUP TUAN GURU HJ. MOHAMMED SALLEH AL MASRI

Pengasas Madrasah Al-Masriyah

Mohammad Salleh berasal dari Rasah,Negeri Sembilan dan dilahirkan pada tahun 1875.Ayahnya bernama Baki Lundang dan ibunya Mariah Bt Mohammed Ali.Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.Berpendidikan tiga tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Seremban dan kemudian melanjutkan pengajiannya ke Bersilam, Langkat di Sumatera di atas minatnya yang mendalam dalam bidang agama.

Beliau menuntut di sana dengan ditemani oleh dua orang sepupunya, iaitu Abdul Rahman dan Yaacub Mohammed Ali Hanafiah.Mereka bergurukan Tn. Syeikh Abdul Wahab. Setelah beberapa tahun menuntut di sana, beliau pun pulang dengan gelaran Fakeh Mohammed Saleh.Kemudian beliau meneruskan pengajiannya dengan Tn. Guru Haji Minal (Tn. Guru Hj. Zainal Abidin Pettani) di Sungai Dua, Butterworth dan kemudiannya berpindah pula ke Padang Lalang, Bkt Mertajam dan berguru pula dengan Tn Guru Imam Hj. Ahmad.

Di atas keazaman dan dorongan Tn Guru Hj Ahmad, Fakeh Mohammed Salleh mencatat sejarah iaitu putera Melayu yang terulung yang melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar, di Mesir pada tahun 1899 dengan menggunakan passport Penang.Setibanya di sana,beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir yang telah mengganggapnya sebagai pengintip Turki kerana wajah beliau mirip denagn rakyat Turki.Sewaktu itu, Mesir dan Turki dalam konfrontasi.Tetapi alhamdulillah beliau akhirnya dibebaskan juga oleh pihak berkuasa Mesir.

Sewaktu menuntut di Mesir, beliau telah menempuh berbagai-bagai penderitaan terutama tentang kematian ayahandanya yang tersayang.Malah sumber kewangan bagi membiayai pengajiannya terputus akibat kesan daripada kematian ayahandanya.Denga perasaan yang berbelah bagi, beliau telah mengambil keputusan untuk pulang saja ke Tanah Air.Tetapi hasrat tersebut tergendala apabila seorang hartawan dari Bukit Mertajam sanggup menaja pengajiannya setelah mengetahui akan penderitaannya di Mesir.Beliau ialah Tuan Hj Abbas yang kemudiannya telah menjadi bapa mertua kepada Mohammed Salleh.

Akhirnya beliau telah berjaya menggenggam segulung ijazah B.A. Hons pada tahun 1905.Setelah pulang ke tanahair,beliau telah melangsungkan perkahwinannya dengan Hajjah Saadiah Bt Hj Abbas.Selang tujuh tahun kemudian,beliau telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Abdul Hadi.Abdul Hadi yang merupakan satu-satu harapan untuk menjadi penggantinya kelak telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1942 semasa menuntut di Mekah.Begitu juga Aishah anak kedua mereka telah meninggal dunia dalam usia 2 ½ tahun.Enam bulan kemudiannya lahir pula puteri yang ketiga iaitu Rahmah yang kemudiannya telah dikahwinkan dengan anak murid Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh iaitu Tuan Guru Syeikh Ahmad Saad Masri yang berkelulusan MA dari Universiti Al Azhar.Mereka kemudiannya telah dikurniakan seorang puteri.Anak Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh yang keempat juga seorang puteri namanya Rifkah yang telah dijodohkan denga anak kepada Tuan Imam Hj. Ahmad iaitu Hj. Abdul Mukmin.Rifkah telah meninggal dunia pada tahun 1945;meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri.Anak Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh yang kelima,yang mana telah berkahwin dengan Hj Osman Bin Hj Muhammad yang berasal dari Bagan Serai.Hasil daripada perkahwinan tersebut telah dikurniakan seorang puteri.

Anak beliau yang keenam ialah seorang bernama Ahmad Zaki.Beliau berkelulusan B.A. Hons di Mesir dan bertugas sebagai Diplomat Kementerian Luar Saudi Arabia.Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha ketiga di Kedutaan Saudi di Jepun Setiausaha kedua di Venezuela dan 7 tahun sebagai Setiusaha Pertama serta merangkap sebagai Timbalan Duta di London.Telah berumahtangga dengan anak jutawan Syeikh Saad Al-Yamani dan hasil daripada perkahwinan tersebut telah lahir dua orang puteri.Akhir sekali,anak bongsu kepada Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh Masri juga seorang perempuan, bernama Saudah.Beliau telah berkahwin dengan Haji Ahmad Fuad Bin Hassan yang berasal dari Kuala Kangsar dan telah dikurniakan enam orang cahayamata; dua lelaki dan empat perempuan.

Pada tahun 1906,Tuan Haji Abbas (mertua kepada Haji Muhammad Salleh) telah mewakafkan sebidang tanahnya untuk dijadikan tapak pembinaan sebuah madrasah.Di Madrasah tersebutlah,Tuan Guru Hj. Mohammed Salleh telah mencurahkan segala ilmu pengetahuannya kepada masyarakat di sekitar Bukit Mertajam.Tetapi sebaliknya Madrasah tersebut telah menjadi sasaran buruk oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Perkara yang tidak diingini ini berlaku kerana Tuan Hj. Salleh Al Masri bukanlah anak tempatan. Faktor inilah yang merupakan isu utama penduduk di kawasan tersebut. Keselamatannya sering terancam.Tetapi segala cabaran ini telah dihadapi dengan penuh kesabaran.Dengan berkat kesabaran dan kegigihannya itu,Madrasah Masriyah telah berkembang semakin pesat dengan pertambahan bilangan murid-murid yang hamper seribu orang; yang datangnya dari Thai,Indonesia,Singapura,Brunei,Kemboja, Laos dan segenap pelusuk Tanah Melayu.

Madrasah itu ditadbirnya bersama-sama dua orang menantunya iaitu Tuan Sheikh Ahmad Saad Al Masri dan Tuan Haji Osman Muhammad.Pada tahun 1950,Tuan Haji Mohammed Salleh telah bersama-sama isterinya iaitu Hajjah Saadiah telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji serta menziarahi pusara anak sulong Allahyarham Haji Abdul Hadi.Tidak berapa lama kemudiannya,isterinya pula telah meninggal dunia ketika masih lagi dalam ihram sebelum sempat beliau menunaikan fardhu haji.Dua tahun selepas kematian isterinya yang pertama Tuan Haji Mohammed Salleh telah berkahwin pula dengan Hajjah Zaharah Bt Hj Ahmad.Kesihatannya berambah uzur selepas sahaja kematian isterinya yang pertama.

Pentadbiran Al- Masriyah telah diserahkan kepada menantu bongsunya, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad kerana beliau kemudiannya telah berpindah ke Kubang Semang sementara Tuan Guru Syeikh Ahmad Saad Al Masri telah berangkat ke Mekah dan menetap di sana selama tiga tahun dan Tuan Guru Haji Osman Muhammad telah dilantik sebagai kadhi.

Menantu-menantu Tuan Guru Haji Mohammed Salleh telah mendahuluinya pulang ke rahmatullah.Semua jenazah telah diuruskan sendiri oleh beliau.Mula-mula jenazah menantunya iaitu Haji Osman Muhammad pada 1960,Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan pada tahun 1966 dan akhir sekali Tuan Guru Haji Ahmad Saad pada tahun 1970.Setahun kemudian (1971) beliau membuat keputusan untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah kerana merasakan ajalnya hampir tiba,serta beliau ingin sekali untuk bersemadi bersama-sama dengan isterinya yang pertama serta anaknya yang dikasihi yang telah dahulu meninggalkan beliau.Berita tentang keberangkatan beliau telah disiarkan di akhbar.Ianya telah mendapat kunjungan daripada sanak saudara yang datang dari segenap pelusuk Tanah Melayu.

Pada penghujung bulan Mei keberangkatannya itu telah ditemani oleh isterinya Hajjah Zaharah serta cicitnya, iaitu Tuan Haji Ahmad Hassan Sallehuddin [Hj Ahmad Hassan Sallehuddin bin Hj Md Khalil].

Setelah sepuluh hari beliau di sana, beliau telah diserang penyakit (dalam perut).Beliau telah kembali ke rahmatullah sewaktu azan maghrib sedang bergema. Beliau telah dikebumikan di perkuburan Al-Maala di samping isteri dan anaknya.Pada 11hb. Jun 1971 bersamaan 8 RabuilAkhir, adalah kali terakhir beliau melihat dunia dan meninggalkan seorang balu berserta empat orang anak, empat belas orang cucu serta beberapa orang cicit.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH-ROH MEREKA…AMIINN.. SEMOGA KITA MENJADI PENERUS PERJUANGAN ULAMA'-ULAMA' TERDAHULU.. AMIN..

Thanks to [http://bahteramusafir.blogspot.com/2013/04/assalamualikum.html]