Sultan Jaafar Muazzam Shah (Sultan Perak ke23 :1857-64)

public profile

Is your surname [AlMarhum [Raja Kecil Tengah] Raja Ahmad]?

Research the [AlMarhum] [Raja Kecil Tengah] Raja Ahmad family

Sultan Jaafar Muazzam Shah (Sultan Perak ke23 :1857-64)'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan Jaafar Muazzam Shah (Sultan Perak ke23 :1857-64)

refer to http://sultan.perak.gov.my/bahasa/jaafar_muazzam.htm


Sultan Jaafar Muazzam Shah. Sultan Perak ke23; 1857-65.

Sultan Jaafar Mua'azzam Shah adalah putera Raja Kecil Tengah Raja Ahmad ibni Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Baginda adalah kekanda kepada Raja Bendahara Raja Alang Iskandar. Sebelum menjadi Sultan Perak yang ke-23, nama baginda ialah Raja Ngah Jaafar. Baginda bersemayam di Pasir Panjang. Baginda ditabalkan sebaik sahaja Sultan Abdullah Muhammad Shah I dipecat oleh orang besar-besar pada tahun 1853, walaupun pemecatan Sultan Abdullah Muhammad Shah I masih belum diterima secara rasminya oleh rakyat seluruh Negeri Perak.

Pada tahun 1856, Raja Ngah Jaafar telah menaiki takhta kerajaan Negeri Perak serta menggelari dirinya sebagai Sultan melalui surat akuan pemberian daerah Larut kepada Long Jaafar yang dikeluarkan oleh baginda sepertimana yang pernah diutuskan oleh Raja Ngah Ali pada tahun 1850. Terdapat cerita yang menyatakan bahawa Sultan Jaafar Mua'azzam Shah telah mengurniakan gelaran Tengku Menteri kepada Long Jaafar. Maka sejak daripada itu, pemerintah daerah Larut memakai gelaran Tengku Menteri. Mengikut sejarah, cuma selepas kemangkatan Sultan Abdullah Muhammad Shah I pada tahun 1857, barulah Raja Ngah Jaafar diiktirafkan dengan sepenuh dan rasminya sebagai Sultan bagi seluruh Negeri Perak. Raja Ngah Ali telah dinaikkan pangkat dari Raja Bendahara kepada Raja Muda, dan Raja Bendahara yang baru ialah Raja Ismail ibni Saiyid Shaikh Al-Khairat, Raja Siak. Raja Yusuf ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah tidak dilantik menjadi Raja Bendahara kerana tidak disukai oleh baginda.

Pada tahun 1857 pula, Tengku Menteri Long Jaafar, pengusaha lombong bijih timah, yang memerintah Larut telah meninggal dunia serta digantikan oleh anaknya bernama Ngah Ibrahim. Pada 24 Mei 1858, Sultan Jaafar Mua'azzam Shah telah mengurniakan surat akuan mengesahkan kuasa Ngah Ibrahim di Larut menggantikan ayahnya. Ngah Ibrahim juga dikurniakan dengan gelaran Tengku Menteri Ngah Ibrahim.

Pada tahun 1858, Kompeni Inggeris atau East India Company telah ditutupkan dan semua kuasanya termasuk kuasa-kuasa Gabenor Negeri-Negeri Selat telahpun diserahkan kepada Kerajaan British.

Pada tahun 1860, orang-orang Cina yang bekerja di lombong-lombong bijih timah di Larut telah mengadakan dua kumpulan besar. Salah satunya ialah 'Go Kuan' di mana ahli-ahli terdiri daripada kongsi gelap orang-orang Kantonis 'Hai San'. Kumpulan yang lain ialah 'Si Kuan' yang disertai oleh orang-orang Hokkien dan Hakka daripada kongsi gelap bernama 'Ghi Hin'. Kedua-dua kumpulan ini sentiasa gaduh dan berlawan antara satu sama lain. Maka, pada tahun 1861 dan 1862, berlakulah Peperangan Larut pertama diikuti oleh Perang Larut kedua pada tahun 1865. Dalam Perang Larut kedua, Sultan Jaafar Mua'azzam Shah telah mangkat di Durian Sebatang dan jenazah baginda telah dibawa ke Pulau Juar serta dimakamkan di sana berdekatan dengan makam Almarhum Sultan Abdullah Mua'azzam Shah. Baginda digelar 'Marhum Waliullah'.

[http://rajakita.perak.gov.my/bmsalasilah.html]

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

23rd Sultan of Perak: Sultan Jaafar Muazzam Shah (1857-1865)

Raja Ngah Jaafar bin Raja Kechil Tengah Ahmad was the grandson of Sultan Abdul Malik Mansur Shah, the 19th Sultan of Perak. He was the brother of Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja), who in turn was the father of Raja Idris (later the 28th Sultan of Perak). Raja Ngah Jaafar resided at Rantau Panjang.

In November 1856, Raja Ngah Jaafar (at that time the Raja Muda) was considered a de facto Sultan of Perak[1], following the civil war between him and and his uncle, Sultan Abdullah Muhammad Shah I, which led to the latter fleeing his palace at Durian Sebatang. Raja Ngah Jaafar awarded a letter proclaiming Long Jaafar’s continued control of the Larut district, which was rich in tin. In 1857, Long Jaafar died and his son Ngah Ibrahim succeeded his father as the concessionaire of Larut. In the same year, Raja Muda Jaafar was proclaimed as Sultan following the demise of Sultan Abdullah Muhammad Shah I, and was styled Sultan Jaafar Muazzam Shah. He then gave another charter renewing the grant of the concession for the Larut district in the name of Ngah Ibrahim on 24 May 1858.

When he ascended to the throne, Sultan Jaafar appointed Raja Ngah Ali ibni Sultan Shahabuddin as Raja Muda and Raja Ismail bin Saiyid Al-Khairat (Raja of Siak) as the Raja Bendahara, while Raja Lop Yusuf (the eldest son of Sultan Abdullah Muhammad Shah I) was sidelined.

It was during his reign that the Larut wars broke between the Chinese miners, the first war being in 1861. The Chinese mining labourers formed themselves into triad societies (kongsis) and soon fighting broke out between these secret societies[2] (namely the Ghee Hin and Hai San) which spread to Penang (during the second war). The British government in Penang had to intervene, so British gunboats were sent to Larut to suppress piracy and gun running, and to restore peace and order.

The British government claimed $17,447.00 from Sultan Jaafar for expenses incurred and the Sultan being unable to pay, instructed Ngah Ibrahim to make the payment. In return, in 1864, Ngah Ibrahim was bestowed the title Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, with the district of Larut as his territory – as far as Krian in the north and Bruas in the south.

Sultan Jaafar mangkat at Durian Sebatang in 1865, during the second Larut War. He was interred at Pulau Juar and was given the title Marhum Waliullah. Almarhum had issue which included Raja Abdullah (from Almarhum’s marriage to Wan Ngah Mahtra), who later became the 26th Sultan of Perak, and Raja Musa[3] (from Almarhum’s marriage to Che’ Alang Amas), later Raja Muda during the reign of Sultan Idris I.

Ref:[http://sembangkuala.wordpress.com/2010/02/11/23rd-sultan-of-perak-s...]