Sultan Sulaiman [Sultan Brunei ke-4, 1432-1485]

public profile

How are you related to Sultan Sulaiman [Sultan Brunei ke-4, 1432-1485]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Sulaiman [Sultan Brunei ke-4, 1432-1485]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan Sulaiman ibni Sultan Sharif Ali

Also Known As: "Adipati Agung Sulaiman / Sang Aji Brunei"
Birthdate:
Birthplace: Brunei (Brunei Darussalam)
Death: 1511
Place of Burial: Tanah Perkuburan Islam Jalan Residency
Immediate Family:

Son of Sultan Sharif Ali [Sultan Brunei ke-3, 1425-1432] and Puteri Ratna Kesuma binti Al-Marhum Sultan Ahmad
Husband of Wife of Sultan Sulaiman
Father of Sultan Bolkiah Shah Alam ibni Sultan Sulaiman [Sultan Brunei ke-5, 1485-1524]; Putri Bungsu and Sultan Mohamad (Di Mekah)
Brother of still on searching

Managed by: Erica Howton
Last Updated:

About Sultan Sulaiman [Sultan Brunei ke-4, 1432-1485]

4. SULTAN SULAIMAN (TM 1432 - 1485)

Sultan Sulaiman ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali adalah Sultan Brunei ke-4 [1432-1485]. Baginda naik takhta pada 1432 dan turun takhta pada 1485. Sebelum itu, baginda dipanggil Pg Muda Besar Sulaiman dan juga dikenali dengan Sang Aji dan Adipati Agung iaitu bahasa Sanskrit (Hindu) untuk gelaran raja. Pada pemerintahannya, baginda dikenali dengan Sultan yang termasyhur warak dan berpegang teguh kepada undang-undang Islam kepada sesiapa sahaja yang melanggar hukum Islam akan dihukum setiap perbuatannya. Baginda seperti ayahandanya, adalah seorang sultan yang keras dan tegas menjalankan undang-undang Allah iaitu sesiapa sahaja waima sanak-saudara baginda yang terjebak dalam kesalahan itu, tetap akan menerima hukuman setimpal dengan perkara yang dilakukannya. Kewujudan kisah Raja Ayang adalah salah satu bukti betapa kuatnya perintah baginda mengutus untuk atas perbuatan mereka (sumbang mahram) yang mana mereka dihukum menurut undang-undang Islam, tetapi hukuman terdahap mereka itu diubah daripada yang lain iaitu mendiami di satu tempat yang disifatkan sebagai rumah dalam tanah yang dibekalkan dengan keperluan secukupnya. Oleh hal yang demikian itulah, Raja Ayang yang didapati bersalah, pasrah menerima hukumannya kerana hukuman di dunia ini baginya jauh lebih ringan daripada di akhirat.

Diriwayatkan baginda Sultan Sulaiman sungguhpun telah lanjut usia dan memerintah selama 53 tahun dengan memimpin rakyat dan mendidik putera baginda yang akan mewarisi takhta. Namun baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas serta sentiasa menunjukkan contoh teladan yang berani dan jujur dalam memerintah dan memimpin rakyatnya. Oleh kerana menyedari akan keadaan dirinya, baginda berpendapat bahawa puteranya yang akan mewarisi takhta kerajaan perlu dibimbing dan diberi peluang melengkapkan diri sebagai seorang manusia yang mengenali tujuan hidupnya. Akhirnya pada tahun 1485 baginda turun dari takhta kerajaan dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada anakandanya Pg Muda Bolkiah ibni Sultan Sulaiman menjadi Sultan Brunei yang kelima dan menjadikan diri baginda sebagai Begawan Sultan. Baginda Sultan Sulaiman merupakan Begawan Sultan yang pertama dalam catatan ristaan Raja-raja Brunei. Sebagai Begawan Sultan baginda terus menunjuk ajar dan memberi nasihat kepada anakandanya dalam menunaikan kewajipan yang sewajarnya dilakukan oleh seorang pemimpin terhadap rakyatnya serta membimbing mereka ke arah cara hidup Islam yang diredai Allah subhanahu wa taala.

Untuk menguatkan pertahanan Brunei baginda bersama-sama rakyat dan penduduk Cina yang diam di Brunei iaitu pengiring nenda baginda (Pg Maharaja Lela Ong Sum Ping - adinda kepada nenda baginda Putri Ratna Kesuma) telah bergotong-royong membina Kota Batu. Semasa baginda menaiki takhta, baginda masih remaja tetapi baginda sentiasa berwaspada dan bijaksana dan terus berusaha menyambung pemerintahan ayahandanya membina Kota Batu. Menurut tradisi lisan Sultan Sulaiman ini sudah terlalu tua hingga di akhir-akhir hayatnya baginda terpaksa mengangkat ke atas kelopak matanya dengan jarinya untuk melihat yang mana keadaan seperti ini, lazimnya adalah sifat orang yang umurnya lebih daripada 100 tahun. Baginda lindung pada tahun 1511 dan menjadi Begawan selama 26 tahun. Baginda pun akhirnya dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Residency, Bandar Seri Begawan. Baginda digantikan oleh putera baginda, Pg Muda Bolkiah Shah Alam menjadi Sultan Bolkiah.

والله أعلمُ

view all

Sultan Sulaiman [Sultan Brunei ke-4, 1432-1485]'s Timeline