Syeikh Ahmad Maulana Ismail "Tok Janggut Acheh"

public profile

Syeikh Ahmad Maulana Ismail "Tok Janggut Acheh"'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Syeikh Ahmad Maulana Ismail "Tok Janggut Acheh"

Birthdate:
Death: 1877 (221-222)
Place of Burial: Johor, Malaysia
Immediate Family:

Son of Syeikh Ahmad Khamal / Panglima Zaharudin "Panglima Lidah Hitam" and Puteri Aminah
Husband of Raja Khadijah bt Daeng Kemboja
Father of Syeikh Umar Saad and Ahmad Masood
Brother of Syeikh Ahmad Jamil

Managed by: Private User
Last Updated:

About Syeikh Ahmad Maulana Ismail "Tok Janggut Acheh"

SYEIKH AHMAD MAULANA ISMAIL ATAU TOK JANGGUT ACHEH (1655-1805)

        Saiyid  Ahmad Maulana dikenali juga dengan nama Syeikh Ismail Pulau Besar sempena dengan moyangnya iaitu Sultan Ariffin Syeikh Ismail. Beliau juga dikenali dengan Tok Janggut Acheh. Bapanya bernama Syeikh Ahmad Khamal atau Panglima Hitam. Ibu beliau ialah Puteri Aminah iaitu seorang puteri dari Kerajaan Pagar Ruyung dan Kerajaan Siak Inderagiri. Dilahirkan di Inderagiri (Daik) pada kira-kira tahun 1655M.
         Syeikh Ahmad Maulana dibesarkan didalam suasana peperangan samaada perang dengan Acheh atau Belanda. Beliau belajar ilmu agama daripada bapanya malah pernah dihantar ke Acheh. Itulah sebabnya gelaran yang terkenal ialah Tok Janggut Acheh. Syeikh Ahmad Maulana seorang Panglima Perang yang digeruni oleh pihak penjajah Belanda. Sementelah lagi beliau bergabung dengan Nakhoda Hitam iaitu saudaranya daripada nasab jurai Syaripah Siti ZubaidahBinti Sultan Ariffin Syeikh Ismail. Beliau juga bersama-sama Raja Haji membawa angkatan dari Selangor, Terengganu, Rembau, Johor, Riau, Jambi, Inderagiri, Pagar Ruyong dan Perak. Jumlah Armada Perang mereka tidak kurang daripada 1000 kapal perang yang menyerang Belanda di Melaka, pada tahun 1785. Armada gabungan ini mengepung Melaka daripada semua arah dari Tanjung Kling, Batang Tiga, Bunga Raya, Semabok, Duyung, Telok Ketapang (Telok Mas), Bertam dan Durian Daun. Kepungan ini berlaku selama hampir 9 bulan. Kalaulah tidak kerana pengkhianatan dari Siak (Raja Kecil) yang membantu Belanda, sejarah akan berlainan dari apa yang ditulis sekarang.
        Pehubungan beliau dengan Nakhoda Hitam memang rapat. Nama sebenar Nakhoda Hitam ialah Raden Aria Putra Bin Pengeran Aria Nasharudin Yunus. Ibu Nakhoda Hitam adalah Syaripah Siti Zubaidah Bin Sultan Ariffin Syeikh Ismail Pulau Besar. Nakhoda Hitam pangkat bapa saudara kepada Syeikh Ahmad Maulana. Nakhoda Hitam memang digeruni di laut Selat Melaka oleh Belanda. Nakhoda Hitam ini juga kerabat Sultan Jambi.
         Syeikh Ahmad Maulana berkahwin dengan Raja Siti Khatijah Binti Daeng Kemboja Bin Daeng Perani. Semasa serangan ke Melaka, Raja Ahmad , Panglima Arung Lenga, Daeng Selikang dan Raja Haji Syahid di Telok Ketapang, Melaka pada tahun 1785M. Raja Ahmad adalah Putera Raja Haji. Semasa zaman hidupnya gerakan-gerakan penyerangan Belanda banyak digerakkan oleh beliau bersama-sama dengan panglima perang dari Riau, Selangor dan lain-lain tempat dalam Empayar Riau Johor Lingga dan Bentan. Sejarah peperangan banyak dituruti oleh beliau di seluruh pengairan Selat Melaka. Semasa usia yang lanjut, Syeikh Ahmad Maulana banyak menghabiskan masa mengajar silat dan dan agama Islam kepada murid beliau dalam Tarikat Kesufian di PulauPisang (Johor). Pada masa dahulu Pulau Pisang dibawah Pemerintahan Amir Karimun.
       Syeikh Ahmad Maulana wafat. Pada tahun 1877M dan telah dimakamkan di Pulau Pisang. Hasil perkahwinan Syeikh Ahmad Maulana dan Raja Siti Khatijah, maka lahirlah Syeikh Umar Said, Syeikh Umar Said lah yang telah membuka belah kampung yang bernama 'Bukit Rambai' pada kira-kira tahun 1830M. Beliaulah yang menurunkan hampir 90%  penduduk asal Bukit Rambai. Seorang anak beliau iaitu Syeikh Ahmad Masood, menjadi sultan Jambi pada tahun 1780 bergelar SULTAN MASOOD BADRUDDIN.Dari Syeikh Ahmad Masood lah melahirkan keturunan sultan sultan Jambi. Kesultanan ini di hancurkan olih BELANDA LAKNATULAH pada tahun 1904 m. Sultan Jambi terakhir ialah Sultan Taha Saifudin .
view all

Syeikh Ahmad Maulana Ismail "Tok Janggut Acheh"'s Timeline