Tengku Ismail Bin Tengku Su

public profile

Is your surname Tengku Su?

Research the Tengku Su family

Tengku Ismail Bin Tengku Su's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Tengku Ismail Bin Tengku Su

‘Putera Songket’ meninggal dunia di London

KUALA TERENGGANU 14 Ogos – Kerabat diraja Terengganu, Tengku Ismail Tengku Su yang pernah digelar ‘Putera Songket’ atas jasa-jasanya mengangkat martabat seni warisan tradisional itu, meninggal dunia di Hospital Royal Brompton London kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Tengku Ismail, 60, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan selama lebih sebulan setelah dua kali mengalami serangan jantung.

Adiknya, Tengku Yusof berada di sisi sewaktu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Sahabat Allahyarham iaitu seorang penulis, Wan A. Hulaimi dalam blognya memaklumkan jenazah Tengku Ismail akan disembahyangkan di Masjid East London dan disemadikan di Tanah Perkuburan Ilford esok.

Allahyarham berada di London dalam misi mengetengahkan koleksi tenunan songket miliknya dalam Pameran Tenunan Diraja di Prince‘s School of Traditional Arts dan memenuhi undangan bagi membuat pembentangan di Asia House.

view all

Tengku Ismail Bin Tengku Su's Timeline