Toh Seri Dewangsa Tun Saban Bendahara Paduka Raja Tun Perak

Is your surname Bendahara Paduka Raja Tun Perak?

Research the Bendahara Paduka Raja Tun Perak family

Toh Seri Dewangsa Tun Saban Bendahara Paduka Raja Tun Perak's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Toh Seri Dewangsa Tun Saban Bendahara Paduka Raja Tun Perak

Malay: Toh Seri Dewangsa Tun Saban
Also Known As: ""Raden Sapiro"", ""Tun Saban Balik"", ""Ahmad Tajuddin Bin Raden Mulkin"", ""Toh Sri Dewangsa""
Birthdate:
Death: circa 1528
Place of Burial: Changkat Merah, Kenering, Gerik, Perak
Immediate Family:

Son of Tun Perak [Bendahara Melaka ke-5 1456–1498] and Tun Puteri Cendera Panjang bt [Bendahara] Tun Hamzah Bongkok
Husband of Suri Maharaja Tun Saba Balik Binti Raden Sumbaddin
Father of Tun Berolak Tun Saban; Tun Balang; Tun Senik Tun Saban; Tok Kelalang of Ulu Perak & Ulu Kinta; Tun Putri Tun Abu Saban Balik and 15 others
Brother of Dato Seri Akar Diraja Tun Kiai Tun Perak
Half brother of Tun Abdullah Tun Biajid Rupat; Dato Org Kaya Tun Hussain Tun Abu Saban; Tun Lela Wangsa Tun Biajid Rupat; Tun Tanggal Tun Biajid Rupat; Tun Hassan Tun Biajid Rupat and 18 others

Occupation: Bendahara Perak yang Ke-2
Managed by: Shahar Effendi Abdullah Azizi
Last Updated:

About Toh Seri Dewangsa Tun Saban Bendahara Paduka Raja Tun Perak

Beliau merupakan seorang ahli keluarga Tun Perak yang berketurunan daripada Raja Iskandar Shah, pemerintah Kerajaan Melaka yang pertama. Beliau bersama keluarga telah lari daripada Melaka apabila ianya jatuh ke tangan Portugis, dan seterusnya telah menetap di Hulu Perak. Beliau bersama adiknya, Tok Temong telah menjemput Raja Mudzaffar Shah ibni Sultan Mahmud Shah (dengan perkenan Sultan Mahmud Shah) untuk menjadi Sultan Perak yang pertama. Tun Saban menjadi Bendahara menggantikan Bendahara Perak yang pertama, Tun Mahmud yang dipanggil pulang ke Johor. Jawatan beliau seterusnya diserahkan kepada Megat Terawis atas titah Sultan Mudzaffar Shah 1. Beliau juga dikatakan berasal drp keturunan Raja Bruas.


refer to http://sultan.perak.gov.my/bahasa/beting.htm

Di zaman munculnya Kerajaan Beruas dan Manjung terdapat juga beberapa daerah di Perak yang memerintah secara persendirian. Di Temong misalnya terdapat seorang perempuan yang dikenali sebagai Tok Temong dan di Hulu Perak terdapat seorang lelaki bernama Tun Saban anak Bendahara Tun Perak Melaka. Begitulah keadaannya sebelum wujud kesultanan Perak.

refer to http://sultan.perak.gov.my/bahasa/mudzaffar_shah.htm

Megat Teraweh tiba pada waktu petang dan berjaya menembak Tun Saban dengan istinggar, terkena dada Tun Saban tetapi tiada telap (tembus). Peluru itu jatuh ke tanah lalu diambil oleh Tun Saban dan dilihatnya peluru itu bertulis perkataan "Inilah peluru anak Raja Pagar Ruyong. Barang dimana ia terjatuh di situlah tuannya menjadi Pembesar". Maka tahulah Tun Saban bahawa ajalnya telah sampai dalam peperangan ini, lalu disuruhnya orang memangil Megat Teraweh. Beliau diminta oleh Tun saban supaya berkahwin dengan puteri yang bernama Tun Bongsu Bangsawan. Permintaan Tun Saban itu diterima dan beliau dinikahkan di hadapan Tun Saban. Selepas itu Tun Saban pun meninggal dunia dan dikuburkan di suatu tempat bernama Changkat Merah, Hulu Perak. Beberapa orang dari cucu-cicit Tun Saban dilantik menjadi orang Besar di Negeri Perak.

Tun Saban mempunyai tujuh orang anak iaitu Tun Kelawang, Tun Undan, Tun Dalap (perempuan), Tun Kelelang, Tun Belondi, Tun Merah (perempuan) yang menjadi gundik Sultan Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak yang pertama dan yang bongsu bernama Tun Bongsu Bangsawan yang telah berkahwin dengan Megat Terawih.

http://psstunsaban.blogspot.com/2010/06/sejarah-smk-tun-saban.html



Pada tahun 1511, setelah Kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah telah berpindah dan menubuhkan kerajaannya di Bentan. Pada tahun 1526, Portugis telah menyerang kerajaannya sekali lagi menyebabkan baginda terpaksa berundur ke Kampar dan menubuhkan kerajaannya di sana. Dalam masa yang sama Tun Saban telah berhijrah ke Hulu Patani dan tinggal di satu tempat bernama Beredung Budi; kemudian berpindah ke Hutan Belum, di Hulu Perak, dan membuka kampung di tempat yang bernama Relap Hati lalu menjadi ketua orang-orang di Hutan Belum.

Di Negeri Perak sebelum tahun 1520, ada dua orang Mubaligh Islam adik beradik yang datangnya daripada Mekah. Kedua Mubaligh Islam yang tersebut itu yang tua nya bernama Syed Ali dan yang muda nya bernama Syed Abdul Manaf. Maka kedua Mubaligh yang ulung itu telah mengIslamkan ramai orang-orang Melayu Perak pada ketika itu dan kedua Mubaligh tersebut terkenal dengan nama Keramat Mata Kucing dan Keramat Mata Sabun.pada masa yang tersebut, Raja nya belum bergelar Sultan, hanya dengan nama HALUAN. Maka Haluan Negeri Perak pada masa itu bernama Tok Masuka dan orang-orang besarnya diantaranya bernama Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Hulu-Perak. Didalam pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka pada masa itu maka mulalah ramai orang Melayu Perak menukarkan ugama mereka daripada Hindu dan ugama Buddha kepada Ugama Islam. Dengan adanya Ugama Islam yang baru muncul itu maka banyaklah adat-adat istiadat yang terkenal dengan nama Adat Istiadat Gangga Nagara diubah satu demi satu, daripada upacara acara Hindu kepada acara mengikut syariat Islam. Dengan campur tangan kedua Keramat Mubaligh Islam Arab itu berkenaan dengan masyarakat Melayu Perak yang dinamakan Adat Istiadat Melayu Perak. Ini telah secara tidak langsung menjadikan Tun Saban, pembesar Perak ketika itu tidak senang hati.

Pada suatu hari, Tun Saban telah memberi perintah supaya kedua Keramat Mubaligh Islam itu dibunuh. Seorang puteranya yang bernama Tun Kelewang menyahut perintah tersebut. Maka Tun Kelewang pun mengambil senjatanya dan turun menuju ketempat dua Keramat Islam itu, maka tujuan nya ialah untuk menamatkan riwayat kedua Keramat Mubaligh Islam yang tersebut. Mana-mana rakyat yang tahu akan peristiwa yang bakal berlaku tersebut menunggu-nunggu akan peristiwa ngeri itu berlaku.

Didalam perjalanan Tun Kelewang ditengah jalan, dengan tak semena mena berbunyilah halalintar membelah bumi dengan kuatnya, didalam kilat menyabung itu Tun Kelewang pun terkena petir dan gugurlah kebumi lalu mati lah ia disitu juga. Maka petir itulah senjata yang didatangkan Allah swt bagi membunuh musuh kepada kedua Keramat itu. Dengan kematian Tun Kelewang yang diluar jangkaan dan dugaan, semenjak itu orang-orang Perak baharulah mengatakan dua Mubaligh Islam itu Keramat.

Setelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat iitulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-

1. Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.

2. Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.

Sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islam itu. Pada masa itu, Negeri Perak belum ada raja tetapi penduduknya sudah ramai. Maka pada suatu ketika yang baik, Tun Saban telah pergi ke Kampar, mengadap Sultan Mahmud Shah, memohon seorang putera baginda untuk dirajakan di Perak. Baginda lalu mengurniakan puteranya bernama Raja Muzaffar beserta dengan alat kebesaran negeri. Pada tahun 1528, Raja Muzaffar telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah dan nama Haluan Negara (Gangga Negara) ditukarkan kepada nama Negeri Perak.

Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-

1. Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah.

2. Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang.

3. Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok.

4. Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong.

Tun Sabah yang dahulunya memusuhi kedua Keramat Arab yang tersebut, akhirnya menjadi sahabat karib Keramat Mata Sabun dan Keramat Mata Kucing.

Megat Terawis merupakan Bendahara Perak dan bergelar Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Dia merupakan anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. Keturunannya merupakan pemegang jawatan Bendahara di Perak. Salah seorang dari keturunannya, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), berkahwin dengan anak Sultan Muzaffar Shah II of Perak, iaitu Raja Shah Alam Sayong.

Megat Terawis telah datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Muzaffar Syah (I) dari Kampar dan mendirikan kerajaan di sana. Selang beberapa lama, berlaku perselisihan antara baginda dengan Tun Saban yang membawa kepada perperangan. Peperangan itu berlaku setelah Tun Saban yang berkuasa di sebelah Hulu Perak tidak mahu tunduk di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Satu sumber sejarah menyebut punca peperangan tersebut adalah kerana Tun Saban tidak mahu memberi anak perempuannya yang bernama Tun Merah, untuk dijadikan gundik Sultan.

Sultan Muzaffar Syah menawarkan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya membunuh Tun Saban, dan disahut oleh Megat Terawis. Megat Terawis kemudiannya dilantik menggantikan Tun Mahammad menjadi Bendahara Perak dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.

Sejak hari itu orang-orang keturunan Megat menjawat jawatan Bendahara di Perak. Pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain Sultan Perak ke-15 (1756-1770) Bendahara Megat Abu Kasim meletak jawatan Bendahara dan menyerah bawar jawatannya kepada sultan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan sultan mendirikan Istana di Pulau Indera Sakti yang dibawah kelolaan Bendahara. Selepas itu, jawatan Bendahara Perak dipegang oleh mereka dari darah raja.

Keturunan Megat Terawis banyak berhijrah dari Perak Tengah khususnya dari Kampung Gajah ke Kuala Kangsar, Perak kerana istana Sultan Perak dipindahkan ke sana. Makam Megat Terawis kini terletak di Kampung Gajah , Perak di tebing kanan Sungai Perak. Papan tanda dan binaan makam telah dibuat oleh Jabatan Muzium Perak. Makam ini berhampiran dengan jambatan Kampung Gajah.

Setelah Tun Saban meninggal dunia,(tiada catatan mengenai tarikh sebenar), mayatnya dikebumikan di Changkat Merah dan hingga sekarang pusaranya itu terkenal dengan nama Keramat Tok Merah. Beberapa orang keturunannya dilantik menjadi Orang Besar di Negeri Perak.

Keramat Tok Merah mungkin ada kebenaran. Namun, menurut ahli surih tua. Tun Saban Makamnya dikebumikan di GUnung Bubu. Namun kesahihan ada sebetulnya kerana Gunung Bubu yang sebetulnya terletak di Kuala Kangsar.

Sebuah sumber mengatakan "Bukit Changkat Merah, tempat terletaknya makam Tun Saban, ditenggelami air daripada sebuah empangan hidro elektrik. Nasibnya sama juga dengan Gunung Lognai. Makam Tun Saban telah dipindahkan ke Simpang Lawin sebelum kawasan Bukit Changkat Merah ditenggelami air."

Ada juga yang mengatakan Tun Saban tidak mati malah beliau telah ghaib menjadi Rijaibul'Ghaib.

About Toh Seri Dewangsa Tun Saban Bendahara Paduka Raja Tun Perak (عربي)

~ و الله أ علم ~