Yang pertama kali mendapat julukan (gelar) "Al-Bin-Yahya" adalah Waliyyullah Yahya bin Hasan bin Ali Al-An'naz bin Alwi bin Muhammad Mauladdawilah.
Soal gelaran atau nama Yahya yang disandangnya, kerana atas pemberian dari ayah Beliau. Yang dengan maksud agar supaya mendapat keberkahan dari Nabi Yahya ('alaihissalam). Dengan pengharapan semoga Allah swt selalu menjadikan Beliau kelak seorang Waliyyullah yang dapat menerangi kalbu (hati) yang gersang dengan sinar keimanan. Di mana kemudian menjadi suatu kenyataan bahawa Waliyyullah Yahya bin Hasan menjadi seorang Wali sebagaimana pengharapan ayah Beliau tersebut.
Waliyyullah Yahya bin Hasan dilahirkan di kota Tarim (Hadralmaut). Dikurniai 3 orang anak lelaki; dari ketiga anaknya itu hanya 2 orang yang dapat melanjutkan keturunan Beliau, iaitu masing-masing yang dinamai Hasan dan Ahmad; di mana keturunan mereka selain berada di Timur Tengah kebanyakkan juga berada di Indonesia.
Waliyyullah Yahya bin Hasan Bin Yahya pulang ke Rahmatullah di kota Tarim pada tahun 956 Hijrah. Semoga Allah swt memasukkan Beliau-Beliau ke dalam Syurga dan menghimpunkan bersama-sama para Nabi, para Syuhada, para Auliya dan para Sholihin. Amin!...