Haji Wan Muhammad @ Ahmad Wan Hussein

How are you related to Haji Wan Muhammad @ Ahmad Wan Hussein?

Connect to the World Family Tree to find out

Haji Wan Muhammad @ Ahmad Wan Hussein's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Haji Wan Muhammad @ Ahmad Wan Hussein

http://mufti.perak.gov.my/profil/profil_utama.htm

Walaubagaimanapun, menurut sejarah terdahulu, sesungguhnya Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan ini telah wujud semenjak pemerintahan Al-Marhum Sultan Idris Mursidil A’azam Shah dari tahun 1887 sehingga tahun 1916. Baginda jugalah yang dipercayai telah melantik Tuan Haji Wan Muhammad b. Wan Hussin sebagai guru agama baginda, malah ada yang menggelarkan beliau sebagai Mufti. Boleh dikatakan bahawa Tuan Haji Wan Muhammad b. Wan Hussin ini merupakan Mufti Perak yang pertama secara tidak rasmi atau tidak dirasmikan. Beliau menjalankan tugasnya sehingga ke zaman pemerintahan anakanda baginda iaitu Al-Marhum Sultan Alang Iskandar pada tahun 1918 sehingga 1938.

http://ulama-nusantara-baru.blogspot.com/2006/12/haji-wan-muhammad-...

Asal usul

Selembar salasilah yang diusahakan oleh Zuhairi bin Habibah binti Haji Wan Muhammad, tahun 1990, dinyatakan bahawa asal usul datuk nenek Haji Wan Muhammad adalah daripada "perkahwinan Cik Siti Wan Kembang ibni Tengku Sulaiman dengan Saiyid Hakim bin Saiyid Husaini (bergelar Saiyid Kuning) dan memperoleh anak bernama Wan Abdul Wahid."

Bagaimana pun riwayat ini ada kelainan dengan beberapa versi sejarah Kelantan yang menyebut bahawa Cik Siti Wan Kembang adalah puteri Raja Ahmad yang memerintah Kelantan tahun 1548 M - 1580 M. Cik Siti Wan Kembang pula tidak mempunyai anak, kerana tidak pernah kahwin.

Sehelai surat tarikh 21 Januari 1996 yang ditujukan kepada Haji Wan Yas'on bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad dari salah seorang anak saudaranya (tanpa menyebut nama, hanya terdapat tandatangan saja) dinyatakan "Ayahda, Datuk Mufti namanya Haji Wan Muhammad bin Wan Husein, berasal dari Kampung Saring, Mukim Merbol, Pasir Putih, Kelantan."

Dari hasil wawancara dengan salah seorang cucu beliau di Bukit Chandan, Perak, pada 5 November 2006, dan pelbagai sumber sebelumnya bahawa nama lengkap beliau ialah Haji Wan Muhammad@Ahmad bin Haji Wan Husein bin Haji Wan Muhammad Nur Marbo al-Fathani. Kampung Marbo atau Merebo di Patani adalah asal usul datuk nenek beliau.

Kampung Marbol, Pasir Putih, Kelantan diberikan nama demikian setelah keluarga tersebut hijrah dari Marbo atau Merebo, Patani. Haji Wan Muhammad lahir tahun 1264 H/1848 M, riwayat lain menyebut tahun 1268 H/1852 M. Wafat di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, hari Rabu, 11 Jumadil Akhir 1348 H/13 November 1929 M, riwayat lain menyebut pada 11 November 1929 M.

Dalam surat tarikh 21 Januari 1996 juga dicatatkan: "Ayahda, mengikut satu cerita saudara lelakinya bernama Wan Putih. Dia ada kakak (tidak tahu namanya), dan adiknya nama Wan Maryam menjadi isteri kepada Tuan Guru Haji Said, Kampung Lama, Besut, Terengganu datuk kepada Lathifah, Chandan Kuala Kangsar."

Pendidikan

Norul Ashikin Abdullah dalam Harian Metro, Sabtu, 11 Ogos 2001, menulis bahawa Haji Wan Muhammad mendapat pendidikan awal daripada Tuan Hasan Besut (Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani), Tuan Pangkalan Tangga (Wan Ismail bin Wan Ahmad al-Fathani) dan Saiyid Abdus Salam. Yang dimaksudkan dengan Wan Ismail bin Wan Ahmad al-Fathani, itulah ayah kepada ulama terkenal Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani penyusun kitab Mathla' al-Badrain.

Sebelum melanjutkan pelajarannya di Mekah, Wan Muhammad terlebih dulu memperdalam pengetahuannya di beberapa pondok di Patani. Dipercayai beliau belajar di Pondok Bendang Daya dan Pondok Pauh Bok, dan lain-lain. Guru-gurunya di Mekah sangat ramai termasuk kepada Syeikh Ahmad al-Fathani yang umurnya jauh lebih muda daripada beliau.

Mufti kerajaan Perak

Mengenai Mufti Kerajaan Perak yang pertama ada orang berpendapat adalah pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ke-III, muftinya ialah Daeng Selaili atau Pajung Luwuk Daeng Sedili. Beliau mempunyai beberapa gelaran ialah Haji Besar, Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, dan Sri Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Makamnya di tepi tebing sungai, Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Pendapat lain menyebut, Mufti Perak yang pertama ialah Haji Wan Muhammad yang diriwayatkan ini. Lama beliau menjadi Mufti Perak juga ada pertikaian pendapat. Ada yang menyebut tahun 1887 M - 1916 M, pendapat lain menyebut hingga tahun 1917 M, dan ada pula yang menyebut mulai tahun 1918 M hingga tahun 1925 M.

Sumber yang tidak dipertikaikan, dari cucu beliau bernama Haji Wan Yas'on bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad, tulisan pada tarikh 2 Ramadan 1416 H/2 Februari 1996 M, beliau mendengar dari ayahnya, bahawa Haji Wan Muhammad datang ke Perak pada masa pemerintahan Sultan Yusof Syarifuddin Muzaffar Syah (1886 M - 1887 M). Sultan Yusof dan selanjutnya pengganti baginda Sultan Idris Mursyidul A'zam Syah (1887 M - 1916 M), selanjutnya Sultan Iskandar Syah (menaiki tahta tahun 1918 M).

Sultan Idris tersebutlah yang melantik beliau menjadi Mufti Perak. Ketiga-tiga Sultan Perak tersebut pernah belajar kepada Haji Wan Muhammad. Kemudian diikuti pula oleh para pembesar istana.

Haji Wan Muhammad pertama datang ke Perak mengajar di Tanjung Tualang dan selanjutnya mendirikan membina pondok pengajian dan surau di Lembah Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Di tempat tersebutlah telah melahirkan ramai ulama termasuklah ulama besar yang terkenal Syeikh Idris al-Marbawi.

Haji Wan Muhammad meninggalkan keturunan yang ramai, di antara anak beliau yang menjadi ulama ialah Haji Wan Abdur Rahman, Haji Wan Abdullah Zawawi (pernah sebagai Qadhi Tapah), Haji Wan Yusuf (pernah sebagai Imam Masjid Ubudiah, Bukit Chandan).

Wallahualam..

Catatan: Ahmad Fuad bin Haji Morad

view all 36

Haji Wan Muhammad @ Ahmad Wan Hussein's Timeline