Abdul Kahar Pengarah Sahat

public profile

Is your surname Pengarah Sahat?

Connect to 16 Pengarah Sahat profiles on Geni

Abdul Kahar Pengarah Sahat's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Abdul Kahar Pengarah Sahat

Berasal dari Mukim Saba di Kampong Ayer dan anak keempat kepada Pengarah @ Tengku Saat bin Tengku Berahim @ Nakhoda Samad. Allahyarham mempunyai keturunan kesultanan Siak Sri Indra Pura daripada Riau iaitu Tengku Muhammad Ali @ Sultan Muhammad Ali [Sultan Siak ke 5, 1766-1779] yang berhijrah ke Brunei dan menukar namanya menjadi Dato Khamis beristerikan Tengku Embong Besar beranakkan Tengku Berahim @ Nakhoda Dato Samad beranakkan Pengarah @ Tengku Saat dan beranakkan Abd Kahar. Dari keturunan Pengarah Digadong Laman (adik beliau) juga beranakkan Tuan Zaidah yang bersuamikan Sultan Omar Ali Saifuddin II [1822-1852] berputerakan Sultan Hashim Jalilul Aqamaddin [1885-1906] berputerakan Sultan Muhammad Jamalul Alam II [1906-1924] berputerakan Sultan Sir Hj Omar Ali Saifuddien III [1950-1967] berputerakan Sultan Hj Hassanal Bolkiah Muʿizzaddin Waddaulah [1967-, Sultan Brunei sekarang].

Semasa Abdul Kahar masih kecil (diagak berusia 3 tahun), abang-abangnya Laman, Badar dan Saman telah membantunya berjinak-jinak dengan ilmu persilatan. Di samping itu ayahnya, Pengarah Saad, menggalakkan Abd Kahar belajar ugama di rumah neneknya, Dato Samad, bersama bapa-bapa saudaranya yang sebaya dengannya iaitu Cheteria dan Mahat. Sunggupun Abd Kahar diperlengkapkan dengan ilmu ugama dan ilmu persilatan yang secukupnya, beliau lebih mirip memperdalam ilmu ugama dan kebatinan. Di waktu yang sama, Abd Kahar lebih banyak mendampingi bapa saudaranya, Astar yang suka merantau belajar ugama di daerah-daerah luar Brunei seperti Lawas, Sipitang dan Labuan. Dari Astarlah beliau berminat menulis ilmu-ilmu ugama dan kebatinan yang diperolehi. Di kalangan anak-anak lelaki Pengarah Saat, hanya beliau sahaja yang jarang terlibat dalam kegiatan-kegiatan menangkap ikan yang biasa dilakukan oleh orang-orang Saba. Beliau mengetahui bagaimana cara membalat, berkilong, memukat dan membubu tetapi jarang melakukannya. Kecenderungan beliau hanya memburis perahu dan bertukang kayu. Pekerjaan ini sahajalah yang menjadi mata pencariannya sehingga ke akhir hayat beliau.

Beliau berkahwin kali kedua berusia 56 tahun dengan sepupu beliau Aminah berasal dari Kg. Awat-Awat, Sundar di Lawas beranakkan Buntar, Karim, Tirahmat, Munaf, Jaafarali, Bariah, Kilali, Budin dan Apong.

والله أعلمُ